~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Friday, July 15, 2011

Akta Ikut Suka Aku! Kami Akan Tuntut Di Akhirat Nanti!!!


Semalam, 14 Julai 2011 merupakan tarikh bersejarah buat pelajar-pelajar Mesir. Salah seorang pelajar Darul Ifta’ Ustaz Firdaus Madzlan yang juga Presiden SUARA Mesir telah dibuang universiti atas arahan kerajaan Malaysia. Sebelum-sebelum ini, saya hanya mendengar pelajar yang dibuang dari universiti adalah pelajar dari universiti tempatan, tetapi hari ini virus tersebut telah menular ke Mesir. Inilah ketakutan dan dalema yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia hari ini. Mereka sangat gerun dan gementar dengan suara-suara berbisa mahasiswa terutama dari Timur Tengah. Mereka sering melontarkan pelbagai tohmahan, ejekan kepada mahasiswa untuk memburukkan nama baik mahasiswa Timur Tengah.

Jika universiti di Malaysia adanya akta (AUKU) untuk para mahasiswa pro-pembangkang, maka di mesir pula ada akta Ikut Suka Aku “ISA”. Apa tidaknya, apa sahaja tindakan mereka untuk mahasiswa di mesir kesemuanya ditetapkan oleh kepala hotak mereka sahaja.

Wahai para penderhaka yang durjana!!! Ingatlah kalian, jika hari ini kamu melayan kami dengan penuh kezaliman, dengan ketidak adilan dan sebagainya, maka kami nak menyatakan kepada kamu wahai penzalim, kami akan tuntut di hadapan mahkamah Allah Ta’ala nanti di akhirat sana jika kamu masih tidak mahu bertaubat dari apa yang kamu telah lakukan kepada kami. Di hadapan mahkamah Allah Ta’ala nanti kamu tidak boleh lagi dibela oleh sesiapa, kamu tidak boleh lagi menipu, kelentong, tarik zakat, tarik bantuan, tarik itu dan ini, kamu dan kami akan dibicarakan dengan seadil-adilnya di hadapan Allah Ta’ala nanti.

Salahkah menyertai perhimpunan Bersih??? Jika salah bagi alasan kenapa salah??? Salahkah tuntutan-tntutan Besrsih??? Jika salah, tunjukkan di mana salahnya. Justeru, kami tidak akan berdiam diri dari ugutan kalian!!! Ingat, kami tidak ambil sikap berdiam diri. Seorang dari kami dibuang universiti, kami akan menuntut bela sampai ke mati jika kami masih tidak mahu memohon maaf dan bertaubat dari kelakuan kalian.

Universiti al-Azhar merupakan universiti tertua dan terbaik yang diiktiraf dunia. Salah seorang syaikhul Azhar pernah berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menerima wahyu dari Allah Ta'ala sebagai panduan hidup manusia, maka al-Azhar merupakan tempat untuk menjaga dan mempertahankan isi kandungannya. Jangan cuba nak melenyapkan al-Azhar dari kami dengan pelbagai fitnah yang kamu lontarkan. Kami bukan lagi budak-budak, kami bukan lagi pelajar-pelajar biasa, kami adalah mahasiswa yang tahu menilai mana baik dan mana yang tidak baik. Tunggulah kejatuhan dan kehancuranmu wahai pendurhaka, sesungguhnya saat kemenangan Islam itu sudah hampir.

Kepada sahabat-sahabat yang ditimpa musibah ini banyakkan bersabar dan jangan sesekali berputus asa untuk tidak berjuang. Ingat!!! Sekali kalian melangkah ke medan perjuangan ini, Allah Ta’ala sediakan dan membayar kalian dengan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai yang diperbuat dari susu, arak dan sebagainya. Nak dapat syurga bukannya senang duhai pejuang-pejuang sekalian, ia memerlukan pengorbanan harta jiwa dan seluruhnya. Ikhlaskan diri dalam memperjuangkan agama Allah ini agar ia dinilai di sisi Allah Ta’ala sebagai tiket untuk kita ke syurga. Kita berjuang atas dasar Aqidah, bukan hanya didasari semangat semata-mata. Semoga kita semua terus thabat dan terus berjuang untuk meninggikan Agama Allah Ta’ala ini.  Selamat Berjuang... Allahu Akbar!!!

1 comments:

NadiahHalim dot com on July 15, 2011 at 8:04 PM said...

AllahuAkbar!!! Salam ziarah juga salam perjuangan! [Apakah kamu mengira bahawa kamu akn masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yg dialami) org2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dgn pelbagai cubaan), shingga Rasul dan org2 yg beriman bersamanya berkata,"bilakah dtg pertolongan Allah?" ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu DEKAT]. Mungkin polemik baru mahasiswa akn bermula. Sabarlah atas ujian perjuangan yg dihadapi. Hakikatnya itulah sunnah perjuangan. Jika kita hanya merasa nikmat senang dalam berjuang pasti kita mudah rasa lengah. Sedangkan, musuh agama Allah ini sedang berbaris di hadapan kita. Usah gentar dgn gertakan penguasa2 yg "tidak bermoral" itu. Kami mahasiswa di tanah air bagai sudah lali dgn semua itu. Lagi mereka berkeras kami pun berkeras! Yang penting sentiasa pasakkan keyakinan. Mungkin juga ada hikmah dgn apa yg berlaku spy mengejutkan sesetengah golongan muda terutamanya mahasiswa dari lena yg panjang. Teruskan perjuangan!!

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan