~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 15, 2010

Masjid Nabi Daniel Di Kota Iskandariyah (Mesir) Dan Kisahnya…



Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Nabi Daniel kerana mengingatkan di dalamnya terdapat makam beliau. Ia dimakamkan di dalam masjid ini berhadapan dengan makam Luqmanul Hakim. Siapakah Nabi Daniel? Dalam agama Islam, Nama Nabi Daniel termasuk nama yang jarang didengari kerana Nabi Daniel tidak termasuk dalam kalangan 25 Nabi yang wajib diketahui. Namun demikian, para ahli sejarah mengatakan. Beliau adalah seorang Nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Nabi Daniel termasuk di antara keturunan Nabi Daud a.s.

Imam al-Tsa’labi sebagaimana yang diambil dari Muhammada bin Ilyas Abul Barakat al-Hifny dalam bukunya Bada’iuz Zuhur fi Waqa’ ad-Duhur (hal. 192-194) mengatakan bahawa, pada suatu ketika dahulu hidup  seorang raja babil yang terkenal dengan jahatnya yang bernama Bakhtashir. Bakhtashir sendiri termasuk keturunan Yafuts dan Yafuts adalah putra Nabi Nuh a.s. Dalam sejarahnya, Bakhtashir seorang raja yang sangat kejam. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk berperang dan sebahagiannya dipenjarakan.

Suatu ketika Bukhtashir menawan ramai masyarakat termasuklah anak-anak. Antara yang dintawan itu termasuklah Nabi Daniel, ia ditawan dan dipenjarakan bersama dengan keturunan Nabi Ya’kub .s. dan Nabi Yusuf a.s. Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat mengjutkan dan menggugatnya. Ia bertanya kepada dukun dan juru ramal pada ketika itu, akan tetapi semuanya diam, tidak dapat menafsirkannya. Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjarakannya bersama Nabi Daniel yang mengkhabarkan kepada Bukhtashir bahawa di dalam penjara ada seorang pemuda yang pandai menafsirkan mimpi, dia adalah Nabi Daniel. Lalu dipanggillah Nabi Daniel untuk menakbirkan mimpinya itu. Nabi Daniael dengan jelas menakbirkan mimpinya tadi. Bukhtashir pun kagum akan kehebatan Nabi Daniel. Kemudiannya Nabi Daniel dibebaskan dari penjara dan dijadikan konsulten sekaligus guru peribadi Bukhtashir.

Keakraban antara Bukhtashir dengan Nabi Daniel ini membuatkan pembesar Majusi geram. Mereka kemudiannya merencana sebuah idea untuk membunuh Nabi Daniel. Maka digalilah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa lama harinya Nabi Daniel berada dalam lubang tersebut, Bukhtashir mendapati Nabi Daniel berada dalam keadaan sihat tidak kurang sedikitpun. Ia pun semakin dekat dan saying kepada Nabi Daniel.

Melihat hal itu, orang-orang Majusi kembali menghasut Nabi Daniel dengan hasutan-hasutan yang jauh dari kebenaran. Antara hasutannya adalah, dikatakan kepada Bakhtashir bahawa Nabi Daniel telah menyebarkan aib tentang Bakhtashir, iaitu bahawa Bukhtashir apabila tidur selalu buang air kecil di kasut. Hasutan ini tentu membuatkan Bakhtaashir geram, kerana ini adalah aib yang besar bagi seorang raja. Lalu Nabi Daniel dipanggil untuk tidur bersamanya. Bakhtashir kemudiannya berkata kepada para pengawal yang bertugas mengawal pintu bahawa kelak, apabila malam tiba ada sesiapa yang keluar dari kamar untuk ke tandas, maka bunuh saja orang itu, sesipapun dia, sekalipun dia mengaku bernama saya. Para pengawal pun mengiakannya.

Apabila malam tiba, Nabi Daniel tidak keluar dan ia tidak mahu buang air kecil pada malam itu. Sehingga akhirnya Bakhtashir sendiri yang pertama keluar kamar untuk ke tandas. Setiba ia di pintu, para pengawal langsung menangkapnya. Bakhtashir berteriak dan berkata “jangan bunuh saya, saya adalah raja kalian”, kata Bakhtashir. Namun para pengawal menjawabnya dengan mengatakan, “dusta!!! Kamu telah berdusta, kamu bukannya Bakhtashir raja kami, tetapi kamu adalah orang yang mengaku-ngaku sebagai raja”. Tanpa panjang kalam, Bakhtashir pun dibunuhnya. Allah menyelamatkan Nabi Daniel dan membinasakan Bakhtashir yang kejam.

Abul Barakat al-Hifny kemudian menuturkan, Nabi Daniel kemudiannya berangkat menuju ke kota Iskandariyah dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan meninggal dan makamnya juga di sana. Makam Nabi Daniel ini menurut al-Hifny dalam Badai’uz Zuhurnya (hal. 194-195) bahawa, makan Nabi Daniel ditemui pada masa Khalifah Umar al-Khattab. Saat itu, ketika Iskandariyah berhasil dilumpuhkan oleh Amir bi Ash, Amir dan para tentera melihat ada tempat bersembunyi yang dikunci dengan gembok besi. Kemudian mereka membukanya dan ternyata di dalamnya ada lubang kecil yang ditutup dengan marmar bewarna hijau dan ditutup dengan warna hijau lainnya.

Mereka membukanya dan ternyata di dalamnya terdapat jenazah seorang laki-laki dengan kain kafan yang ditenun benang emas, dengan badan yang sangat besar. Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar al-Khattab, lalu Umar segera bertanyakan kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Saidina Ali kemudiannya menjawab bahawa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel. Saidina Umar segera memerintahkan Amir bin Ash untuk mengkafankan semula jenazah tadi, dan meminta untuk dikuburkan di tempat yang tidak dapat dijangkau oleh orang ramai. Amir bi ash lalu membuatkan kuburnya semula di Kota Iskandariyah yang kemudiannya di atasnya dibangunkan sebuah masjid dan dinamakan Masjid Nabi Daniel sehinggalah sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan