~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, June 8, 2013

TAZKIRAH SUBUH: Peperangan Tabuk Dan I'tibar Buat Pejuang Islam

0 comments
Selain peristiwa Isra' dan Mi'raj yang berlaku ke atas junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pada bulan ini (Rajab) juga berlaku satu peperangan yang tersangat banyak pengajaran kepada umat ini terutama mereka yang mengaku pejuang-pejuang Islam.

Peperangan ini merupakan peperangan yang terakhir yang disertai oleh Rasulullah s.a.w. dan berlaku pada tahun ke-9 Hijrah. Tabuk terletak sekitar 700 KM dari Kota Madinah. Rasulullah berjaya mengumpul seramai 30 ribu tertera Islam. Perjalanan pada ketika itu mengambil masa  lebih kurang 1 bulan pergi dan 1 bulan kembali. Peperangan ini juga berlaku tatkala cuaca yang agak panas dan buah-buahan sedang masak ranum. 

Rasulullah s.a.w. mengerah seluruh umat Islam untuk keluar berjihad kecuali Muhammad Bin Maslamah ditugaskan untuk menjaga Kota Madinah. Ada antara mereka merasa tersangat berat untuk mengangkat pergi, ada yang terlalu miskin dan terpaksa mencari sponsor, ada yang menangis kerana tiada kelengkapan dan pelbagai lagi.

Apabila tentera Islam berangkat ke medan Tabuk, maka ada 3 orang sahabat tidak menyertainya, tidak termasuk golongan Munafiq. Mereka adalah Ka'ab Bin Malik, Murarah Bin Rabia'h dan Hilal Bin Umayyah. Apabila tentera Rom mengetahui kekuatan tentera Islam terlalu kuat, maka mereka tak jadi berperang. Sedangkan kekuatan mereka hampir 200 ribu.

Apabila tentera Islam pulang, maka ramailah golongan munafiq bertemu dengan Rasulullah dan memberi pelbagai alasan dan Rasulullah mengiyakan alasannya. Tiga orang tersebut juga bertemu dengan Rasulullah dan Rasulullah meminta mereka pulang dan menanti ketentuan Allah ke atas mereka kerana Ka'ab antara mereka yang terlibat dengan peperangan Badar Kubra.

Lalu mereka dipulau selama 40 hari, dalam tempoh dipulau tersebut, Ka'ab ditawarkan oleh pemerintah Ghassan untuk bersamanya, tetapi Ka'ab membakar surat tersebut. Inilah hasil didikan Rasulullah s.a.w. tatkala menerima I'qab (denda) mereka tidak berpaling walau sejengkal. Setelah dipulau selama 40 hari, Rasulullah memerintah pula isteri-isteri mereka untuk memulau mereka.

Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran sebagai pengajaran buat kita hari ini. Setelah 50 hari dipulau, maka turunlah ayat 118 surah al-Taubah tentang penerimaan taubat mereka. Antara pengajaran yang kita dapat ambil adalah:

1- Harta kemewahan, tanam-tanaman, anak isteri menjadi ujian buat pejuang-pejuang Islam.
2- Sekalipun kita di'iqab oleh pimpinan, maka terimalah ia dengan hati yang terbuka dan pastinya ada hikmah yang tersangat besar.
3- Jangan berbohong dalam perjuangan, kerana itu adalah sifat orang munafiq.
4- Jangan banyak bagi alasan untuk berjuang kerana itu juga sifat orang munafiq.
5- Apabila melakukan dosa, maka bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat.
6- Tentera Islam berjuang untuk mati, tentera kafir berperang untuk menang, sebab itu mereka takut dengan tentera Islam.
7- Dosa pahala, menang kalah bukan kerja kita. Kerja kita adalah berjuang.
8- Keimanan yang teguh dan pengorbanan yang tinggi menjadi pra-syarat kemenangan Islam.
9- Dalam kita diuji oleh Allah, maka ada saja musuh yang mahukan kita. Maka ketika inilah keteguhan iman sangat penting. Maka janganlah sesekali berpihak kepada musuh dll.

Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan