~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Sunday, April 10, 2011

10 Wasiat Pak Cik Hasan Buat Ahli Gerakan Dan Umat Islam

0 comments

1.         Jika anda mendengar azan segeralah lakukan solat walau bagaimanapun kesibukan anda:
o          Mengutamakan Allah s.w.t .
o          Mendisiplinkan waktu.
o          Solat sudah ditentukan waktunya (QS.4:103).
o          Keutamaan solat di awal waktu (amal yang paling dicintai).
o          Bahaya menunda atau melengah-lengahkan solat.

2.         Bacalah Al-Quran, lakukanlah pengkajian, dengarlah pengajian dan berzikirlah. Jangan sia-siakan waktu anda untuk persoalan yang tidak berguna:
o          Interaksi dengan Al-Quran, mengkaji dan berzikir.
o          Menghadiri majlis ilmu dan majlis zikir.
o          Management kan waktu.

3.         Berusahalah membiasakan berbicara dengan bahasa Arab standard (fushah) karana bahasa Arab standard merupakan salah satu syi’ar Islam.

4.         Jangan memperbanyak perdebatan dalam semua urusan walau bagaimanapun keadaannya, sebab pertengkaran tidak akan mendatangkan kebaikan.

5.         Jangan banyak tertawa, karana orang yang selalu berhubungan dengan Allah s.w.t. bersifat tenang dan serius.

6.         Jangan banyak bergurau, sebab ummat yang berjihad hanya mengenal keseriusan.

7.         Jangan bersuara keras melebihi yang diperlukan pendengar karana hal itu selain menyakitkan juga termasuk perbuatan bodoh.

8.         Jangan mengumpat seseorang, jangan merendahkan lembaga-lembaga Islam dan jangan berbicara kecuali dalam kebaikan.

9.         Berkenalanlah dengan saudara dan teman yang anda jumpai meskipun anda tidak diminta memperkenalkan diri sebab dasar dakwah kita adalah kasih sayang dan persaudaraan.

10.       Kewajiban itu lebih banyak dari waktu yang anda miliki, maka bantulah orang lain supaya memanfaatkan waktunya. Kalau anda berurusan persingkatlah pelaksanaanya.

Sepuluh wasiat atau nasihat ini perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian selaku umat Islam terutama kepada ahli gerakan Islam supaya Islam terus maju, Syi’ar Islam terus bersinar seterusnya demi tertegaknya Islam di suatu masa nanti, Insya Allah. Yakinlah pada janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Beramallah dengan ilmu yang dipelajari walau tidak dapat melakukan keseluruhannya. Dalam kaedah fiqh ada menyebut “jika tidak dapat lakukan kesemua perkara, jangan tinggalkan kesemua". Ingtalah juga, seorang ahli ilmu lebih ditakuti syaitan dari 1000 orang abid tanpa ilmu.
Read full story

Wednesday, April 6, 2011

Bagaimana Kita Setelah Dewasa???

0 comments

Ke sana ke mari, digendong tanpa penat lelah, walaupun diri tak terdaya lagi, tapi dengan penuh semangat dan sabar menanti dirimu lahir ke dunia ini. Sembilan bulan bukanlah waktu yang singkat, tapi itulah masa yang perlu ditempuh. Di saat kita dilahirkan ramai yang bergembira, lebih-lebih lagi ibu dan bapa. Di kala itu, kita dibawa ke sana ke mari, dicium berulang kali, dibuat kenduri dan majlis kesyukuran, dan sebagainya demi meraikan kegembiraan cahaya mata anugerah Ilahi. Mereka yang melihat, mendoakan kita sepuya menjadi insan yang soleh atau solehah.

Di saat kita masih kecil, ibu ayah, abang dan kakak, sanak saudara berebut-rebut mengambil kita dan dicium berulang kali kerana tanda sayangnya pada kita hatta bau kumuhan kita sanggup diharungi. Dalam meniti usia, si ibu dan si ayah berjaga malam kerana kerenah kita, kadang-kadang tidak dapat tidur. Sejak kecil Ibu dan ayah memberi pendidikan secara formal dan tidak formal dan selalu mendoakan kita kerana ingin melihat anaknya menjadi anak yang soleh atau solehah dan dapat berjasa kepada agama dan bangsa di suatu masa nanti.

Kini kita sudah dewasa, tubuh badan gagah perkasa, banyak perkara sudah dirasa, sehingga dosa dan pahala sudah dapat dibeza, bahkan perasaan cintapun mulai terasa. Hasrat ke menara gading sudah tercapai untuk menimba ilmu agama, tetapi praktikalnya bagaimana??? Dalam al-Quran dan Hadis banyak mengingatkan supaya berbuat baik pada ibu bapa dan saudara se-Islam, berbakti padanya tatkala dalam meniti usia, adakah kita melakukannya??? Mulut selalu berkata “aku cinta padanya”. Apa tidaknya, dia yang melahirkan aku, dia yang membesarkan aku, dia yang mendidik aku dan dialah segala-galanya bagiku.

Hebatnya mulut berkata-kata, kadang-kadang berbisa lebih dari kala. Ungkapan cinta dan kasih pada ibu bapa bukan sekadar di bibir sahaja, ia perlu dilaksana tanpa dipaksa. Ramai anak muda, terutama kepada mahasiswa Islam, kita perlu menjadi contoh tauladan kepada masyarakat di luar sana, bukan hanya belajar dan berceramah sehingga menangis para pendengar, tetapi diri sendiri tidak melaksana apa yang dikata. Dewasa ini sangat ramai anak yang malu mencium dahi atau pipi ibu bapanya, tetapi tidak malu pula mencium ibu atau bapa yang meninggal dunia. Kenapa ketika matinya ibu atau bapa baru mahu menciumnya? Semasa hayatnya tidak bolehkah? Malu? Segan? Tidak dibuat orang? Perkara ini biasanya berlaku pada anak lelaki dan perempuan juga tidak terkecuali.

Wahai saudara/ri sekalian, memanglah tidak dinafikan, perasaan segan, malu memang amat terasa bila kita tidak biasa, tapi bila kita sudah biasa maka hilanglah ia. Bukanlah tidak mencium pipi ibu ayah tanda kita tidak sayangkannya, tetapi dengan cara inilah kita membuktikan kepada mereka tanda sayang dan kasihnya kita kepada mereka semasa hayatnya. Jangan tunggu ia meninggal dunia baru kamu nak mencium jasadnya. Saya yakin dan percaya, bila kita mencium pipi ibu ayah dikala orang lain tidak membuatnya, nescaya ibu dan ayah akan mengalirkan air mata kerana terharu dengan perbuatan itu dan ia akan lebih kasih dan sayang pada kita setiap masa.

Wahai saudara/ri, mohonlah kemaafan ketika hayatnya walaupun tiada kesalahan yang dilakukan, bertnya khabarlah selalu pada mereka, berkhidmatlah dan berbuat baiklah padanya ketika ia masih bernyawa, berdoalah selalu padanya, semoga hidup kita diredhai dan direstuinya selalu. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “sesungguhnya Redha Allah terletak pada Redha kedua ibu bapa, murka Allah terletak pada murka kedua ibu bapa” dan dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya “sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi”.

Tidak berbicara lagi soal menjaga keduanya tatkala keduanya di lanjut usia. Benarlah pepatah orang-orang tua “seorang ibu dapat menjaga walau sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu”. Ingatlah saudara/ri, apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita sekarang ini, Allah akan membalas sepertimana perbuatan kita sekarang dengan apa cara sekalipun. Nabi s.a.w. juga pernah mengingtakan kepada kita mafhumnya “kebanyakan dosa di kalangan ummatku tidak akan disegerakan pembalasannya, kecuali dosa menderhaka kepada orang tuanya”. Ingatlah kembali kisah seorang sahabat Baginda s.a.w. yang bernama al-Qamah, orangnya soleh, kuat beribadah, tapi akhir hayatnya bagaimana? Kecuali selepas mendapat keampunan dari ibunya.

Bukanlah dengan perbuatan sepak terajang, menengking sahaja barulah dipanggil anak derhaka, memanglah ini perbuatan keterlaluan, malah lebih dari itu. Dalam al-Quran Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud “janganlah kamu kata uuh”. Sekecil perkataan itupun Allah Ta’ala melarang kita. Melawan cakap ibu bapa, menengking, memarahi mereka, berdusta kepada mereka, tidak bertanya khabar bila berjauhan dan sebagainya yang tidak disukainya, maka islam melarang. Kadang-kadang bila pergi bermusafir ke mana-mana, bila sampai ke satu-satu tempat, ada sekalangan anak dia melebihkan kawannya atau teman lelaki atau perempaunnya lebih dari ibu bapa. Ini juga dikira perbuatan yang boleh membuatkan ibu bapa terasa hati dan dianggap perbuatan menderhaka.

Wahai saudara/ri, setinggi mana pelajaran kita, sebanyak dan sekhusyuk mana ibadah kita, setebal mana sijil kita, setinggi mana pangkat dan jawatan, seramai mana pengikut kitapun jika hubungan kita dengan ibu bapa terabai, jika keduanya tidak meredhai kehidupan kita, maka “fail” lah hidup kita, tidak tenteramlah hidup kita. Insaf dan kembalilah ke pangkal jalan, jangan biarkan diri kita dihantui dunia yang penuh tipu daya sebelum terlambat. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya, “sekiranya kamu berbuat baik dan berbakti kepada ibumu sepanjang hayatmu dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh, nescaya semua itu tidak akan dapat menandingi keperitan ketika melahirkan kamu”.
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan