~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, December 31, 2012

Syeikh Abdul Qadir: Murabbi dan Mursyid

0 comments
(Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff)

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah di bawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.

Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah di bawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as-Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama' hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah. Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.

Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ke telinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya. Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain, masyaALLAH.. begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa. Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni Pok Su Musa mendoakan ambo dan meniup doanya di atas kepala ambo yang hina ini di sisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau. Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tanpa ambo memberi tahu kepadanya. SubhanaALLAH.

Nama beliau cukup masyhur meniti di bibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru pondok.

Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu.

Disediakan Oleh:
Al-Amir Ibnu Idris Al-Kelantany

Read full story

Saturday, December 22, 2012

Jangan Sampai Terikut Rentak Musuh

0 comments

Biarkan saja musuh menggunakan taktik kotor untuk mendapat kemenangan, tetapi kita yang berjuang dalam Parti & Jamaah Islam tak boleh ikut rentak mereka. Selagi boleh tegur dan mereka boleh terima, maka tegurlah kerana mereka juga dari yang beragama Islam dan sebahagiannya tidak. 


Jika kita juga guna taktik kotor seperti mereka, maka tiada beza antara kita dengan mereka. Nabi s.a.w. tak ajar kepada kita cara untuk mendapat kemenangan mesti guna taktik kotor, bahkan melarangnya walaupun mereka dari Agama lain. 

Kita menang bukan kerana usaha dan perjuangan kita semata-mata, tetapi kemenangan kita merupakan anugerah dan keizinan dari Allah Ta'ala. Apa yang penting kita mesti berjuang dan tidak putus asa dan semestinya menjaga hubungan dengan Allah & makhluknya.

Parti atau golongan yang bermusuh dengan Islam takkan kekal dan pasti menerima kekalahan suatu masa nanti dan kebenaran itu tetap kebenaran dan kebenaran semestinya datang dari Allah & RasulNya. Maka bersama-samalah kita dengan kebenaran tatkala senang mahupun susah.

Memang perjuangan sangat pahit dan panjang, tetapi hasilnya sangat manis walaupun kemenangan masih ditangguhkan. Jika mati dalam medan perjuangan menegakkan Islam, maka mati kita mati yang mulia (Insya Allah), jika mati dalam dosa atau bersama dengan Parti selain Islam, mati kamu mati yang hina (nau'zubillahi min zalik).

::-Mohd Hamyzan Bin Hussain-::
Read full story

Wednesday, December 19, 2012

Kepada Siapa Mesti Kita Takut?

1 comments
Apabila persoalan ini ditimbulkan, maka jawabannya sudah tentu Allah kerana hanya Allah layak disembah, dipuja dan dipuji oleh semua makhluk. Hanya padaNya sahaja kita mesti takut dengan erti lain taqwa. Tetapi pada kali ini saya bukan nak berkonsi soal taqwa, tetapi kepada siapa yang mesti kita takut. Inilah kadang-kadang manusia keliru mungkin kerana mereka jahil ataupun telah dijahilkan oleh pemimpin yang tak mahukan Islam.


Kita tak perlu takut kepada mana-mana pemimpin yang tak takutkan Allah, tetapi takutlah kepada Allah, nescaya mereka akan takut kepadamu. Pemimpin yang tak takutkan Allah, mereka akan laksanakan sesuatu mengikut hawa nafsu dan syaitan, sedangkan nafsu & syaitan tidak membawa seseorang kecuali ke jalan yang sesat lagi menyesatkan dan tidak pula berkuasa, tetapi Allah sahaja yang Maha Kuasa dari segalanya.

Mereka akan dapat kuasa dan akan berkuasa sebagaimana yang dikehendaki nafsu & Syaitan, sedangkan Allah tidak sekali-kali redha padanya. Suatu hari nanti mereka mesti tersungkur dan dihina oleh Allah Ta'ala di dunia & di akahirat.

Takutlah kepada pemimpin yang takutkan Allah, kerana Allah sedang bersamanya ketika mereka senang mahupun susah. Pemimpin yang takutkan Allah, mereka akan laksanakan sesuatu mengikut acuan al-Quran & al-Sunnah, sedangkan kedua-dua ini adalah arahan dari Allah & RasulNya dan Allah Ta'ala itu amat berkuasa atas segalanya. 

Jika kita takutkan pemimpin yang tak takut kepada Allah, maka mereka tak takut kepada kita dan Allah pula tidak redha pada kita. Jika kita takut hanya kepada Allah, maka Allah akan campakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka pada kita. Maka bersedialah untuk diperangi mereka dan jangan sesekali kamu berundur dari perjuanganmu.

Sekiranya kita takutkan pemimpin yang takutkan Allah, maka Allah akan redha kepada kita. Maka lihatlah seberapa limpahnya kurniaan Allah kepada penduduknya dengan limpahan rahmat dan kasih sayang yang tak terhingga. Maka bersyukurlah tatkala mendapat kurniaan ini dan jangan sesekali leka. 

Manusia yang bersifat material biasanya akan bersama pemimpin yang tidak amanah, tetapi golongan yang benar-benar Mukmin, mereka akan bersama dengan pemimpin yang adil lagi bertaqwa. Maka pilihlah pemimpin yang adil lagi bertaqwa, nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat.


Disediakan Oleh:
Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story

Islam Itu Indah, Kenapa Kamu Rosakkan?

0 comments

Islam itu indah, tetapi keindahannya telah ditutupi dan dinodai oleh umat Islam sendiri. Islam akhir zaman ibarat seorang perenang antarabangsa yang diikat kaki, tangan dan ditutup mulutnya lalu diminta untuk menyertai pertandingan acara renang. 

Di mana lagi keindahannya jika inilah yang dilakukan oleh mereka? Di mana? Sudah tentu perenang tersebut akan hilang kehandalannya walaupun dia dah sampai ke peringkat antarabangsa.

UMNO-BN dah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, tetapi Islam masih tidak dijalankan bahkan ada di antara mereka yang mengatakan "hukum Islam tak sesuai" dan sebagainya. Kamu belum lakasana, bagaimana kamu tahu? Kamu belum berkahwin, bagaimana kamu nak dapat anak?

Kenapa kerosakan dan kemunduran Islam sering dikaitkan dengan UMNO-BN? Kerana UMNO mengaku dan mengiktiraf Malaysia adalah negara Islam, tetapi kenapa tak nampak keindahan Islam di bawah pemerintahan mereka dan melaksanakan Islam? Takut hilang kuasa? Takut kena potong tangan? Takut kena rejam? Takut hilang kuasa? Kenapa dan mengapa?

Islam pernah memerintah dunia. Suatu hari nanti Islam akan kembali semula ke tempat ini, Insya Allah. Tetapi siapakah yang nak memenangkan Islam kalau bukan KITA? Maka jadikanlah dan berjanjilah pada diri sendiri supaya "Aku Mesti Perjuangkan Islam, Samaada Mendapat Menang Ataupun Syahid".

Disediakan Oleh:

Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story

Tuesday, December 11, 2012

Kezaliman vs Kebenaran

0 comments

"Kezaliman umpama menjeram air di atas dapur, jika dibiarkan begitu saja, lama kelamaan air akan kering dan akhirnya ia akan hancur bersama bekasnya, jika diangkat bekas tersebut, maka air takkan kering dan bekas takkan rosak teruk". 

Begitulah kezaliman, kita diberi pilihan untuk mengangkat bekas tersebut atau membiarkan hancur begitu saja. Jika kita sabar dengan membiarkan kezaliman, maka kita diberi 1 pahala, jika kita mengangkat bekas tersebut kita akan diberi 2 pahala (pahala menahan mereka dari terus melakukan kezaliman & pahala bersabar di atas kezaliman mereka).

