~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, December 17, 2011

Kitab Al-Quran Dan Kitab Hikam Imam Ibn Ataillah Al-Sakandari

0 comments
Kitab Hikam ini adalah yang dikarang oleh Al-Imam al-A'allamah al-A'arifillah Ibn Ataillah Al-Sakandari, beliau pulang bertemu Allah Azzawajal pada tahun 709 Hijrah Beliau dimaqamkan di kaki bukit Muqattam yang terletak di Kaherah, Mesir. Kuburnya diketahui umum dan diziarahi oleh ramai manusia terutama pencinta kesufian dan pengamal Thariqat. Ibn Ataillah al-Sakandari menuntut ilmu di bawah asuhan Sayyid al-Mursi Abu Abbas (Maqamnya di Iskandariah) dan kuburnya juga diketahui umum sehingga kini. Imam Sayyid Mursi Abu Abbas merupakan salah seorang murid kepada al-Imam Abu Hasan Al-Syazili Rahimahullahu A'laihim ajmai'in. Abu Hasan meninggal dunia ketika beliau menuju mengerjakan Haji dan dikebumukan di padang pasir di sebuah tempat yang dinamakan Humaisira dekat dengan persisiran pantai laut merah, berhadapan dengan bandar Qina di perkampungan Mesir. Ibn Ataillah Al-Sakandari banyak mengarang kitab, tetapi antara yang terbaik dari karangan beliau yang ditinggalkan beliau untuk kita apa yang dinamakan "Al-Hikam al-Ataiyyah". Hikam Ataiyyah, himpunan nasihat-nasihat, koleksi-koleksi yang diringkaskan oleh beliau, semoga Allah merahmati beliau.

Hikam ini disusun berdasarkan pengalaman beliau dalam bersuluk sebagai prosen berjalan menuju Allah s.w.t. Oleh itu, di dalam kitab beliau terdapat nilai akhlak yang tinggi, halus dan tinggi yang membersihkan hati dari segala kekotoran. Di dalamnya terdapat amalan-amalan hati, di dalamnya ada keikhlasan, di dalamnya terdapat penyucian, di dalamnya terdapat penyembuhan kepada akhlak. Kebanyakan masyarakat hari ini memerlukan berkaitan kaedah penyembuhan dari sudut spiritual untuk manusia dan bagaimana untuk mencapai kepada pengetahuan ini. Bagaimana seseorang itu ingin bersulu untuk menuju kepada Allah s.w.t. Kebanyakan kita membaca al-Quran, akan tetapi tidak merasakan kelazatan di dalam hatinya ketika membacanya. Bacaan ini tidak menggoncangkan hatinya dan tertanya-tanya sebab ini berlaku. Sebab perkara ini berlaku adalah kerana tidak memulakan pada bahagian penyucian hati secara sempurna sehingga hati itu mampu berinteraksi dan merasai apabila menyebut nama Allah dan membaca al-Quran. 
(Dr. Syekh Ali Jumuah)

Al-Quran dimulakan dengan huruf "ب" dan berakhir dengan huruf "س" dan apabila disambung akan menjadi "بس" "baas" yang membawa maksud "cukup/sempurna". Manakala kitab Hikam li Imam Ibn Ataillah Al-Sakandari pula, dia memulakan Hikamnya dengan huruf "م" dan disudahi dengan huruf "ر" dan apabila disambung akan menjadi "مر" "murrun" yang membawa maksud "pahit". Kenapa pahit? kerana di dalamnya terdapat kata-kata nasihat yang teramat susah untuk difahami oleh orang biasa, susah untuk dihurai oleh orang bukan ahlinya dan terlalu susah untuk mengamalkannya. Sama juga dengan perjuangan menegakkan Islam, termatlah pahit dan terlalu banyak liku-liku yang perlu ditempuh untuk mendapat kemenangan dan kejayaan. Al-Quran mengandungi 114 surah dan 30 juz. Dalam kitab Al-Quran ini sungguh sarat dengan ilmu yang sangat berguna sebagai manual kepada manusia dan jin yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui Malaikat Jibri a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada malam Lailatul Qadr. Kitab Hikam ibn Ataillah al-Sakandari pula mengandungi 265 Hikam kesemuanya. 

Al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca, untuk dibuat musabaqah, untuk syifa' dan sebagainya, tetapi al-Quran ini diturunkan lebih dari itu bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara dalam kehidupan. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh kepada dua perkara tersebut, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan sunnahku (al-Hadis)". Al-Quran diturunkan dengan penuh kesempurnaan yang tiada siapa yang bertelagah atau bercanggah pendapat padanya apabila dikaji secara mendalam. Penemuan sains kini telah membuktikan kepada dunia bahawasanya al-Quran ini sangatlah indah dan bertepatan dengan kajian-kajian ahli saing hari ini. Ramai dari kalangan pegkaji-pengkaji dan ahli sains bilamana mereka mengkaji akan kebenaran al-Quran, maka mereka menemui kebenaran tersebut bertepatan dengan apa yang mereka kaji dan ramai juga dari kalangan mereka berimana dan memeluk Islam.

Rialiti masyarakat hari ini, ramai dari kalangan mereka mempersendakan dan mempermainkan ayat Allah Ta'ala lastas kejahilan mereka dalam Agama. Kita tidak menyalahkan mereka 100% kerana mungkin mereka dimomok-momokkan oleh pemimpin mereka dengan momokan yang keterlaluan sehinggakan mereka menjadi jahil dalam soal Agama. Mereka menggunakan Agama ini hanya pada tempat yang mereka setuju dan mahu, sebagai contoh solat, puasa, zakat haji akan tetapi dalam permasalahan petadbiran negara mereka tidak mengambilnya bahkan memburuk-burukkan dengan mengatakan al-Quran ini tidak lagi reliven buat zaman sekarang dan sebagainya. Tidak hairanlah jika rakyat di bawah kepimpinannya lebih teruk dan lebih buruk memandang kepada al-Quran ini. Jika kita megikuti isu-siu terkini, maka teramat sedihlah bilamana ada dari kalangan pemimpin dalam negara kita yang sanggup mengupah beberapa orang yang jahil dan cetek ilmu Agamanya berlakon dan memburuk-burukkan hukum Allah dengan mengatakan Hudud itu adalah anjuran "PAS", sedangkan kita tahu bahawasanya Hudud ini merupakan Hukum yang datang dari Allah Ta'ala, bukannya makhluk atau PAS atau mana-mana individu dan sebagainya. 

Inilah sedikit sebanyak perkongsian buat semua, semoga ini merupakan titik tolak untuk kita meneruskan mencari ilmu dan berjuang menegakkan Islam di mana saja kita berada. Perjuangan Islam bukan hanya tertumpu pada tempat dan waktu, tetapi ia melibatkan kesemua itu. Perjuangan termatlah jauh, jeuhnya itu tidak diketahui bilakah mendapat kemenangan, oleh itu jadilah kita antara tangan-tangan yang berusaha dan memberi sumbangan kepada perjuangan Islam sehingga Islam kembali ke tempat asalnya. "Hidup berjuang atau mati mulia", hanya dua pilihan ini sahaja yang kita ada untuk memastikan kemenangan Islam pada suatu masa nanti. Hidup dan mati hanya untuk ilahi. Wallahu A'lam...

Read full story

Wednesday, December 14, 2011

Untuk Sambut Menantu Baru La Ni...

0 comments
Hampir setiap minggu saya menghubungi keluarga di Malaysia untuk menanyakan khabar mereka terutama ma dan abah di kampung, inilah amanah dan harapan ma dan abah serta keluarga dari seorang anak yang berada berjauhan di perantauan. Mereka bukan apa pun, nak dengar suara kita, nak tahu bagaimana khabar kita, makan minum kita untuk membuktikan kecintaannya pada kita dan ingin membuktikan cinta kita pada mereka. Jangan hampakan harapan mereka terutama kepada kedua orang tua kita dan ringan-ringankanlah lidah untuk memohon keampunan dan kerahmatan dari Allah Ta’ala kepada mereka berdua.

Biasanya saya akan menghubungi ma pada hujung minggu (jumaat @ sabtu), tapi yang hairannya boleh dikatakan setiap kali saya call ma di kampung, ada saja gangguan dari kak long, abe cik atau uzu yang akan call sama dengan waktu saya. Bila call je, sekejap ada je yang nak bercakap ngan ma. Bila dah beberapa kali berlaku begini, saya mengambil inisiatif untuk call pada bukan hujung minggu. Ingatkan boleh elak la dari bertembung, tapi apa yang berlaku sebaliknya, sama juga. Bila call je ada je yang nak call, bila bercakap je sekejap, ada saja yang nak bercakap. Bila dimuhasabah balik, mungkin inilah petanda dari Allah Ta’ala bahawasanya ikatan hati di antara kami sekeluarga amat kuat dan saya berharap ikatan hati yang mahabbah ini akan terus menerus untuk melahirkan “Keluargaku, Syurgaku” Insya Allah.

Semalam 13-12-2011 saya call ma untuk menanyakan khabar bagaimana. Soalan biasa yang diajukan setiap minggu berkisar (sihat ke tak, tengah buat apa, dah makan belum, makan apa hari ini, dah pergi mana hari ini, apa perancangan hari ini, jiran-jiran sanak saudara di kampung sihat ke tak, ada apa yang berlaku di kampung dsb).

Saya: Assalamua’alaikum, sihat ke dsb....
Ma: Alhamdulillah sihat... Jang “nama samaran dalam keluarga” sihat ke?
Saya: Alhdulillah sihat je. Tengah buat apa tu?
Ma: ala... ni haa... tengah tengok pinggan mangkuk baru, beli ngan cik dah “mak saudara”. Dah lama tak beli pinggan mangkuk baru kan, lagipun senang nak buat majlis sambut menantu kan...
Saya: menantu mana pulak ni? 
Ma: Entah la, rasanya menantu sebelum ni semua dah sambut... 
Saya: awalnya beli, calon menantupun takde lagi.
Ma: boleh simpan kan?
Saya: Semangat nye nak dapat menantu baru ye...

Insya Allah... Semoga menjadi kenyataan. Betuah la sapa yang akan jadi menantu ma ye... Awal-awal lagi dah buat persiapan, nampaknya macam tak sabar je nak dapat menantu baru. Sekarang umur saya 23 tahun, tahun depan 24 tahun. Ma saya kawin umur 19, kak long kawin umur 20, abe cik kawin umur 25, abe kawin umur 25, uzu kawin umur 21, masa A’aidil Fitri baru-baru ni adik perempuan saya kawin, umur 20 tahun. Umur 19, 20, 21 dan 25 semua dah ada, nampaknya 24 tak ada lagi, tapi tak tahulah macamana, doakan semoga Allah permudahkan. Kebiasaan keluarga saya kawin awal-awal, setakat ini paling lewat pun sekitar umur 25-27 tahun.

Sebelum datang ke mesir awal-awal hari tu, ma dan keluarga dah izinkan untuk saya kawin di mesir, tapi tak tau lah. Ma pun selalu pesan, jodoh pertemuan, hidup mati semua di tangan Allah, kalau dah ada jodoh tak ke mana. Sehebat mana kita cari di mesir jika Allah takdirkan jodoh kita di Malaysia, maka kita takkan jumpa, sehebat mana kita mencari di Malaysia tapi jika jodoh di Mesir atau mana-mana, maka ia akan tetap berjumpa di mana yang Allah sudah tentukan untuk kita, apa yang penting kita kena usaha dan tawakkal kepada Allah. Ma tambah lagi “bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”. Sungguh terkesan dengan kata-kata yang keluar dari mulut seorang ibu. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menggapai RedhaMu dan RasulMu agar hidupku dan keluargaku selamat dunia dan akhirat.

Saya selalu berdoa agar bakal teman hidup saya nanti merupakan seorang yang bilamana dipandang sejuk rasa di hati, bila kita lemah dialah yang memberi semangat, bila kita rebah dialah yang membangkitkan kembali, apa yang saya kurang atau tiada, dialah penambah dan penyempurna. Dalam berumahtangga bukanlah kita mencari kesempurnaan pasangan tetapi kita saling menyempurnakan antara satu sama lain dan saling tolong menolong untuk menggapai redha Ilahi serta dapat melahirkan mahabbah dan “Baiti, Jannati wa baiti haraki” seterusnya dapat melahirkan keluarga muslim, mujtamak muslim, demi menuju negara Islam dan khilafah Islamiah.
Read full story

Siri Mengenali Para Sahabat R.A: Biodata Ringkas Sahabat/iah Rasulullah s.a.w. (Siri 3)

0 comments
21- Asma’ binti Abu Bakar
Asma binti Abu Bakar merupakan anak kepada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Adiknya Aishah binti Abu Bakar merupakan isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Beliau berkahwin sebanyak dua kali dan suaminya yang terakhir adalah Zubair ibn Awwam yang mana hasil dari perkahwinan ini lahirlah seorang anaknya yang terkenal iaitu Abdullah ibn Zubair.

Jasa dan sumbangannya
Ketika Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di gua untuk melarikan diri daripada ancamana kaum Quraisy, beliaulah yang membekalkan makanan dan minuman kepada Nabi dan ayahnya. Kerana jasanya itu dia digelar Zatun Naqatain yang bermaksud "Yang Empunya Dua Tali Pinggang".

Bersama anaknya dan Hajjaj
Ketika anaknya, Abdullah bin Zubair meminta pendapat daripada beliau tentang keadaan anaknya yang sudah dikepung oleh tentera Bani Ummaiyyah, Asma’ memberi semangat kepada anaknya untuk terus berjuang. Asma' berkata kepada anaknya:

"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat".

Lalu Abdullah ibn Zubair melancarkan serangan terakhir sehingga dia mati dibunuh oleh gabenor Bani Ummaiyyah iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Beliau merasa bangga dengan kematian anaknya. Hajjaj mengarahkan mayat anaknya itu digantung dan disalib di atas tiang sebagai tanda penghinaan kepada Abdullah bin Zubair. Lalu Asma’ mengatakan:

"Bukankah sampai masanya pahlawan yang berdiri megah ini turun dari kudanya?"

Mendengar kata itu daripada Asma’, maka Hajjaj merasa malu kerana dengan menaikkan mayat Abdullah ibn Zubair itu bermakna menaikkan martabat Abdullah itu sendiri dan orang ramai yang lalu lalang pasti akan mengutuk akan kekejaman Hajjaj. Lantas Hajjaj menurunkan mayat Abdullah dan menyerahkannya kepada ibunya Asma’ binti Abu Bakar.

22- At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi
At-Tufail ibn Amr Ad-Dawsi atau Tufail bin Amar adalah salah seorang sahabat Nabi. Tufail bin Amar adalah seorang bangsawan Arab terkemuka serta merupakan ketua Kabilah Arab Daus. Beliau mempunyai sifat yang mulia dan suka menolong dan melindungi masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ketakutan. Beliau juga mempunyai tahap pemikiran yang luas, bijak, cerdas dan berperasaan halus. Juga merupakan penyair yang mampu membuat untaian terhadap syairnya agar lebih indah dan tajam.

Tufail memeluk Islam
Minatnya terhadap bidang kesenian membuatkan beliau sering kali tidak mahu melepaskan peluang dalam menyertai "Pesta Kesenian" di Pasar Ukaz. Pasar Ukaz merupakan suatu pasar kesenian yang terletak tidak jauh dari Kota Suci Makkah.

Namun demikian, Tufail merasakan yang beliau perlu bertemu dengan seorang lelaki di Kota Suci Makkah al-Mukarramah yang sebelum ini dikhabar merupakan lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri (luar biasa dan handal dalam pelbagai bidang) seperti yang selama ini didengari olehnya di negerinya yang bernama Tihamah (negeri yang terletak di dataran rendah sepanjang persisiran Laut Merah yang menjulur ke Makkah). Lelaki itu bernama Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad S.A.W.) seorang lelaki yang menggelar dirinya "Utusan Allah".

Demi memastikan bahawa lelaki itu benar-benar wujud, Tufail bertanyakan khabar tersebut dengan beberapa pembesar Quraisy yang dalam perjalanan ke kota suci Makkah. Para pembesar Quraisy tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap pernyatan Tufail tadi mungkin mereka ingin menjaga kepentingan keturunan mereka dan pangkat kemuliaan mereka di depan bangsawan kabilah Arab yang lain. Namun Tufail tidak berputus asa, hasratnya yang membara ingin bertemu dengan Muhammad bin Abdullah terus dipendam sehingga beliau sampai di Kota Suci Makkah.

Sesampai sudah Tufail di Makkah, Tufail dilayani dengan penuh meriah oleh para pembesar Quraisy. Mereka membuat suatu majlis keraian sebagai tanda menyambut kedatangan Saudara pembesar dari puak Kabilah Arab yang lain. Dalam majlis tersebut Tufail bertanyakan tentang perihal kewujudan Muhammad bin Abdullah di bandar itu kepada salah seorang pemuka Quraisy. Beliau tidak tahu yang Muhammad itu memang merupakan Nabi, Rasul dan Utusan Allah. Dia juga tidak mengetahui bahawa Muhammad itu merupakan keturunan kepada pemerintah Kota Suci Makkah yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh kaum Quraisy yang menyembah berhala akibat dari sikap Muhammad yang mengagungkan Allah yang Esa dan tidak mahu berganjak dari dakwahnya itu.

Demi tidak mahu melukakan hati Tufail, pemuka Quraisy itu menjawab pertanyaannya: "Wahai Tufail sahabat kami, pemimpin kaum Daus yang bijak bestari, Engkau datang ke mari dalam keadaan selamat. Tiada satu halangan pun yang menimpamu. Kami pun menghormatimu dengan sepenuhnya. Muhammad yang kau maksudkan itu memang ada di kota Makkah ini. Dia seorang yang suka menimbulkan perselisihan diantara kami sehingga terjadilah perpecahan dan permusuhan antara satu sama lain".

Para pembesar Arab quraisy yang lain terdiam sejenak, masing-masing seperti mahu mengumpulkan kekuataan dan mempertahankan keyakinan mereka. Bagi mereka pertanyaan Tufail itu telah dapat dijangkakan awal lagi disebabkan;
1-      Tufail merupakan seorang bangsawan yang sangat berpengaruh dalam hal ehwal sosial. Dan orang yang baik-baik dan tidak mementingkan pangkat semata-mata.

2-      Tufail merupakan seorang yang amat meminati kepada kesenian, jadi tidak hairanlah jika dia sentiasa mahukan kelainan dan mencari ilmu berkaitan agama, kesenian, dan lain-lain dari orang yang dianggapnya terlalu luar biasa seperti Muhammad Rasullullah.


Kebanyakan pembesar Arab yang melawat kota-kota besar mereka akan sentiasa berbuat baik dengan cara mengenali orang-orang yang  terpengaruh dalam masyarakat dan keturunan mereka. Hal ini menjadi lambang persaudaraan Arab yang kukuh pada sejak berkurun lamanya.

Namun, pemuka Quraisy tidak putus-putus menghasut Tufail dengan memburuk-burukkan Nabi Muhammad seperti mendakwa bahawa Muhammad itu membawa ajaran palsu dan hanya memainkan sihir semata-mata. Walau bagaimanapun, lonjakan hati nurani Tufail yang ingin bertemu dengan Muhammad dapat memutuskan hasutan dan tuduhan palsu pemuka/pembesar Quraisy itu. Akhirnya Tufail menjawab dengan tegas: "Demi Tuhan!, Kedatangan saya ke mari memang sengaja hendak bertemu dengannya (Muhammad) dan hendak mendengar ucapannya. Jika tuan-tuan sekalian tidak memperkenankan saya mendengar ucapannya, menatap raut wajahnya pun sudah cukup bagi saya. Saya tidak akan berbicara dengannya. Kedua-dua belah telinga saya ini akan saya sumbati dengan kapas (dalam-dalam) agar saya tidak dapat mendengar ucapan-ucapannya". Kata-kata Tufail itu membuatkan pemuka Quraisy tidak berdaya menghalangi keinginan bangsawan itu untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.

Keesokan harinya, Tufail telah menuju ke Masjid (diriwayatkan kawasan sekitar Masjidil Haram) untuk menemui Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah dijanjikan Tufail telah menyumbatkan putik-putik kapas ke dalam telinganya sehingga beliau tidak boleh mendengar apa-apa suara yang telah terhasil dari luar. Seketika, beliau telah menanyakan orang sekeliling bagaimanakah rupa Muhammad itu lalu orang yang lalu lalang di situ memberitahu gerangan Muhammad serta tempat baginda berada. Akhirnya Tufail menemui Muhammad, di mana ketika itu Muhammad sedang solat di sisi Kaabah. Lalu Tufail pun menghampiri Muhammad, beliau benar-benar ingin melihat paras rupanya dan keistimewaan yang ada pada Muhammad itu.

Lantas dengan izin Allah, Tufail yang sedang menghampiri Muhammad pada waktu yang tidak membenarkan beliau boleh mendengar tiba-tiba boleh mendengar dengan jelas alunan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Muhammad. Dia berusaha untuk terus menutup telinganya rapat-rapat namun tidak berjaya. Suara Muhammad yang membacakan Al-Quran amat jelas walaupun pada zahirnya bacaan Muhammad itu perlahan dan tidak pula ditinggikan. Beliau akhirnya terpesona dengan bacaan itu.

Tufail bertanya sendirian: "Mengapa begitu indahnya perkataan-perkataan yang diucapkannya itu? Saya tidak akan takut pada barang yang baik daripada barang yang buruk. Apa yang menghalangi saya jika saya mendengar apa-apa yang dibaca oleh orang itu? Barang yang baik sudah tentu saya terima dan barang yang buruk akan saya buang. Siapakah yang menghalang saya jika saya memperkenalkan diri kepada orang itu? Saya ingin belajar kepadanya sesuatu yang saya belum ketahui. Alangkah baiknya jika saya dapat mempelajari rangkaian kata-kata seperti yang sedang diucapkan".

Selepas Nabi Muhammad menunaikan sembahyang, Nabi terus pulang ke rumahnya, dalam pada itu Tufail turut mengikuti Nabi pulang ke rumah secara senyap-senyap. Sesampainya Nabi Muhammad ke rumah, Tufail meminta izin dari Nabi untuk masuk ke rumah Baginda. Beliau memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Muhammad. Nabi meminta Tufail untuk duduk. Lalu Tufail menjelaskan kedatangannya dan cabaran yang hendak diterima sewaktu bertemu ingin bertemu Muhammad. Namun beliau menyerahkan semua itu kepada keizinan Allah. Tufail meminta untuk Muhammad membacakan beberapa ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Nabi pun setuju dan membacakan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, lalu selepas Nabi selesai membacanya, lalu Tufail berkata kepada Nabi: "Demi Allah!Saya belum pernah mendengar bacaan yang lebih bagus daripada ini. Saya belum pernah mendengar urusan yang lebih lurus daripada bacaan ini".

Ketika pada waktu itu juga beliau mengucapkan kalimah syahadah dan berkata kepada Muhammad: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ini seorang yang ditaati oleh kaumku. Saya akan kembali kepada mereka untuk mengajak mereka memasuki Islam. Doakanlah semoga Allah memberikan suatu tanda (bukti kebenaran) yang akan membantu bagiku dakwah kepada mereka". Lalu Nabi Muhammad SAW tidak menghampakan permohonan Tufail yang ikhlas itu dengan berdoa: "Ya Allah! Jadikanlah baginya suatu tanda(bukti kebenaran)".

Akhirnya Tufail telah memeluk Islam, menerima cahaya keimanan dan hidayah serta ketaqwaan. Nabi telah mendidik Tufail akan cara hidup baharunya apabila beliau mengamalkan Islam. Hatinya telah puas dan lega. Keimanan barunya itu tidak mudah untuk dicanang dan digoncang oleh sesiapapun. Kerana itu beliau tidak menghairankan ejekan dan tohmahan kerana dia memeluk dan mempelajari Islam secara mendalam serta mengamalkannya.

Pemuka Quraisy tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau adalah pembesar Kabilah Arab Daus yang paling disegani dan apabila sesuatu kecelakan yang menimpa atas Tufail sudah pastinya masyarakat Daus di Tihamah akan menuntut bela atas apa-apa kecelakaan terhadap Tufail.

Selepas Islam
Beliau mengetuai satu kontinjen orang-orangnya menentang Musailamah al-Kazzab dan gugur syahid dalam Perang Yamamah.

23- Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah (ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.

Pengislamannya
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu:
1-      Khadijah binti Khuwailid
2-      Abu Bakar As-Siddiq
3-      Ali bin Abi Talib
4-      Ammar ibn Yasir 
5-      Sumaiyyah
6-      Suhaib Ar-Rumi
7-      Miqdad Al-Aswad.

Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.

Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,

“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”

Tetapi Bilal lantas menjawab,

“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”

Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

Jasa dan Perjuangannya
Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juru azan oleh Rasulullah s.a.w. dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juru azan atau bilal.


24- Hajjaj ibn Yusuf
Al-Hajjaj ibn Yusuf (الحجاج بن يوسف) (lahir pada Jun 661M di Taif dan meninggal dunia pada 714M di Iraq) paling terkenal sebagai seorang panglima perang Kerajaan Islam Umaiyyah. Beliau merupakan pemuda Arab yang berasal dari suku kaum Thaqafi. Oleh kerana jasanya dalam pentadbiran kerajaan yang besar, Khalifah Abdul Malik b. Marwan telah melantik beliau menjadi Gabenor Hijaz, Iraq, Yamamah dan Yaman.

Kehidupannya
Pada peringkat awalya Hajjaj merupakan seorang ketua pengawal keselamatan dalam negara yang bertugas di bawah seliaan Abu Zur'ah. Namun, disiplin yang diterapkan oleh Hajjaj terhadap orang bawahannya berjaya menarik perhatian khalifah Bani Umaiyyah ketika itu iaitu Abdul Malik bin Marwan.

Setelah dilantik oleh khalifah sebagai Panglima Besar tentera kerajaan Bani Umaiyyah, Hajjaj ditugaskan untuk menghapuskan kerajaan Hijaz pimpinan Abdullah ibn Zubair. Tugas pertama beliau adalah untuk menewaskan tentera Abdullah yang diketuai oleh saudara Abdullah sendiri iaitu Mus'ab ibn Zubair.

Setelah tentera Mus'ab tewas, beliau meneruskan strateginya untuk menamatkan riwayat kerajaan Abdullah ibn Zubair yang ketika itu berpusat di Makkah. Apabila berjaya menewaskan kerajaan Hijaz, Hajjaj meneruskan usaha menyebarkan agama Islam dengan melancarkan beberapa ekspedisi ketenteraan. Hajjaj ibn Yusuf berkhidmat di bawah dua orang khalifah iaitu Abdul Malik bin Marwan dan Al-Walid bin Abdul Malik. Selepas berjaya menewaskan pemberontakan yang diketuai oleh ulama’ terkenal iaitu Said ibn Jubair, Hajjaj meninggal dunia akibat penyakit kecacingan.

Jasa dan perjuangannya
Walaupun pentadbirannya yang keras dan berdisiplin dikritik oleh banyak pihak, namun antara jasa-jasanya yang dikenang umat Islam adalah :-
1-      Mendaulatkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
2- Menambah baris dan tanda-tanda di dalam bacaan Al-Quran untuk memudahkan pembacaan umat Islam.
3-    Menyelamatkan umat Islam yang diserang oleh kerajaan Hindu di India dengan menghantar Muhammad ibn Qasim sehingga berjaya mengukuhkan kuasa Islam di sana.
4- Mengukuhan pertahanan Islam di Turkestan dengan menghantar tentera pimpinan Qutaibah ibn Muslim sehingga menembusi sempadan negara China.
5- Meluaskan empayar Islam di Eropah dengan menghantar tentera Islam pimpinan Musa ibn Nusair dan Tariq ibn Ziyad ke Sepanyol.

25- Hakim ibn Hazm
Hakim ibn Hazm (حكيم بن حزم) ialah salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Beliau tercatat sebagai salah seorang daripada 2 individu yang lahir di dalam Kaabah selain Saidina Ali bin Abi Talib (menurut pandangan masyarakat Sunni dan segelintir masyarakat Syiah). Beliau merupakan perawi utama hadis penting mengenai undang-undang kontrak di negara Muslim.

Biografi; Salasilah
Ayahnya bernama Hizam atau Hazm, adalah putera kepada Khuwaylid. Oleh kerananya, Hakim tak lain merupakan anak saudara Khadijah, isteri Rasulullah, sebab Khadijah adalah puteri Khuwaylid. Kelahiran Hakim bermula ketika berlangsungnya sebuah acara festival di Makkah. Si ibu tua yang sedang sarat mengandung, bersama beberapa wanita, lantas masuk ke dalam Kaabah untuk berdoa, sebagaimana kebiasaan saat festival. Akan tetapi, secara tiba-tiba, perut si ibu mendadak sakit dan merasa hendak melahirkan bayinya. Dia tidak kuat lagi untuk bergerak dan terpaksa dibaringkan di dalam Kaabah. Sesudah dipersiapkan persalinannya, tak lama kemudian seorang bayi telah lahir ke dunia kemudian diberi nama Hakim.

Kaya dari kecil
Hakim dibesarkan di keluarga berada. Beliau pun benar-benar menikmati statusnya sebagai anak dari keluarga disegani di Makkah. Meskipun demikian, orang tua Hakim tidak serta merta memanjakannya, bahkan dia diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Rifadah, yakni membantu siapa saja yang memerlukankan pertolongan, terutama pada musim Haji. Hakim pun benar-benar melaksanakan amanah itu dengan penuh keikhlasan bahkan beliau selalu membantu para jamaah haji menggunakan wangnya sendiri.

Hakim pun bersahabat erat dengan Muhammad buat sekian lama sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul lagi. Walaupun usianya lima tahun lebih tua dari Rasulullah, namun hal tersebut tidak menghalang hubungan diantara keduanya. Mereka kerap berbincang serta menikmati kebersamaan sebagai sahabat. Hubungan setia kawan bersama Rasulullah dan Hakim menjadi kian erat lebih-lebih lagi apabila baginda Rasul menikahi ibu saudaranya, Khadijah binti Khuwaylid.

Meskipun Hakim sudah lama bersahabat dengan Rasul, tetapi Hakim tidak memeluk agama Islam hingga peristiwa penaklukan Makkah. Itu bererti lebih daripada 20 tahun setelah Islam didakwahkan secara terang-terangan oleh Nabi Muhammad. Justeru, Hakim sendiri merasa menyesal dengan apa yang sudah dilakukannya sebelum memeluk agama Islam. Ketika pertama kali mengucap dua kalimah syahadat, dia benar-benar amat bersalah serta menyesali setiap detik dalam hidupnya sebagai seorang musyrik dan menolak kebenaran dari Allah dan Rasul-Nya.

Sehari setelah dia masuk Islam, salah seorang dari anaknya melihat Hakim menangis. Maka bertanyalah si anak, "Mengapa ayah menangis?" Hakim menjawab sambil tersedu, "Banyak hal yang membuatku menangis, anakku. Yang terutama adalah begitu lamanya waktu bagi aku untuk memeluk Islam. Padahal, dengan menerima ajaran Islam banyak kesempatan dapat diraih untuk melaksanakan kebaikan, namun itulah yang nyatanya telah aku lewatkan. Hidupku tersia-sia ketika terjadi perang Badar dan perang Uhud.

Setelah Uhud, aku berkata pada diri sendiri, bahawa aku tidak akan lagi membantu kaum kafir Quraisy melawan Muhammad, dan aku tidak ingin meninggalkan Makkah. Saat aku merasa ingin menerima Islam, aku segera berpaling dan melihat orang-orang di sekelilingku yang kebanyakan kaum kafir Quraisy, untuk kemudian bergabung kembali dengan mereka. Oh andai aku tidak berlaku seperti itu. Tidak ada yang dapat menghancurkan kita selain ketaatan buta kita terhadap nenak moyang. Jadi, kenapa aku tidak menangis, anakku?"

Nabi Muhammad memang terkejut manakala seorang yang rendah hati dan berpengetahuan seperti Hakim, tidak memeluk Islam. Untuk waktu lama, Rasul sangat berharap bahawa Hakim serta orang-orang yang sepertinya, dapat terbuka mata hati serta menerima kebenaran Islam. Malam sebelum penaklukan Makkah, Rasulullah berkata kepada para sahabat, "Ada empat orang di Makkah yang aku ingin agar mereka bersedia memeluk agama Islam." Sahabat lantas bertanya, "Siapa saja mereka itu Ya Rasul?" "Mereka antara lain Attab bin Usayd, Jubayr bin Mutim, Hakim bin Hazm dan Suhayl bin Amr," jawab Rasul. "Dengan redha Allah, mereka akan menjadi Muslim."

Ketika pasukan Islam masuk ke kota Makkah dan membebaskan kota itu dari pengaruh jahiliyah, ia lantas berseru, "Siapa sahaja yang bersedia mengakui tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, maka dia akan selamat. Siapa sahaja yang berlindung di Kaabah serta meletakkan senjatanya, dia juga akan selamat. Siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Abu Sufyan, dia selamat. Dan siapa sahaja yang masuk dan berlindung di rumah Hakim ibn Hazm, dia selamat."

Tidak berapa lama kemudian, Hakim pun bersegera memeluk Islam dengan sepenuh hati. Dia lantas bertekad untuk menebus segala dosa yang pernah dia perbuat semasa hari-hari jahiliyahnya serta apapun yang pernah dia lakukan untuk menentang Rasulullah. Dia ingin menebusnya demi kemuliaan Islam.

Rajin menderma
Pada masa itu, Hakim merupakan pemilik sebuah bangunan bersejarah di Makkah bernama Dar an-Nadwah. Di tempat itu, biasanya para pemuka Quraisy berkumpul dan berdiskusi tentang banyak hal. Mereka pun banyak membuat rencana jahat terhadap Nabi Muhammad di sana. Hakim memutuskan untuk menjual bangunan itu, demi menghapuskan kenangan masa silamnya yang sudah berlalu. Dijualnya bangunan tersebut dengan harga 100 ribu dirham. Seorang dari keturunannya pun bertanya, "Anda telah menjual bangunan berharga itu kepada orang Quraisy, pakcik?"

Dengan sabar Hakim menjawab, "Kebanggaan dan kejayaan semua kini telah hilang dan berganti nilai taqwa. Aku hanya menjual sebuah bangunan namun hidangan harapan dapat menggantinya nanti di syurga. Dan aku berjanji akan mendermakan seluruh hasil dari penjualan ini di jalan Allah."

Bukan hanya itu saja. Saat melaksanakan ibadah Haji, dia menyembelih sekitar 100 ekor unta serta membahagi-bahagikan dagingnya kepada kaum fakir miskin di Makkah. Demikian pula ketika di padang Arafah, bersamanya ada seramai 100 orang hamba, dan setelah memberikan masing-masing segenggam perak, para hamba itu pun dibebaskannya.

Hakim memang amat dermawan dan di saat yang sama dia selalu ingin mendapatkan lebih. Setelah peristiwa perang Hunain, beliau meminta sejumlah pampasan perang kepada Rasul. Dia kemudian meminta lebih dan Rasul kembali memberikannya. Hakim ketika itu masih belum lama memeluk Islam akan tetapi Rasul amat pemurah kepada mereka yang baru memeluk Islam agar mereka bersedia menerima Islam sepenuhnya. Hakim pun mendapat harta rampasan perang dalam jumlah yang cukup banyak.

Maka Rasul pun berkata kepada Hakim, "Wahai Hakim! Segala harta benda ini amatlah menarik. Sesiapa sahaja yang memilikinya dan merasa puas dengannya akan diberkati sebaliknya siapa yang merasa tidak puas, tidak akan diberkati. Dia akan seperti orang makan namun tidak pernah merasa kenyang. Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah."

Penyataan baginda Rasul ini sangat menyentuh hatinya. Dia merasa amat tersentuh dan lantas berkata kepada Rasul,"Ya utusan Allah, aku tidak akan meminta kepada siapa pun selain kamu untuk apa pun." Sejarah mencatat, Hakim benar-benar menepati ucapannya. Sahabat Rasul ini tidak pernah meminta apapun juga kepada orang lain hingga dia meninggal dunia.

26- Halimahtus Sa'adiah
Halimahtus Sa'adiah atau nama sebenarnya Halimah binti Abi Dhuayb ialah ibu susu yang juga merangkap ibu angkat bagi Nabi Muhammad SAW. Halimah dan juga suaminya berasal dari kabilah atau puak Arab Sa'd b. Bakr, yang merupakan sebahagian dari Hawazin (kabilah atau puak terbesar yang menguasai wilayah Arab utara pada ketika itu). Halimah juga turut dikenali sebagai Halimah binti Abdullah. Makam Halimah terletak di Jannatul Baqi’, Madinah, Arab Saudi.

27- Hamzah bin Abdul Muttalib
Hamzah bin Abdul Muttalib (حمزه بن عبدالمطلب) [568M-625M] kira-kira lahir pada waktu hampir sama dengan Nabi Muhammad. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Nabi Muhammad, dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Nabi Muhammad, ini kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.

Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahab terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam

Kehidupannya
Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (أسد الله) kerana keberaniannya.

Selain Hamzah ialah pakcik saudara/bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad, Saidina Hamzah ini juga merupakan adik beradik sesusu dengan baginda Nabi. Hal ini seperti dikhabarkan dalam Hadis Sahih riwayat Imam Muslim:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم
تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم
أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ
أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ
قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya:
Dari Ummu Salamah isteri Nabi : "Ditanyakan orang kepada Rasulullah : "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah? atau ditanyakan: "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi  menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"

Jasa dan perjuangannya
Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy iaitu Utbah dan Shaibah. Pada waktu peperangan di Uhud, Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.

Penghulu para syuhada
"Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al-Hakim)

28- Hindun binti Utbah
Hindun binti ‘Utbah (هند بنت عتبة) adalah seorang wanita Arab yang hidup pada lewat kurun ke-6 dan awal kurun ke-7 M; dia adalah isteri kepada Abu Sufyan ibni Harb, seorang lelaki yang berkuasa di Makkah, di Semenanjung Arab barat. Abu Sufyan dan Hindun terdahulunya membangkang Nabi Muhammad s.a.w. Dia adalah ibu kepada Muawiyah 1, pengasasnya dinasti Umayyah, dan Ramlah binti Abi Sufyan, salah seorang isteri Nabi Muhammad. Kedudukannya sebagai seorang sahabat Nabi masih dipersoalkan oleh kerana tindakan yang dia ambil terhadap masyarakat Islam sebelum dia memeluk Islam, khususnya suatu peristiwa yang dikatakan kanibalisme sewaktu medan perang.

Hidup
Dia dilahirkan di Mekah, anak perempuan dari salah seorang dari pemimpin yang berpengaruh Quraysh, Utba ibn Rabi'ah. Dia mempunyai dua adik-beradik lelaki: Abu-Hudhayfah ibn Utbah dan Walid ibn Utba.

Ia tidak diketahui secara tepat bila dia berkahwin dengan Abu Sufyan, salah seorang pihak berkuasa yang memimpin dalam suku Quraysh, tetapi perkahwinan itu muncul pada tahun-tahun awal perkahwinannya.

Kontroversi dari Sumber Syiah
Hindun tidak masyhur dalam sejarah Islam dengan kegembiraan yang amat sangat pada kekalahan orang Islam di Perang Uhud apabila dia memakan hati bapa saudara Muhammad yang disayangi, Hamza ibn ‘Abd al-Muttalib. Walaupun dia kemudian memeluk Islam, pengasas Khulafah Umayyad oleh itu difitnah sebagai seorang anak lelaki haram kepada seorang kanibal. Walaupun dalam zaman moden, perdebatan berterusan didedahkan sama ada Hindun binti ‘Utbah adalah seorang Sahabat atau bukan oleh kerana tindakan pra-Islamnya.

Dalam rujukan Sunah Waljamaah awal Istīʻāb fī Maʻrifat al-Aṣḥāb, sarjana Islam Yusuf ibn abd al-Barr (978M-1071M) menyenaraikan ringkasan biografi-biografi Sahabat, dan Hindun sudah tentu disebut sebagai salah seorang Sahabat Nabi Muhammad s.a.w..

Dakwaan tuduhan mengenai zina
Cendekiawan Syiah memetik sumber-sumber awal yang mendakwa bahawa Hindun telah berhubungan dengan para lelaki selain daripada suaminya Abu Sufyan, dan bahawa anak lelakinya Mu'awiyah mungkin adalah sebabnya dari salah satu dari hubungan luar nikah itu.

Para sarjana lain berkata bahawa dia menjadi hamil dari Abu Sufyan di luar nikah dan Abu Sufyan diberikan wang rasuah untuk berkahwin dengannya. Sewaktu zaman Fath Makkah (penaklukan Mekah), isteri Abu Sufyan Hindun pergi kepada Nabi Muhammad untuk memeluk Islam, dan dia bertanya Rasullah apakah tugasnya sebagai seorang wanita Islam. Jadi di kalangan yang lain, Nabi Muhammad memberitahunya bahawa seorang wanita Islam tidak harus mencuri atau melakukan zina. Hindun kemudian menjawab dalam perasaan terkejut "Dan apakah wanita yang bebas (para isteri yang bukan hamba) juga mencuri dan mencuri dan melakukan zina?

Dakwaan bahawa Hindun memakan hati Hamzah
Musa ibn ‘Uqbah mengupah Wahshi untuk membunuh Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib dan membawanya kepada Hindun binti ‘Utbah dan dia memakannya. Ibn Kathir menyebut ini dalam riwayatnya Al-Bidayah wan Nihaayah (4/43).

Ibn Ishaq meriwayatkan dengan suatu isnad yang berpecah bahawa Hindun adalah orang yang memakan hati Hamzah.

29- Huzaifah Al-Yamani
Huzaifah Al-Yamani (حذيفة بن اليمان‎) adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Bapa Huzaifah Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.

Zaman Nabi
Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi terutama nama-nama orang munafik". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.

Zaman Umar Al-Khattab
Ketika zaman pemerintahan Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.

30- Ikrimah ibn Abu Jahal
Ikrimah adalah anak lelaki Abu Jahal (salah seorang bangsawan Quraisy dan juga musuh ketat Islam). Pada awal kemunculan Islam, beliau seperti bapanya juga merupakan musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Selepas Nabi Muhammad menakluki kota Makkah, beliau memasuki Islam dan berjuang bersama tentera Islam.

Jasanya
Antara jasanya adalah terlibat dalam peperangan menentang kelompok pemberontak yang murtad di dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Yamamah. Beliau ketika itu dilantik sebagai panglima tentera Islam.

Sumbangannya yang terbesar adalah ketika Perang Yarmuk di mana ketika itu tentera Islam berhadapan dengan tentera Rom Byzantine. Ketika tentera Rom memulakan serangan dalam satu kelompok yang besar, Ikrimah bertindak untuk memecahkan angkatan besar itu dengan serangan hendap tentera berkuda beliau yang dianggotai oleh 400 orang tentera Islam. Beliau terkorban syahid dalam serangan hendap itu lantaran anggota tentera Rom berjumlah sekitar 240,000 orang.

Read full story

Monday, December 12, 2011

Siri Mengenali Para Sahabat R.A: Biodata Ringkas Sahabat/iah Rasulullah s.a.w. (Siri 2)

0 comments
16- Abu Darda'
Abu Darda' (أبو الدرداء الأنصاري‎) pada asalnya merupakan seorang penyembah berhala yang menetap di kota Yathrib. Mempunyai seorang isteri yang dipanggil dengan gelaran Ummu Darda'. Abu Darda' merupakan seorang peniaga yang terkemuka di kota Yathrib.

Pengislamannya
Abu Darda' masuk Islam dengan usaha oleh rakan karibnya yang juga seorang sahabat Nabi S.A.W dari golongan Ansar iaitu Abdullah ibn Rawahah. Setelah masuk Islam, beliau meninggalkan perniagaannya dan menumpukan ibadah kepada Allah S.W.T. Pernah menjadi teman serumah kepada salah seorang sahabat Nabi yang terkemuka iaitu Salman Al-Farisi.

Jasa dan perjuangannya
Khulafa’ al-Rasyidin yang kedua iaitu Umar Al-Khattab ingin melantik beliau sebagai gabenor di Syria namun ditolaknya. Setelah itu, Umar sekali lagi melantik beliau sebagai guru untuk mengajar hal-hal yang berkaitan dengan Islam di Syria.

17- Abu Dzar al-Ghifari
Jundub ibn Junadah (جُندب بن جَنادة‎) atau lebih dikenali sebagai Abu Dzar al-Ghifari (ابو ذر الغافاري) adalah salah seorang sahabat nabi yang terawal. Beliau tinggal di Ghifar (antara Syam dan Madinah) bersama adiknya Jindab.

Beliau memeluk Islam di hadapan Rasulullah setelah tiba di Kota Makkah beberapa hari sebagai musafir. Beliau dengan berani menyatakan keIslamannya di hadapan Kaabah di depan penduduk Quraisy lalu dibelasah oleh orang kafir Quraisy.

18- Abu Hurairah
Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.

Kehidupan Abu Hurairah
Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.

Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membahagi malamnya kepada tiga bahagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulang-ngulang hadis. Dia dan keluarganya tetap hidup sederhana walaupun setelah menjadi orang berada. Abu Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tetamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.

Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Mungkin disebabkan oleh itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi gabenor Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tetapi pada 23 Hijrah, Umar r.a. memecatnya kerana Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan wang yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan, Abu Hurairah r.a. berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehinya dari berternak kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gabenor kembali, tapi Abu Hurairah r.a. menolak.

Penolakan itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mahu disebat; aku tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama baikku tercemar," katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.

Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya: “Sesiapa berdusa terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka”. [Al-Bukhariy/ 1291], [Muslim/ 3], [Ibnu Hibban/ 31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659], [Ibnu Majah/ 30, 33, 36, 37], [Ad-Darimi/ 231, 232, 234, 235, 236, 238, 593], dan [Ahmad/ 585, 1078, 1416, 2670, 3791, 3804, 9086, 10350, 11011, 11531, 11700, 12291, 12353, 12687, 12777, 13549, 13558, 13568, 13843, 16071, 16471, 16978]

Asal usul gelaran Abu Hurairah
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.

Era Nabi Muhammad; Pengislaman Abu Hurairah
Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah berada di Khaibar. Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah S.A.W. berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu ibunya masih belum menerima Islam malah menghina Nabi. Abu Hurairah r.a. lalu bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta Baginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a. menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.

Apabila pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah S.A.W. memperluaskan Masjid Nabawi ke arah barat dengan menambah ruang sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah r.a. turut terlibat dalam pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya Rasulullah S.A.W. turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu itu kepadanya. Rasulullah S.A.W. menolak seraya bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat".

Abu Hurairah r.a. pernah tersilap menimbang makanan yang lazat sehinggakan dia dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Abu Hurairah r.a. gembira "Kerana Nabi menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.

Begitu cintanya kepada Rasulullah S.A.W. sehingga siapapun yang dicintai, ia ikut mencintainya. Misalnya, ia suka mencium Hasan dan Husain, karena melihat Rasulullah S.A.W. mencium kedua cucunya itu.

Abu Hurairah di Madinah
Abu Hurairah r.a. berpindah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana ia bekerja menjadi buruh kasar bagi siapa yang memerlukannya. Seringkali dia mengikatkan batu ke perutnya, kerana menahan lapar yang amat sangat. Malah diceritakan bahawa dia pernah berbaring berhampiran mimbar masjid sehinggakan orang menyangka dia kurang waras. Apabila Rasullullah S.A.W. mendengarkan perkara tersebut, baginda menemui Abu Hurairah r.a. yang menjelaskan bahawa dia berbuat sedemikian kerana lapar, lalu Rasullullah S.A.W. pun segera memberinya makanan. 

Peribadi Abu Hurairah
Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi S.A.W. Ia dikenali sebagai salah seorang ahli shuffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi S.A.W. sehingga baginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibahagikan.
Pernah pula pada suatu masa, dia duduk di pinggir jalan tempat orang biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya. Dilihatnya Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat Al-Quran. "Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku pekerjaan," tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma membacakan ayat, lantas berlalu.

Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a.. "Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata Abu Hurairah r.a.. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar r.a.melakukan hal yang sama.

Tak lama kemudian Rasullullah S.A.W. pula yang berlalu. Nabi tersenyum. "Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau boleh membaca raut muka saya dengan tepat," tutur Abu Hurairah r.a..

"Ya Aba Hurairah!" panggil Nabi.

"Labbaika, ya Rasulullah!"

"Ikutlah aku!"

Beliau mengajak Abu Hurairah r.a. ke rumahnya. Di dalam rumah didapati semangkok susu.

"Dari mana datangnya susu ini?" tanya Rasulullah S.A.W. Beliau diberitahu bahwa seseorang telah memberikan susu itu.

"Ya Aba Hurairah!"

"Labbaika, Ya Rasulullah!"

"Tolong panggilkan ahli shuffah," kata Rasullullah S.A.W. Susu tadi lalu dibagikan kepada ahli shuffah, termasuk Abu Hurairah r.a. Sejak itulah, Abu Hurairah r.a. mengabdi kepada Rasullullah S.A.W.  bergabung dengan ahli shuffah di pondok masjid.

Abu Hurairah r.a. berjaya meriwayatkan banyak hadis disebabkan beliau sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk Islam. Ini sebagaimana yang diriwayatkan olehnya :-

Terjemahannya :-
“sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah S.A.W. 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa”. (Al-Bukhari)

Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau mengadu kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah mendoakan agar Abu Hurairah r.a. diberkati dengan daya ingatan yang kuat dan semenjak hari itulah Abu Hurairah r.a. dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan sejumlah hadis terbanyak di kalangan para sahabat.

Kisah Abu Hurairah r.a mengawal gudang zakat
Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-ngendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.

Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Ternyata keesokan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia dibebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur syaitan tidak akan mengganggunya.

Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah syaitan yang dilaknat.

Era Usman ibn Affan
Apabila kediaman Amirul Mukminin Usman ibn Affan r.a. dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenali sebagai al-fitnatul kubra (fitnah/bencana besar), Abu Hurairah r.a. bersama 700 orang Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meskipun dalam keadaan siap untuk bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan r.a. melarang pengikut setianya itu memerangi kaum pemberontak.

Era Ali ibn Abi Talib
Pada masa Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib r.a.  Abu Hurairah r.a. menolak tawaran menjadi gabenor Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah r.a. dilantik menjadi gabenor Madinah setelah diusul oleh Marwan ibn Hakam.

Kewafatan Abu Hurairah
Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula dia menghembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.

Warisan
Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Imam Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.

Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umaiyyah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah. Antara menantunya adalah Said bin Al-Musayyab.

19- Abu Musa Al-Asya'ari
Abu Musa Abdullah bin Qays al-Ash'ari, lebih dikenai sebagai Abu Musa Al-Asya'ari (أبو موسى الأشعري‎). merupakan seorang sahabat Nabi yang berasal dari Yaman. Sesuai dengan perwatakan orang Yaman, sifat Abu Musa lembut, berhemah dan halus budi pekertinya. Kerana itu dia digelar As-Sya'ariyyah atau Abu Musa Al-Asya'ari.

Kehidupannya
Abu Musa sangat dihormati oleh umat Islam ketika itu. Kecerdasan akalnya dan pertimbangan ketika memutuskan hukuman dan keputusan memenuhi kehendak syarak. Orang ramai mengatakan:

"Hakim di kalangan ummah ini ada empat orang iaitu Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Thalib, Zaid ibn Thabit dan Abu Musa Al-Asya'ari."

20- Abu Said Al-Khudri
Abu Sa'id Sa`d ibn Malik ibn Sinan al-Khazraji al-Khudri (أبو سعيد الخدري‎) adalah salah seorang sahabat Nabi dari kalangan Ansar. merupakan penduduk asal dari Madinah.

Jasa dan Sumbangan
Terlalu muda untuk berperang di Perang Uhud di mana ayahnya Malik bin Sinan jatuh, beliau mengambil bahagian dalam kempen seterusnya. Walaupun beliau melakukan perjalanan ke Syria sekali untuk melawat khalifah Umayyah Mu`awiyah, Beliau dinyatakan tinggal di Madinah sepanjang hidupnya. Kemudian, beliau menyertai dalam mempertahankan bandar Madinah menentang tentera Bani Umayyah pada Perang al-Harrah di 64H/683M. Pelbagai pendapat mengatakan beliau meninggal pada tarikh 63H/682M, 64H/683M, 65H/684M, atau 74H/693M. Abu Sa`id adalah salah satu periwayat hadis yang paling sering dikutip. Setelah dikira, ia telah meriwayatkan 1170 hadith. Muslim Syiah tidak secara automatik mengabaikan narasi, tapi membandingkan apa yang ia menceritakan dengan sumber lain.

21- Adi ibn Hatim
Adi ibn Hatim ialah raja bagi suku kaum Arab Bani at-Ta'i. Pada awalnya, beliau yang beragama Kristian bersikap memusuhi Islam hampir dua puluh tahun.

Pengislamannya
Beliau masuk Islam setelah mendengar akan keterangan Nabi Muhammad berkenaan cara beliau mengambil harta rampasan perang. Beliau juga ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk melihat dua daripada tiga mukjizat baginda.

Perjuangannya
Terlibat dalam peperangan menentang tentera kaum yang murtad di zaman Abu Bakar. Hasil usahanya bersama Khalid bin al-Walid, Adi berjaya menarik semula mereka yang murtad untuk bertaubat dan bergabung dengan tentera Islam.

Ketika di dalam kempen Peperangan Islam-Riddah, Adi berjaya membunuh salah seorang panglima kaum murtad.

Di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid, ketika menentang tentera Parsi Sassanid, beliau dilantik untuk memimpin pasukan kecil ketika Perang Ullais.

Ketika terjadinya Perang Jamal dan Perang Siffin, beliau berperang bagi pihak Ali bin Abi Thalib.

22- Ali bin Abi Talib
Saidina Ali Abi Talib (علي بن أبي طالب‎) ialah Imam Islam pertama selepas Rasulullah SAW dan khalifah terakhir Islam daripada Khulafa’ al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.

Kehidupan awal
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598M. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622M, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda oleh musyrikin Makkah.

Saidina Ali di Madinah
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632M, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunnah Wal jamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Menjadi khalifah ke-4
Pada tahun 656M, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saidina Ali
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. Dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Basrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qisas terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qisas tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217).

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

23- Ammar ibn Yasir
Ammar ibn Yasir merupakan anak kepada pasangan Yasir seorang pengembara Arab dan Sumaiyyah. Nama ibunya terkenal kerana ibunya merupakan orang pertama yang syahid dalam Islam. Ammar merupakan salah seorang sahabat yang hidup dari zaman Nabi sehingga ke zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin yang keempat iaitu Ali bin Abi Talib.

Di zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar as-siddiq
Beliau pernah berkhidmat untuk Saidina Abu Bakar as-siddiq utk memerangi gerakan riddah yang diketuai oleh Musailamah al-kazzab.

Kematiannya
Kematiannya telah dijangkakan oleh Nabi Muhammad dalam hadithnya iaitu:
"Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh golongan penderhaka dan minuman terakhirmu di dunia ini adalah susu."

Ammar terkorban syahid dalam Perang Siffin iaitu beliau berperang bagi pihak Saidina Ali bin Abi Talib. Ketika itu umur beliau sekitar 88 tahun.

24- Amr al-Aas
Amr al-As dilahirkan pada 583M. Berasal dari suku kaum Bani Sahm, ibunya bernama Laila binti Harmalah. Ibunya pada waktu di antara wanita tercantik dan dikatakan pernah membuat hubungan sulit dengan Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf, As bin Wail, dan Abu Sufyan. Apabila Amr dilahirkan maka ibunya mengumumkan bahawa Amr anak kepada As bin Wail. Namun Abu Sufyan mengatakan bahawa Amr itu anaknya, ini kerana wajah Amr mirip dengan rupanya. Kerana itulah Amr orang kuat menyokong Muawiyah bin Abu Sufyan (anak kepada Abu Sufyan). Amr juga mempunyai anak yang juga sahabat Nabi yang bernama Abdullah ibn Amru.

Kehidupannya
Sebelum memasuki Islam, Amr merupakan seorang peniaga yang selalu mengikuti rombongan perniagaannya di sekitar Syam dan Damsyik. Beliau masuk Islam bersama-sama Khalid Al-Walid setelah melihat kejayaan tentera Islam memenangi hati seluruh penduduk semenanjung Arab.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga iaitu Uthman bin Affan, beliau dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Mesir. Ketika zaman pemerintahan Ali bin Abi Thalib, beliau menyebelahi Gabenor Syam iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan untuk bangkit menentang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin keempat itu yang membawa kepada Perang Siffin. Selepas Muawiyah berjasa menubuhkan Daulah Bani Ummaiyyah, beliau dilantik semula sebagai gabenor di Mesir.

Jasa dan perjuangannya
Beliau merupakan salah seorang daripada tulang belakang tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Kelebihannya sebagai seorang ahli politik Arab banyak menyumbang kepada kemenangan tentera Islam ketika melakukan tipu helah, terutamanya ketika berdialog dengan para panglima tentera Rom dan merisik kekuatan dan kelemahan tentera Rom.

Kemuncak kejayaannya apabila Amru dapat menyebarkan Islam di bumi Mesir dan seterusnya beliau dilantik oleh Umar Al-Khattab untuk menjadi gabenor di sana.

25- Aqil ibn Abi Thalib
Aqil ibn Abi Thalib (عقيل بن أبي طالب‎) merupakan adik beradik kepada Ja'afar ibn Abi Thalib dan Ali bin Abi Thalib. Beliau lahir pada 590M.

Aqil merupakan seorang yang cekal dan di akhir hayatnya beliau menjadi buta kerana terlibat di dalam beberapa ekspedisi peperangan. Mempunyai lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beliau meninggal dunia pada umur 96 tahun.

Beliau pernah terlibat di dalam beberapa pertempuran. Antaranya ialah Perang Mu'tah.

Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan