
Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda Munafiq itu ada tiga perkara,
apabila mereka bercakap maka mereka dusta, apabila mereka berjanji maka mereka
mungkir janji, apabila diberi amanah maka mereka khianati”.
Abdullah bin
Ubai merupakan seorang yang mengaku beriman kepada Allah, tetapi kemunafikannya
dibongkarkan oleh Allah dalam al-Quran kerana perkataannya sangat jauh dari
perbuatannya terhadap Nabi dan Islam. Abdullah bin Ubai di depannya sangat
baik, tetapi di belakang sangat jahat lebih dari Musyrikin Mekah. Dia solat di
belakang Nabi s.a.w. seperti sahabat-sahabat lain, bahkan lebih awal dari sahabat
lain datang ke Masjid.
Dia ada
pengaruh dan pengikut. Apabila mereka tak berpuas hati dengan kesatuan umat
Islam semakin kukuh di negara Madinah dan kuasanya semakin lemah, maka mereka
membuat pakatan jahat bersama pengikutnya untuk memecahbelahkan kesatuan ini
dengan membina Masjid Dirar dan pelbagai lagi. Mereka bina Masjid, bukannya
Gereja, apa salahnya bina Masjid? Tetapi perbuatnnya dikutuk oleh Allah dan
Rasul-Nya serta umat Islam kerana ia memecahbelahkan kesatuan yang ada.
Berhati-hatilah dengan golongan ini.
Hari ini ramai pemimpin
negara umat Islam, mereka seolah-olah berselindung di belakang pokok gharqa’
(pokok yahudi), sebab itu rakyat buta dari melihat mereka melakukan kefasadan
dan kemungkaran. Hakikatnya pemimpin mereka hanya bermain-main dengan Islam,
mereka mempergunakan Islam, mengambil sejuzuk dari Islam dan meninggalkan
sejuzuk yang lain. Ambil apa yang dikehendaki, tetapi meninggalkan apa yang
dibenci dan mengancam kefasikan mereka.
Mereka banyak
membina Masjid yang sangat indah dan menggunakan kos yang sangat tinggi, mereka
juga menetapkan silibus pengajian Islam di sekolah dan universiti di bawah
kerajaan, mereka juga menyambut hari kebesaran Islam seperti biasa, mereka juga
membantu negara Islam yang diserang seperti Palestin dan negara-negara lain,
mereka juga mengaku berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka juga yang
menentang Syiah, mereka juga mengaku mahu menlong rakyat yang susah dan
sebagainya.
Dalam masa yang
sama mereka juga yang tidak memberi bantuan kepada sokolah Agama Rakyat, mereka
juga tidak membenarkan kuliah-kuliah Agama diatur secara tersusun di masjid-masjid,
mereka juga menyusun silibus pengajian Islam yang terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan pengajian lain, mereka juga yang mengambil Israel sebagai
penasihat keamanan negara sedangkan Israel musuh ketat Islam, mereka juga yang
mengiktiraf kerajaan Basyar sedangkan
Basyar dari fahaman Syiah dan musuh ketat Sunni di Syria, mereka jugalah yang
tidak mahu jalankan hukum Islam sedangkan mereka mengaku negara ini adalah
negara Islam, mereka jugalah yang mengkhianati rakyat dengan menarik zakat pelajar
yang menentang mereka dan merampas hak Royalti dan sebagainya.
Di manakah
Islamnya negara jika inilah yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi negara?
Fahamilah Islam dengan sebenarnya dan sokong serta dokonglah perjuangan Islam
yang sebenar bersama gerakan Islam, jangan tertipu lagi. Saya tak kata pemimpin
negara umat Islam adalah munafiq, tetapi ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah
sangat menepati dan dari kisah Abdullah Bin Ubai juga sama sahaja, bezanya
hanya zaman dan orangnya.
Bahayanya golongan Munafiq sehinggakan Allah Ta'ala abadikan dalam al-Quran iaitu surah al-Munafiqun supaya umat Islam tidak mengikut dan terpedaya dengan golongan ini. Berwaspadalah
dengan fitnah akhir zaman dan bergabunglah diri dengan Harakah Islamiah agar
kita tidak tercicir dari landasan sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Beriltizamlah dengan Jamaah Islam dan kepimpinannya"
Kembalikanlah hak-hak Islam ke
tempat asalnya kerana Islamlah hanya Agama yang diredhai Allah dan tiada yang
lain. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
Berjuanglah dan berkorbanlah demi memenangkan Islam kerana ia selamat dan
menyelamatkan manusia dari segala kerosakan di dunia dan di akhirat.
Disediakan
Oleh:
Mohd Hamyzan
Bin Hussain
0 comments:
Post a Comment