"Kebenaran pula diibaratkan seperti kelamnya waktu malam, maka bila tiba waktu siang, kelam tersebut akan hilang dan kelam tersebut tidak selama-lamanya".

Begitulah kebenaran, ia akan mendapat kemenangan juga pada akhirnya. Ia akan mengalami zaman kelam dan jika kelam tersebut dihiasi dengan cahaya lampu (perjuangan) maka ia akan terang benderang sepertimana siang. Apa yang pasti kita mesti berjuang tatkala senang mahupun susah.

Maka bersama-samalah dengan kebenaran dan bersabarlah di atas kezaliman kerana sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah, kezaliman dan sewaktu dengannya datang dari makhluk. Allah akan kekal selamanya, manakala makhluk akan binasa akhirnya.

Disediakan Oleh:
Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story

Monday, December 10, 2012

Berwaspadalah Dari Abdullah Bin Ubai (Kepala Munafiq Zaman Nabi) Abad Moden

0 comments

Dunia hari ini memperlihatkan kepada kita kebejatan sosial dan kerosakan aqidah umat Islam di seluruh negara termasuk negara umat Islam. Mereka seolah-olah mempermainkan hukum-hakam Allah Ta’ala dan tidak menghiraukannya hanya untuk mendapatkan kuasa, pengaruh dan sokongan orang ramai yang sementara. Mereka mengaku Islam, tetapi menyembunyikan Islam dan tidak menepati prinsip-prinsip Islam yang sebenar.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda Munafiq itu ada tiga perkara, apabila mereka bercakap maka mereka dusta, apabila mereka berjanji maka mereka mungkir janji, apabila diberi amanah maka mereka khianati”.

Abdullah bin Ubai merupakan seorang yang mengaku beriman kepada Allah, tetapi kemunafikannya dibongkarkan oleh Allah dalam al-Quran kerana perkataannya sangat jauh dari perbuatannya terhadap Nabi dan Islam. Abdullah bin Ubai di depannya sangat baik, tetapi di belakang sangat jahat lebih dari Musyrikin Mekah. Dia solat di belakang Nabi s.a.w. seperti sahabat-sahabat lain, bahkan lebih awal dari sahabat lain datang ke Masjid.

Dia ada pengaruh dan pengikut. Apabila mereka tak berpuas hati dengan kesatuan umat Islam semakin kukuh di negara Madinah dan kuasanya semakin lemah, maka mereka membuat pakatan jahat bersama pengikutnya untuk memecahbelahkan kesatuan ini dengan membina Masjid Dirar dan pelbagai lagi. Mereka bina Masjid, bukannya Gereja, apa salahnya bina Masjid? Tetapi perbuatnnya dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya serta umat Islam kerana ia memecahbelahkan kesatuan yang ada. Berhati-hatilah dengan golongan ini.

Hari ini ramai pemimpin negara umat Islam, mereka seolah-olah berselindung di belakang pokok gharqa’ (pokok yahudi), sebab itu rakyat buta dari melihat mereka melakukan kefasadan dan kemungkaran. Hakikatnya pemimpin mereka hanya bermain-main dengan Islam, mereka mempergunakan Islam, mengambil sejuzuk dari Islam dan meninggalkan sejuzuk yang lain. Ambil apa yang dikehendaki, tetapi meninggalkan apa yang dibenci dan mengancam kefasikan mereka.

Mereka banyak membina Masjid yang sangat indah dan menggunakan kos yang sangat tinggi, mereka juga menetapkan silibus pengajian Islam di sekolah dan universiti di bawah kerajaan, mereka juga menyambut hari kebesaran Islam seperti biasa, mereka juga membantu negara Islam yang diserang seperti Palestin dan negara-negara lain, mereka juga mengaku berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka juga yang menentang Syiah, mereka juga mengaku mahu menlong rakyat yang susah dan sebagainya.

Dalam masa yang sama mereka juga yang tidak memberi bantuan kepada sokolah Agama Rakyat, mereka juga tidak membenarkan kuliah-kuliah Agama diatur secara tersusun di masjid-masjid, mereka juga menyusun silibus pengajian Islam yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pengajian lain, mereka juga yang mengambil Israel sebagai penasihat keamanan negara sedangkan Israel musuh ketat Islam, mereka juga yang mengiktiraf  kerajaan Basyar sedangkan Basyar dari fahaman Syiah dan musuh ketat Sunni di Syria, mereka jugalah yang tidak mahu jalankan hukum Islam sedangkan mereka mengaku negara ini adalah negara Islam, mereka jugalah yang mengkhianati rakyat dengan menarik zakat pelajar yang menentang mereka dan merampas hak Royalti dan sebagainya.

Di manakah Islamnya negara jika inilah yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi negara? Fahamilah Islam dengan sebenarnya dan sokong serta dokonglah perjuangan Islam yang sebenar bersama gerakan Islam, jangan tertipu lagi. Saya tak kata pemimpin negara umat Islam adalah munafiq, tetapi ciri-ciri yang disebut oleh Rasulullah sangat menepati dan dari kisah Abdullah Bin Ubai juga sama sahaja, bezanya hanya zaman dan orangnya.

Bahayanya golongan Munafiq sehinggakan Allah Ta'ala abadikan dalam al-Quran iaitu surah al-Munafiqun supaya umat Islam tidak mengikut dan terpedaya dengan golongan ini. Berwaspadalah dengan fitnah akhir zaman dan bergabunglah diri dengan Harakah Islamiah agar kita tidak tercicir dari landasan sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Beriltizamlah dengan Jamaah Islam dan kepimpinannya"

Kembalikanlah hak-hak Islam ke tempat asalnya kerana Islamlah hanya Agama yang diredhai Allah dan tiada yang lain. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Berjuanglah dan berkorbanlah demi memenangkan Islam kerana ia selamat dan menyelamatkan manusia dari segala kerosakan di dunia dan di akhirat.

Disediakan Oleh:
Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story

Wednesday, December 5, 2012

Kerajaan Malaysia Sekutu Basyar Asad & Israel???

0 comments

Hingga hari ini, Kerajaan Malaysia masih tidak mengiktiraf kewujudan HAMAS di Palestin, apatah lagi perjuangan mereka menentang Israel, bahkan mereka masih mengiktiraf Basyar Asad La'natullah yang telah membunuh dan memerangi golongan Sunni di Syria.

Kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO-BN termasuk Ulama' yang ada dalam parti mereka dah habis cara
 nak memenangkan hati rakyat, akhirnya mereka sanggup mengeluarkan kenyataan bermacam-macam dan tidak menghiraukan betapa tergurisnya hati & perasaan saudara seIslam, antaranya:

1- Tiada Jihad di Palestin buat rakyat Palestin.
2- Usaha untuk memboikot barangan Israel adalah usaha yang sia-sia.
3- Perjuangan menentang Asad di Syria adalah sia-sia.
4- Pelbagai lagi isu dunia umat Islam yang tidak dipeduli oleh Kerajaan Malaysia.

Jika masih ada rakyat Malaysia yang masih tak membuka mata dan masih "beriman" dengan TV1, TV3 suku, Berita Hairan, Utusan Meloya, maka tak mustahil, suatu masa nanti, Malaysia akan menerima bala bencana dari Allah Ta'ala di atas kealpaan dan kebebalan mereka untuk menerima kebenaran.

Beberapa persoalan:

=> Kenapa Kerajaan Malaysia masih tidak mahu menyatakan kebenaran? 
=> Kenapa perlu mereka menyokong Basyar Asad yang telah membunuh rakyat & orang-orang Sunni? 
=> Kenapa mereka masih tak mahu mengiktiraf pejuang HAMAS di Palestin & golongan Sunni yang menentang Basyar Asad?

Jawapan:-

Kerana mereka adalah sebahagian dari mereka dan masih bercita-cita untuk memerintah negara. Mereka masih tak puas mencuri & merompak harta rakyat, mereka merasakan mereka akan hidup 1000 tahun lagi.

Mereka juga lupa dan alpa akan kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Sebagai umat Islam, kita WAJIB berjuang di landasan yang benar, WAJIB perjuangkan ISLAM walau di mana berada, WAJIB meyakini bahawa masa depan, kemenangan adalah di tangan ISLAM, bukan di tangan Zionis La'natullah, bukan di tangan UMNO, bukan di tangan Yahudi La'natullah da sekutu-sekutu mereka.

Ayuhlah bangkit semua, jangan tidur lagi, jangan asyik lena dibuai mimpi indah, diulik nikmat dunia yang sementara dan sama-sama bebaskan Tanahair kita dari mereka yang berpura-pura dengan Islam dan mereka yang tidak mahu menegakkan hukum Allah Ta'ala dan TERUS bersama-sama dengan Gerakan Islam PAS. Insya Allah. Takbir!!! Allahu Akbar!!!
Read full story

Pertama Kali Ditegur Pak Cik Arab

0 comments
Ketika kaki saya melangkah masuk ke sebuah Masjid untuk solat, ada seorang pak cik arab menghulur tangan untuk bersalam dan dia menegur saya. Ketiaka itu solat Jamaah pertama dah selesai... 

Pak Cik: Kenapa kamu lewat?

Saya: Sebab tertidur tadi, sambil tersengih...

P/S: Sungguh terasa hati bila ditegur begitu oleh seorang Pak Cik. Alangkah indahnya dunia ini 
jika di setiap Masjid ada walaupun hanya seorang Pak Cik @ sesiapa sahaja yang tanya ahli Jamaah yang lewat ke masjid hanya dengan perkataan "Kenapa lewat hari ini". Inilah antara peringatan yang amat berharga bagi saya.

Walaupun simple sahaja, tapi ia memberi impak yang sangat hebat untuk mendidik manusia supaya menjadi insan yang Rabbani. Dengan tarbiah inilah akan melahirkan jiwa-jiwa yang mampu melawan musuh-musuh Allah demi menggapai Khilafah Islamiah dan negara yang disebut oleh Allah sebagai "بلدة طيبة ورب غفور".

Semoga kita berubah dan selalu perbaiki diri dan orang lain setiap masa untuk sentiasa solat berjamaah, Insya Allah...


Ketika kaki saya melangkah masuk ke sebuah Masjid untuk solat, ada seorang pak cik arab menghulur tangan untuk bersalam dan dia menegur saya. Ketiaka itu solat Jamaah pertama dah selesai... 

Pak Cik: Kenapa kamu lewat?

Saya: Sebab tertidur tadi, sambil tersengih...

P/S: Sungguh terasa hati bila ditegur begitu oleh seorang Pak Cik. Alangkah indahnya dunia ini 
jika di setiap Masjid ada walaupun hanya seorang Pak Cik @ sesiapa sahaja yang tanya ahli Jamaah yang lewat ke masjid hanya dengan perkataan "Kenapa lewat hari ini". Inilah antara peringatan yang amat berharga bagi saya.

Walaupun simple sahaja, tapi ia memberi impak yang sangat hebat untuk mendidik manusia supaya menjadi insan yang Rabbani. Dengan tarbiah inilah akan melahirkan jiwa-jiwa yang mampu melawan musuh-musuh Allah demi menggapai Khilafah Islamiah dan negara yang disebut oleh Allah sebagai "بلدة طيبة ورب غفور".

Semoga kita berubah dan selalu perbaiki diri dan orang lain setiap masa untuk sentiasa solat berjamaah, Insya Allah...
Read full story

Kejahilan Rakyat, Kebanggaan Pemerintah Acuan Penjajah

0 comments
Dewasa ini, makin hari makin banyak perkara yang berlaku di luar kawalan, bahkan ada di antara mereka (rakyat) tidak lagi dapat membezakan mana dari Islam dan manakah dari selainnya. Kekadang mereka tidak sedar bahawa tindak-tanduk mereka adalah bercanggah dengan Islam kerana mereka sudah dibutakan sudah sekian lama.

Apabila ditimbukan beberapa isu yang berlaku di depan mata mereka, maka mereka akan berkata, ini bukan dari Islam, ini adalah dari Parti kamu dan sebagainya, sedangkan ia ada dalam Islam dan dibenarkan. Antara perkara yang berlaku dewasa ini adalah:

1- Apabila PAS mengishtihar bahawa, PAS akan Bertahalluf Siasi (pakatan politik) dengan DAP, maka mereka kata, ini bukan dari Islam. Sedangkan terlalu banyak kisah yang berlaku di zaman Nabi s.a.w., zaman sahabat, zaman Tabi' Tabi'in dan ramai Ulama' membenarkan perkara tersebut. 

=> Apabila mereka diterangkan, ada di antara mereka yang mengerti dan ada di antara mereka tetap tidak mengerti bahkan menentangnya. Mereka (ahli-ahli UMNO) tak sedar bahawa, mereka dah lama berpakat dengan MCA, MIC, GERAKAN & sebagainya.

2- Apabila timbul isu HUDUD. PAS berkata "kami konsisten dengan dasar kami iaitu Islam dan kami akan terus perjuangkan untuk menegakkan pelaksanaan Hudud". Lalu mereka berkata, hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah Hudud buatan PAS, sedangkan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah Hudud yang diPERINTAHkan oleh Allah & RasulNya. 

=> Apabila mereka diterangkan, ada di antara mereka yang mengerti dan ada di antara mereka tetap tidak mengerti. Apa yang pelik, orang Cina & India dari Agama lain, sebahagian besar mereka menerima perjuangan ini, tetapi sebahagian orang Melayu Islam lain pula yang berlaku.

3- Apabila timbul isu Tuan Guru Nik Razi Bin Nik Mat mendoakan "KO UMNO & Hancurkan UMNO" dalam himpunan kebangkitan rakyat di Stadium Kita Bharu, maka mereka berkata PAS sudah sesat dan sebagainya. Sedangkan doakan kehancuran kepada orang zalim adalah dibenarkan dalam Islam dan pernah dibuat oleh Sahabat Nabi s.a.w. 

=> Kenapa UMNO zalim? Kerana mereka tidak memberi hak Royalti kepada rakyat Kelantan, mereka rampas harta rakyat, mereka tidak laksanakan hukum Islam, mereka melakukan korupsi, mereka menfitnah dan pelbagai lagi. Apabila mereka diterangkan, ada di antara mereka yang mengerti dan ada di antara mereka tetap tidak mengerti.

Pelbagai lagi isu yang berlaku dalam negara kita jika nak dibincangkan. Rakyat terus menerus dijahilkan oleh pemimpin acuan penjajah ini. Beberapa tahun lepas, UMNO telah menubuhkan "ULAU/ILMU" tetapi golongan ini jelas tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki Islam. Bukan kerana mereka tidak belajar Agama, tetapi mereka menyembunyikan kebenaran, semoga Allah menjauhi kita dari golongan sebegini.

Apabila rakyat jahil ilmu Agama, maka mudahlah mereka melakukan apa yang mereka suka dan menyucuk hidung rakyat. Rakyat terus ikut dan akhir sekali berlakukalah pelbagai kekacauan dan huru-hara di dunia ini. Ayuhlah semua, kita bersama-sama dengan Jamaah Islam dan berjuanglah bersama-samanya.

Disediakan Oleh:
Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan