~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, June 29, 2011

Azan, Iqamah, Tahnik Dan Aqiqah Menurut Kaca Mata Islam (Siri 2)

0 comments
Membelah Mulut (Tahnik)

Disunatkan membelah mulut bayi dengan buah kurma sama ada bayi lelaki atau pun perempuan. Dengan cara mengunyah buah kurma dalam mulut kemudian di sapukan pada mulut (lelangit) bayi sehingga masuk sedikit ke dalam mulutnya, kemudian dibuka mulutnya sehingga turun kedalam perut bayi walaupun sedikit. Kalau tidak ada buah kurma maka boleh digunakan sesuatu yang manis. .[1] الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2750.

Beberapa Hadits Tentang Tahnik

Dalil sunatnya tahnik ialah:
Al-Imam Bukhari dalam Sahihnya mentakhrijkan hadis dari Asma’ binti Abi Bakr. Dari Asma’ binti Abu Bakr (semoga Allah meredhai keduanya) bahawa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku datang ke Madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkannya di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah s.a.w.  maka Rasulullah s.a.w. meletakkan Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu Rasulullah s.a.w. meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian Rasulullah s.a.w.  memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalu Rasulullah s.a.w.  kemudian Rasulullah s.a.w. mentahniknya, lalu Rasulullah s.a.w. pun mendoakannya dan mendoakan keberkahan kepadanya”.

Dalam sahihain (Shahih Bukhari dan Muslim) dari Abu Musa Al-Asy’ari, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w.  memberinya nama Ibrahim dan kemudian mentahniknya dengan kurma”. Dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka Rasulullah s.a.w. mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku”.

Penjelasan Ilmiah

Sesungguhnya kandungan zat gula “glukosa” dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil, dan jika bayi yang lahir beratnya lebih kecil maka semakin kecil pula kandungan zat gula dalam darahnya.
Oleh karana itu, bayi prematur (lahir sebelum dewasa), beratnya kurang dari 2.5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, anak yang lahir dengan berat badan di atas 2.5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml. Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya berbagai penyakit:
1. Bayi tidak mahu untuk menyusu.
2. Otot-otot melemas.
3. Berhenti secara terus-menerus aktiviti pernafasan dan kulit bayi menjadi kebiruan.
4. Kontraksi atau kejang-kejang.

Terkadang boleh juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti:
1. Insomnia.
2. Lemah otak.
3. Gangguan saraf.
4. Gangguan pendengaran, penglihatan, atau keduanya.

Kejang-kejang secara berpanjangan dan kronik.
Apabila hal-hal di atas tidak segera ditangani atau diubati maka boleh menyebabkan kematian. Padahal ubat untuk itu adalah sangat mudah, iaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui infus, baik dalam mulut, mahupun pembuluh darah.

Perbahasan

Sesungguhnya perbuatan Rasulullah s.a.w.  mentahnik bayi-bayi yang baru lahir dengan kurma setelah dilumatkan dan kemudian memasukkannya ke mulut bayi, kemudian mentahniknya (mengolehkan lumatan kurma di lelangit mulut) adalah memiliki hikmah yang agung. Sebab, kurma memiliki kandungan gula “glukosa” dalam jumlah yang banyak, khususnya setelah dilumatkan di mulut sehingga bercampur dengan air liur, dimana air liur mengandungi sejumlah enzim khusus yang boleh mengubah glukosa menjadi gula asli. Air liur juga boleh melumatkan zat-zat gula. Sehingga bayi yang baru lahir dapat mencerna kurma lembut itu dengan baik. Dan karana mejoriti, bahkan semua bayi memerlukankan zat gula dalam bentuk “glukosa” ketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat boleh menjauhkan bayi dengan izin Allah Subhannahu wa Ta’ala dari kekurangan kadar gula yang benyak.

Disunnahkan tahnik kepada bayi adalah ubat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi yang sangat penting, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad s.a.w. menurut ilmu perubatan di mana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi. Sesungguhnya bayi yang baru lahir, apalagi jika lahir premature, tanpa diragukan lagi sangat memerlukan dengan kadar segera, iaitu memberikan zat gula. Sekarang ini juga pihak hospital sudah banyak mengamalkan untuk memberikan kepada bayi dan anak-anak glukosa agar dihisap oleh bayi atau anak kecil setelah lahir, kemudian barulah ibu menyusunya.

Sesungguhnya hadis-hadis Nabi s.a.w.  yang mulia berkenaan dengan tahnik menjadi pintu pembuka cakrawala pengetahuan dunia dalam hal menjaga dan merawat anak atau bayi, khususnya bayi lahir premature. Prematur adalah di antara penyakit yang sangat berbahaya, karana bayi memiliki kandungan glukosa yang sangat kecil dalam darahnya. Jika diberikan kepadanya zat gula yang siap diserap olehnya, maka itu adalah solusi yang terbaik dan selamat dalam keadaan darurat semacam ini. Tahnik kurma juga sekaligus menjadi mukjizat kenabian Muhammad s.a.w. secara medik, padahal perkara itu tidak pernah diketahui sebelumnya, baik pada zaman beliau hidup ataupun pada zaman-zaman sekarang, kecuali setelah dilakukannya sejumlah penelitian pada abad 20-an ini.

Berdasarkan apa yang telah disebutkan ulama bahawa, disunatkan membawa bayi setelah kelahirannya kepada orang soleh dan bertakwa untuk mentahnik mereka dan mendoakan kebaikan dan keberkatan untuk mereka.

Cara-cara tahnik :

Kelengkapan yang diperlukan dalam upacara tahnik:
-Air zam-zam @ air mutlak.
-Air cuci tangan.
-Buah tamar @ kismis.
-Sudu kecil (yang sesuai dengan bayi).

Bacaan dan doa dalam tahnik mengikut turutannya:

Sebelum menyuap tamar & air zam-zam maka digalakan untuk membaca:

بسم الله الرحمن الرحيم
الرحمن # علم القرءان # خلق الانسان علمه البيان # الشمس والقمر بحسبان # والنجم والشجر يسجدان # (الرحمن: 1-6 )
لاتحرك به لسانك لتعجل به # إن علينا جمعه وقرانه # فإذا قراناه فاتبع قرأنه # ثم إن علينا بينة(القيامة 16-19)
بل هو القران مجيد # في لوح محفوظ #( البروج 21-22)
semua ayat diatas dibaca sebanyak 3X –

Semasa disuapkan ke dalam mulut bayi hendaklah digosokkan ke lelangit mulut bayi sambil dibacakan ayat seperti berikut:

بسم الله الرحمن الرحيم
فالله خير حافظا وهو أرحم الراحميم
(3 X)

والله من ورائهم محيط بل هو قرأن المجيد فى لوح محفوظ
(3 X)

وحفظناها من كل شيطان الرجيم
(3 X)

ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين ثم جعلناه نطفة من قرار مكين ثم خلقنا النطفة
علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاما فكسونا العظام لحما ثم أنشأناه خلقا
ءاخر فتبارك الله أحسن الخالقين.

وان يكاد الذين كفروا ليزلقونك بأبصارهم لما سمعوا الذكر ويقولون انه لمجنون وما
هو الا ذكر للعالمين

بسم الله الرحمن الرحيم
أعوذ بكلمات الله التامات ومن كل عين لامة ومن كل شيطان هامة
حصنته بالحى القيوم ودفعت عنك السوء بالف الف لا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم
سماك الله .................................................................(اسم للطفل)

Kemudian hendaklah dibaca:
الناس- الفلق- الاخلاص- الفاتحة

Doa tahnik :

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين حمدا يوافى نعمه ويكافىء مزيدة يا ربنا لك الحمد كما ينبغى
لجلال وجهك وعظيم سلطانك . سبحانك لا نحصى ثناء عليك كما أثنيت على نفسك .
فلك الحمد على قبل الرضى ولك الحمد بعد الرضى اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا
محمد في الأولين. وصل وسلم على سيدنا محمد في الأخرين. وعلى اله وصحبه
أجمعين. اللهم أنشاه نشاة صالحة, واحيه حياة طيبة, واسعده سعادة الحسنى, واجعله
بارا بوالديه غير عاق لهما. واجعله من الصالحين العارفين الكاملين. واكفه شر النظرة
والعين والحاسدين, وأعذه من الخلقك أجمعين, ولا تحوجه الا لوجهك الكريم. واغفر
لوالديه والحاضرين أجمعين . وصلى الله على سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم
Read full story

Azan, Iqamah, Tahnik Dan Aqiqah Menurut Kaca Mata Islam (Siri 1)

0 comments
Muqaddimah:

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat meneruskan saki-baki kehidupan kita hari ini di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua. Amanah yang tertonggak di atas bahu-bahu kita hari ini masih tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya lagi walaupun beberapa lampu merah telah mengingatkan kita, kita tetap dalam kealpaan. Kertas kerja yang serba kekurangan ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan ilmu kepada kita semua, terutamanya mahasiswa yang akan kembali dan akan berhadapan dengan masyarakat Malaysia kelak.

Anak merupakan cahaya mata
Anak merupakan anugerah yang paling bernilai yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita. Oleh yang demikian, disunatkan bagi seorang muslim bergembira dan bersyukur kepada Ilahi. Di antara caranya ialah memberitahu saudara-mara dan sehabat handai serta jiran tetangga. Firman Allah s.w.t :

{ فبشرناه بغلام حليم }

Maksudnya: Lalu kami gembirakan Nabi Ibrahim dengan seorang cahaya mata yang penyantun dan sabar. (Surah as-Soofat, ayat 101)

Azan & Iqamah pada Telinga Bayi

Sunat diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya (bayi lelaki & perempuan). Ini untuk menjadikan pengisyhtiharan tauhid adalah perkara pertama yang memecahkan pendengarannya sewaktu dilahirkan ke dunia. الفقه المنهجى/1/ ms/492

Tetapi azan tesebut perlulah dilaungkan dengan cara sederhana (tidak terlalu kuat sehingga memudharatkan telingan bayi). Hendaklah mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah serta melafazkannya dengan cara yang betul dan sempurna. Panduan Kehidupan Muslim, ms/331.

At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' daripada bapanya katanya: (رأيت رسول الله –ص- أذن فى أذن الحسن بن على حين ولدته فاطمة بالصلاة ) Aku telah melihat Rasulullah s.a.w mengazankan pada telinga al-Hasan bin Ali sewaktu dia dilahirkan oleh Fatimah.  الفقه المنهجى/1/ ms/493

Begitu juga Hadis yang diriwayat al-Baihaqi ( من ولد له مولود , فأذن فى أذن اليمنى وأقام فى أذن اليسرى, رفعت عنه أم الصبيان)

Hikmah daripada azan dan iqamah ialah supaya perkara pertama yang masuk ke telinga bayi ialah kebesaran Allah s.w.t, kalimah tauhid dan syahadah serta panggilan menuju kejayaan, di samping menghalau gangguan jin dan syaitan. Selain daripada itu, ia bertujuan menjauhkan bayi daripada terkena penyakit yang dibawa oleh sejenis jin yang diberi nama oleh Rasulullah s.a.w sebagai Ummu Sibyan. Panduan Kehidupan Muslim, ms/332.

Bacaan Selepas Azan & Iqamah
Setelah selesai melakukan azan dan iqamah pada kedua-dua telinga bayi, dibaca ayat berikut pada telinga kanannya sebanyak tiga kali supaya dijauhi 'Ummu Sibyan' dan dorongan syaitan untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti zina serta terhindar dari terkena penyakit sawan. .[2] Panduan Kehidupan Muslim, ms/333

بسم الله الرحمن الرحيم
إنا أنزلناه فى ليلة القدر # وما أدراك ما ليلة القدر # ليلة القدر خير من ألف شهر # تنزل
الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر # سلام هى حتى مطلع الفجر #
بسم الله الرحمن الرحيم
إنى أعيذه بك وذريته من الشيطان الرجيم
( jika lelaki )

إنى أعيذها بك وذريتها من الشيطان الرجيم
( jika perempuan)

Kemudian dibaca ayat tersebut sebanyak tiga kali dan dihembuskan ke bahagian dada bayi agar hatinya mudah menerima segala ajaran yang baik sebagaimana di bawa oleh agama Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم
ألم نشرح لك صدرك # ووضعا عنك وزرك # الذى أنقض ظهرك # ورفعنا لك ذكرك # فإن مع العسر يسرا #
إن مع العسر يسر # فإذا فرغت فانصب # وإلى ربك فارغب #
Read full story

Saturday, June 25, 2011

Khitan Dan Hikmahnya

0 comments
Sebagaimana yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi daripada 'Aisyah :

"Sesungguhnya Nabi s.a.w telah mengkhitankan al-Hassan dan al- Hussin pada hari ketujuh daripada kelahirannya". 

Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dalam dua kitab Shahih mereka, sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الِاخْتِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ

"Lima perkara yang termasuk fithrah: khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak". 

Di sisi al-Syafie khitan adalah fardu baik lelaki mahupun perempuan.

Diisunatkan di sisi al-Syafie mengkhitankan bayi pada hari ketujuh daripada kelahirannya..
الفقه الاسلامى وأدلته /4/ ms/2751.

Berbetulan dengan hadis di atas, maka di sisi al-Syafie berkhitan adalah Fardhu bagi Lelaki mahupun perempuan. Berbeza dengan mazhab-mazhab lain, berkhitan bagi perempuan sunat muakkad sahaja. Berkhitan juga merupakan sunnah para anbiya'. Bila ia menjadi sunnah para Ambiya', maka bila dilakukan akan mendapat pahala.

Menurut Al-imam Al-Fakhrur Rozi,antara hikmah berkhitan adalah: karana hasyafah itu selama tertutup kulit kelamin akan sangat sensitif dan akan terlalu nikmat ketika bergeseran. Oleh karana itu kulit penutup tersebut dipotong agar hasyafah menjadi keras, dan akan mengakibatkan berkurangnya kenikmatan. Itulah nampaknya yang sesuai dengan syariat kita iaitu mengurangi kenikmatan, namun bukan berarti melenyapkan kenikmatan sama sekali.

Antara Hikmah Berkhitan:

1- Dapat mengelak jangkitan kuman (Mengelak Kanser Penis).
2- Dapat mensucikan daripada kekotoran.
3- Dapat mengekang kehendak nafsu yang tinggi.
4- Dapat membezakan antara orang Islam dengan bukan Islam.

Fakta:

Disebutkan dalam Majalah Kedoktoran Inggeris bahawa kanser penis sangat jarang terjadi di negeri-negeri Islam, salah satu sebabnya adalah karana khitan dilakukan terhadap penduduknya ketika mereka masih kanak-kanak. Di antara faktor pendorong terjadinya kanser penis adalah peradangan pucuk zakar. Khitan merupakan saranan untuk mengantisipasi terjadinya kanser penis. Penemuan ini memperlihatkan kepada dunia bahawa ajaran Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam adalah yang terbaik bagi sekuruh manusia.
(100 Mukjizat Islam, karya Yusuf Ali al-Jasir, Pustaka Darul Haq).

Inilah beberapa hikmah yang dapat ana senaraikan. Sekiranya kita ingat, suatu ketika dahulu, ada seorang artis perempuan Malaysia pernah berkata, "aku dapat melayan beberapa orang lelaki pada satu masa". Saya tak mahu panjang bab ni, cuma satu lagi, lihatlah golongan-golongan Barat, secara rialitinya memang beginilah keadaan mereka.

Bab khitan ini berlaku khilaf antara ulama' adakah hukumnya wajib atau sunat muakkad (perempuan). Maka sebagai orang yang belajar agama, seharusnya dan sebaiknya kita keluar dari khilaf tersebut. Maknanya kita amalkan sebagaimana pendapat al-Syafie. Saya lebih cenderung kepada pendapat al-Syafie yang mengatakan fardhu bagi Lelaki mahupun Perempuan, kerana kemaslahatannya lebih besar. Sesungguhnya Islam amat menitik beratkan soal kesihatan...

Sekian, Wallahu A'alam...
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan