~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, January 24, 2011

Kerana Termakan Sebiji Epal

0 comments
"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah" kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya. Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya!!! Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."

Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal. "Syukurlah, akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya."

Abu Salleh terus memasuki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad s.a.w. juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu. Dengan rasa bersalah Abu Salleh berkata kepada Sheikh Abdullah, "Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya tanpa memberitahu tuan" pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun, lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu." Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur dan amanah lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan." Kata Abu Salleh.

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malam perkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!!!

Pengajaran:

1-    
1-   Seorang yang soleh dia akan menjauhkan diri dari melakukan dan memakan perkara yang tidak diketahui asal usulnya walaupun pada sudud fiqh nya buah epal itu sudah halal dimakan kerana buah tersebut tidak lagi berada di dalam atau tempat tuannya. Dengan kata lain, mereka akan menjauhkan dari membuat atau memakan benda yang dimakruhkan atau syubhah.
2-   Apabila iman yang benar bertapak dan subur mekar di dalam hati, maka seseorang itu akan sanggup melakukan apa saja untuk memastikan dosa-dosanya dihapuskan terutama dosa dengan manusia.
3-   Setiap perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas akan dibalas oleh Allah Ta’ala dengan balasan yang setimpal.
4-   Seorang muslimah wajiblah menjaga kehormatannya, menjaga tutur katanya, menjaga setiap gerak gerinya agar tidak menjadi fitnah.
5-   Muslimah solehah untuk Muslimin soleh dan sebaliknya. Jika berlaku di sebalik itu, maka ada hikmah tersirat dari Ilahi yang kita tidak ketahui pada awalnya mungkin di akhirnya, Allah akan zahirkan hikmah yang tersirat itu.
6- Wahai muslimah solehah, anda tidak perlulah berkenalan dengan mana-mana lelaki dan sebaliknya dan tidak perlu bercinta sebelum berkahwin (couple).
7-   Keturunan yang baik akan melahirkan zuriat yang baik dll.
Read full story

Saturday, January 22, 2011

Sila Hormati Pandangan Dan Pendapat Orang Lain!!!

0 comments

Bila bercakap soal menghormati pandangan dan pendapat, saya teringat beberapa peristiwa yang berlaku pada diri saya. Peristiwa pertama, baru-baru ini saya menegur seorang sahabat yang satu sekolah menengah sewaktu dahulu berkenaan beberapa masalah. Saya menegurnya kerana kerjayanya memang agak bercanggah dengan Islam. Kawan saya bekerja sebagai pengedar baju pengantin, make-up (mak andam) dan berkaitan dengannya. Bila satu ketika, dia menyarankan kepada sahabatnya untuk memakai baju pengantin yang ada di kedainya dan saya melihat baju itu agak seksi dan ketat dengan kata lain, walaupun badan tertutup tetapi masih terdedah aurat.  Bila saya melihat gambar tersebut, lalu saya menegurnya supaya ikut cara Islam (tutup aurat). Memanglah, tidak dinafikan, pakaian itu fasion zaman sekarang dan agak mahal dan kainnya agak cantik, tetapi adakah pakaian hanya terletak pada kecantikan dan meninggalkan arahan Allah?

Nak jadi raja sehari yang kelihatan cantik di mata manusia, tetapi dimurkai Raja segala hari di akhirat sana. Inikah yang dikehendaki? Jangan tanya nafsu, tanyalah ilmu dan iman, baru dapat jawapan. Bila saya tegur supaya sila berpakaian dengan pakaian Islam, maka sahabat saya kata balik kepada saya, memanglah tidak dinafikan itu yang Islam mahu, tapi kena hormat juga kehendak orang. Kehendak? Jadi, tiada masalah lah kalau Allah lempar kamu dalam neraka, sebab kamu tidak ikut apa yang Allah mahu. Sahabat, biarlah kehendak atau kemahuan kita berselari dengan al-Quran dan al-Sunnah walaupun kita terpaksa menulikan telinga sebentar dari kata-kata manusia, asalkan tidak binasa di akhirat.

Ada lagi satu kisah, selepas lutut dan badan saya sembuh akibat kemalangan pada awal bulan april 2010 yang lepas, saya diamanahkan untuk memberi kuliah di beberapa buah masjid dan surau dalam kawasan Tumpat dan sekitar. Dipendekkan cerita, berkebetulan pada waktu itu isu yang hangat diperkatakan ialah isu “kerajaan meluluskan lesen judi” sempena perlawanan bola piala dunia. Pada kuliah dhuha pada setiap jumaat di sebuah masjid dekat bandar Tumpat, saya mengeluarkan beberepa dalil dalam al-Quran tentang ayat pengharaman judi untuk memberi kefahaman kepada ahli jamaah yang hadir supaya tidak keliru lagi dengan isu ini. Allah Ta’ala mengharamkan sama sekali judi walau bagaimana cara sekalipun.

Apabila tiba minggu seterusnya, setelah selesai kuliah, saya bersembang dengan ahli jamaah yang hadir di sebuah kedai kopi, dia bagitahu kepada saya “ustaz, minggu lepas, selepas ustaz mengatakan judi ini haram, puak-puak UMNO yang duduk di kedai kopi sebelah bersembang sesama mereka, mereka kata apa nak diharamkan? Ikut jelah keputusan kerajaan, kenapa nak bantai kerajaan?” lebih kurang begitulah mereka kata. Saya kata kepada ahli jamaah tadi, “takpa-tapa, nanti minggu depan saya sebut balik hal ni”. Pada minggu itu saya mengulang kembali kenyataan saya dan mengatakan judi ini adalah haram dan sesiapa yang mengikut kerajaan atau pemerintah yang tidak menjalankan Islam dan tidak berhukum dengan Islam, maka dia akan turut mendapat dosa yang dilakukan oleh kerajaan walaupun dia tidak melakukannya. Saya mengulanginya beberapa kali dengan lantang supaya semua penduduk di sekitar mendengar apa yang dikehendaki oleh Islam.

Selepas kejadian itu, saya tidak dengar lagi dari mulut-mulut puak UMNO yang nak lawan, tapi di belakang-belakang tak tahu lah macamna. Ada orang kata kepada saya “sahabat, perlahan la sikit berpolitik, anta tak takut ke?”. Saya jawab ringkas “berpolitik adalah tugas umat Islam dan politik adalah sebahagian dari Islam”. selagi saya mampu menggalas tugas ini, selagi nyawa bersama badan ini, selama itulah saya akan bersama perjuangan Islam. nak menghormati pandangan dan pendapat ada tempatnya, tetapi pada sudut yang lain kita perlu tegas. Selagi perkara tersebut tidak menyentuh sesitiviti Agama atau perkara USUL dalam agama Islam, maka ia dibolehkan untuk bertolak ansur, tetapi jika bercanggah dengan perkara Usul dalam agama, kita tidak dibenarkan berdiam diri dan bertolak ansur. Sama-sama kita doakan supaya kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta mendapat keredhaan Allah selalu dunia dan akhirat.

Read full story

Monday, January 17, 2011

Jika Para Sahabat Nabi s.a.w. Digelar Bintang-Bintang, Cukuplah Aku Menjadi Anak-Anak Bintang

0 comments

Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya “sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang, sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka, maka dia akan mendapat petunjuk”. Kerana apa? Kerana para sahabat Nabi lah yang menjadi petunjuk kepada ummah selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak mahu mengikuti jejak langkah mereka, nescaya dia akan sesat, dia mudah rebah dan di akhirat sana akan mendapat kehinaan.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata kepada rakyatnya ketika dia menjadi khalifah yang maksudnya “kita dimuliakan dengan Islam, sesiapa yang mengambil kemulian selain dari Islam, maka Allah akan hina mereka”. Sekarang ini para sahabat Nabi s.a.w. sudah tiada, maka siapa pula yang kita kena ikut? Setiap persoalan yang timbul dan keraguan di hati manusia hari ini memang sudah dijawab oleh Rasulullah dan pengikutnya sejak 1432 tahun dahulu lagi. Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya “ulama’ ialah pewaris kepada Nabi-Nabi”. Dalam hadis qudsi, Allah Ta’ala berfirman, Nabi s.a.w. menyebut yang mafhumnya “sesiapa yang memerangi penolong-penolongKu (Nabi dan Rasul dan Ulama’) maka Aku isytihar perang ke atasnya”.

Dunia hari ini ramai manusia yang tersasar dari jalan yang sebenar, mereka menolak al-Quran dengan senyap-senyap dan terang-terang, mereka mengatakan al-Quran tidak sesuai lagi di zaman ini, al-Quran hanya sesuai di zaman kuno, mereka mengatakan Islam tidak waqi’iyyah dan pelbagai lagi. Inilah fikrah yang ditanam dan dikehendaki penjajah fikrah di abad ini (sekularisma) dan telah tersebar dan telah ditanam di dalam fikrah pemimpin-pemimpin negara seluruhnya, Malaysia khususnya. Pemikiran inilah yang perlu diperbetulkan para Da’e. Siapa pula para Da’e? Da’e ialah mereka yang menganut agama Islam dan diberi kefahaman oleh Allah kepada mereka akan hakikat Islam. tidak kira dia dari profesion mana sekalipun, bila diberi kefahaman Islam yang sebenar kepadanya, maka dia wajib menyampaikan kepada orang lain, bukan hanya mengambil sikap berdiam diri. Untuk lebih lanjut, lihatlah perbahasan ulama’-ulama’ haraki moden.

Inilah impian diri ini untuk memperbetulkan keadaan manusia yang kian musnah di tebing kehancuran. Dalam memikul amanah dan risalah Islamiah memang tugas yang teramat berat untuk dipikul. Tugas ini memerlukan jiwa-jiwa yang kental, memerlukan pengorbanan dari sudut jiwa raga, harta dan seluruhnya untuk Islam dan balasannya akan diterima oleh mereka yang ikhlas berjuang dalam Agama ini adalah syurga yang tidak ternilai harganya dan nikmatnya. Sehinggakan Nabi s.a.w. sendiri beruban bila menerima wahyu dari Allah s.w.t. (surah wa akhawatuha, antaranya al-Waqiah dan surah berkaitan kiamah). Sebagai motivasi para pejuang Islam tidak lain tidak bukan dengan memantapkan Ilmu, memantapkan Ibadah dan menjadikan sirah perjuangan para ummat terdahulu, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam terdahulu. Mereka menginfakkan bukan sekadar harta, tetapi mereka mewakafkan keseluruhan jiwa raganya untuk Islam, mereka tidak berfikir panjang bila diseru untuk ke medan perjuangan.

Duhai pemuda-pemudi Islam dan pejuang-pejuang Islam, janganlah kamu asyik berjidal dalam perkara-perkara furu’ (cabang agama) sehinggakan menimbulkan perpecahan kepada beberapa kumpulan yang tidak sedikitpun membantu perjuangan ini. Inilah pesanan Dr. Yusof al-Qaradhawi kepada ahli gerakan Islam di abad ini. Zaman ini memerlukan kesatuan Islam untuk mengembalikan khilafah Islam yang kian lama hilang. Selagimana Islam tidak dapat ditegakkan, selama itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa sekiranya tidak membuat kerja dan tidak membantu gerakan-gerakan Islam.

Adakah diri ini mampu untuk meneruskan kesinambungan ini? Insya Allah, semoga Allah Ta’ala menolong diri ini dan sahabat-sahabiah untuk terus thabat dan terus memberi sumbangan kepada Islam selagi nyawa dikandung badan. Jangan takut pada provokasi, jangan gerun dengan gertakan-gertakan dari musush-musuh Allah, teruskanlah berjuang, sekali melangkah, tidak sekali-kali berundur untuk meninggalkan perjuangan ini. Selamat berjuang, sama-sama kita doakan supaya kita tergolong dalam golongan yang ikhlas berjuang di dalam Islam. Hidup dan mati hanya untuk Allah Ta’ala… Allahu Akbar!!!


Read full story

Hampir Empat Bulan Bersama, Akhirnya Berpisah Jua

0 comments


Pada bulan sembilan 2010 yang lalu, saya diletakkan oleh DPM (MAQAZ) Shoubra untuk menetap di Massara. Bila, pada mulanya menetap bersama us. Aidin, Us. A’allahmah, us. Hisyam dan us. Arif, yang lainnya masih di malaysia iaitu us. Yusran, us. Fadhli, us. Hafizi dan us. Muhammad (ateng). Sewa rumah ni agak mahal la (LE800) bila dibandingkan dengan rumah lain kerana rumah ni hanya dua bilik, tiada ruang tamu, peti tak syaghal (berfungsi) dan agak sempit. Memang sebelum ini, kami dimaklumkan oleh pihak DPM untuk menggantikan rumah lain selepas berjumpa rumah lain, pada penghujung tahun lepas, kami dimaklumkan sudah ada rumah dan kami diajak oleh wakil DPM untuk melihat rumah baru yang akan kami duduki selepas ini. Alhamdulillah, bila kami dikhabarkan dan melihat runah itu agak luas, ada tiga bilik, ada ruang tamu dan sewanya agak murah berbanding rumah yang lama (LE650).


Bila begitu, kami semua bersetuju untuk pindah dan macam biasa, ahli bait dah ada yang menyimpan barang di rumah lama kerana beriaya-iya nak pindah. Pada petang akhir bulan, macam biasalah, ammu (tuan rumah) datang untuk mengutip sewa dan kami agak tidak tergamak la juga nak barrah (berambus) dari rumah lama dengan tidak memberitahu sepatahpun, plan pertama memang nak keluar begitu je, sebab memang dah tahu, tuan rumah ni memang tak bagi punya. Tapi kami dan pihak DPM berbincang juga dengan ammu supaya mengizinkan kami keluar dari rumah ini. Panjang punya perbincangan yang memakan masa berjam-jam, tapi keputusan ammu tersebut tetap tak bagi. Akhirnya kami mengalah dan stay di sini lagi agaknya kita semua (saya jata pada ahli bait).

Pada hujung minggu lepas, kami dimaklumkan oleh pihak DPM supaya buat pilihan nak pindah atau tidak, kerana rumah ni kalau kami nak pindah, ada pelajar Brunei nak ganti. Bila bincang, akhirnya kami bersetuju untuk pindah ke rumah baru. Alhamdulillah, pada hari sabtu lepas kami bergotong royong membersihkan rumah baru. Syukur juga, rumah yang baru berhampiran masjid, samalah macam di rumah di kampung. Kalau di rumah lama, masjid agak jauh sedikit, paling dekat pun boleh dikatakan 1KM lebih kurang kalau pergi dan balik. Tetapi tetap ada kelebihan dan kekurangan. Kerana apa? Kerana bila masjid jauh, dapat berjalan lebih banyak, banyak cabaran, bila banyak berjalan dan cabaran maka banyak jugalah ganjaran dari Ilahi. Sebelum ini kami bersama serambi syatibi, selepas ini kami akan berada bersama serambi jazarilah nampaknya. Semoga ahli serambi jazari menerima kedatangan kami, insya Allah. 

Rumah lama dekat dengan markaz DPM dan jauh dari maahad, rumah baru jauh dengan Markaz DPM dan dekat sedikit dengan maahad. Insya Allah, esok hari (hari isnin 17/10/2010) kami akan mula mengangkut barang untuk ke rumah baru. Harap-harap, bila berada di rumah baru nanti, Allah melindungi kami semua dari segala kecelakaan dan cubaan yang tidak dapat ditanggung. Semoga Allah menurunkan RahmatNya dan keampunan kepada kami semua Insya Allah. Tidaklah ditaklifkan kepada seseorang oleh Tuhannya kecuali apa yang terdaya olehnya menghadapi cubaan tersebut. Ya Allah, selamatkanlah kami, Rahmatilah kami, ampunilah kami, kerana kami tidak punya apa selain pertolongan darimu Ya Rabbi… Amin Ya Rabbal A’alamin…
Read full story

Bila Teringatkan Kisah Kemalangan Tahun Lalu (2010) Dan Sahabat Sejati

0 comments

Selepasa tamat pengajian di Darul Quran (DQ), maka bercuti panjanglah dan pada ketika cuti aku ditaklifkan untuk mengendali beberapa program tarbiah untuk melahirkan jenerasi yang dapat menyambung rantai-rantai perjuangan Islam. Selepas tamatnya program terakhir di kawasan selangor, pada waktu senja, aku mengambil keputusan untuk pulang ke markaz dengan motosikal dan aku bertanyakan kepada sahabat-sahabat. Siapa nak balik dengan ana ni? Seorang demi seorang aku tanya, hampir semuanya tak mahu balik bersamaku, pada petang senja itu 04/04/2010, aku berasa kelainan dan agak pelik, kenapa semua yang biasa naik motor dengan aku semuanya tak mahu balik bersama pada petang itu, akhir sekali aku tanyakan hasyim dan akhirnya dia bersetuju. Pelik juga, sesbelum-sebelum ini (sepanjang program) tak pernah pula si hasyim naik motor ngan aku, tapi kali ini dia nak.


Bila keluar saja dari satu perumahan dan pada ketika itu jalan agak sibuk, aku macam biasalah, naik motor tak pandai slow, selagi motor yang aku tunggang tu tak habis pemacu minyak di tangan,  selagi itulah aku pusing sampai tak boleh, kalau motor tu dapat memacu sampai 140 km/j, kalau 160 km/j maka selaju itu dan seterusnya. Tapi ketika itu jalan agak sibuk dan bila tiba di jalan yang satu lagi untuk masuk ke perumahan tersebut, lalu sebuat pajero baru merempuh kami dari sisi kanan dan menyebabkan aku melambung bersama motorsikal dan si hanyim terdampar di bahu jalan dan terus tak boleh bangun. Dalam keadaan melambung bersama motorsikal, aku mengambil keputusan untuk lompat dari motor. Selepas lompat, aku sedar bahawasanya aku berada di tengah-tengah jalan dan aku terus bangun kerana aku masih sedar dan masih waras, tapi bila bangun kaki kanan aku dah tak boleh berpijak, terus aku melompat-lompat untuk berada bersama hasyim di bahu jalan dan seterusnya membantu dan memberi semangat kepada sahabatku yang dah tak boleh bangun.

Dalam kata-kataku kepad hasyim “syim!!! Bangun syim, jangan tidur, ingat Allah selalu, mengucap syim, jangan tidur, sabar syim” inilah kata-kata yang aku ulang-ulang kepada sahabatku yang lemah dan separa sedar dilamun kesakitan. Pada ketika itulah orang-orang perumahan dan yang berada di sekitar itu keluar untuk memberi sokongan dan memberi pertolongan kepada kami. Dalam ketika itu, aku sempat menalifon sahabat-sahabat yang berada tidak jauh dari situ untuk memberi pertolongan cemas, lalu aku mengambil talifon yang masih ada talam saku kananku dan kelihatan sudah mati, lalu aku menyuruh seorang pemuda mungkin orang kampung tersebut untuk menghidupkan talifon aku. Selepas talifon dihidupkan, aku terus menalifon syahir untuk memberi pertolongan, tetapi zakwan yang angkat, tak mengapalah.

Dalam kesibukan tersebut, orang ramai dok kalut dan ada yang membuat keputusan cepat dan terus menalifon ambulan yang tidak jauh dari tempat itu. Hampir setengah jam lebih aku dan hasyim terlantar di bahu jalan, aku buat biasa saja dan selalu berkomunikasi dengan hasyim untuk terus memberi semangat padanya. Bila sahabat-sahabat saya sampai, saya bagitahu kepada syahir dan zakwan untuk menjaga motor dan mengambil apa sahaja barang yang tercicir. Pada ketika itu aku tidak terfikirpun untuk cari boks motor yang didalamnya aku simpan pakaian dan sebagainya, tapi apakan daya bila dicari semula ketika abang dan sahabat nak ambil motor, boks tersebut sudah tiada. Dah la pakaian aku tak banyak, yang ada kat rumah pun sikit saja yang boleh dipakai, semuanya dah usang. Dalam masa yangs sama aku bersyukur kerana Allah bagi ilham padaku untuk menumpangkan laptop di dalam kereta sahabat yang lain. Biasanya laptop aku bawa sekali dalam beg bila ke mana-mana bila naik motor sepanjang program,  Alhamdulillah.

Bila setengah jam lebih kurang kami menunggu ketibaan ambulan, maka sampailah. Inilah pengalaman pertama dalam hidupku naik ambulan dan dalam ambulan aku terus memberi semangat kepada hasyim. Bila beberapa minit atas ambulan, maka sampailah di Hospital Ampang dan hasyim terus dibawa ke tempat kecemasan dan aku tidak dibawa bersama hasyim kerana luka aku tidak seteruk hasyim. Bila di extrail, keputusan kaki kanan hasyim patah tiga. Terkejut juga, tapi apakan daya ini adalah suratan takdir dari Ilahi untuk kami berdua.

Selepas dimasukkan ubat kancing gigi, aku diletakkan di luar berseorangan di atas kerusi roda. Ya Allah, betapa syahdunya pada ketika itu bila memikirkan sahabatku yang dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar. Dalam hati tidak putus-putus berdoa agar tidak berlaku apa-apa kepada sahabatku itu agar dia dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa. Beberapa minit selepas itu, sahabat-sahabat yang lain sampailah di Hospital tersebut untuk menjenguk kami berdua, dalam masa yang sama aku berfikir, nak bagitahu pada ma atau tak nak lagi, sebab aku dah tahu, kalau bagitahu terus, mesti ma akan terkejut dan aku mengambil keputusan untuk memberitahu perkara ini kepada Kak long, kerana dialah tempat yang selalu aku berhubung minta pendapat dan dapat menjaga rahsia serta dapat mengawal sedikit emosi. Alhamdulillah, selepas itu kak Long terus bgitahu kepada abangku yang berada di kajang dan di bangi untuk menjenguk seterusnya mengambil motor yang terlantar di bahu jalan.

Selang beberapa minit, ma aku talifon dalam keadaan yang marah-marah sedikit, tetapi aku dapat menenangkan ibuku dan memberi penjelasan yang aku dalam keadaan sihat, cuma berjalan je tak boleh. Bila malam semakin meningkat, maka tersebarlah berita kepada sahabat-sahabat yang sekapal dan ada yang nak datang dan sebagainya. Alhamdulillah, agak ramai yang datang dan saudara-mara hasyim juga turut hadir. Selepas itu, giliran  aku pula untuk di extrail, bila di extrail, doktor tidak dapat memberi keputusan yang tepat, kerana katanya tidak nampak dengan jelas apa yang berlaku pada lutut kananku, dia kata mungkin patah dalam lutut, selepas beberapa jam berada di hospital barulah doktor membalut lututku dengan simen yang membuatkan kaki kananku tidak dapat bergerak dan seluar dikoyak.

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 9 malam lebih, abangku (uzu) tiba di hospital menaiki kereta Nissan Blue Bird yang telah diubahsuai enjinnya kepada RB25. Selepas itu abang aku (abe Cik) tiba pula di situ menaiki Nissan Frontier untuk mengambil motor di tempat kejadian. Bila menunggu pelbagai urusan yang dibuat di Hospital, dan urusannya agak lama sekali kerana orang sangat ramai pada ketika itu. Hasyim dibawa ke wad untuk rawatan seterusnya dan untuk dimasukkan besi. Pada ketika menunggu di pintu hopital bersama sahabat-sahabat dan keluarga hasyim, ada la beberapa peguam yang baik hati kata nak tolong bicarakan kes ini dan dia dok pujuk keluarga hasyim untuk menerima pelawaannya. Tapi sebelum itu, aku dah bincang dengan keluarga supaya kes ini diambil oleh pak cik saya yang berada di Kelantan dan memberitahu kepada keluarga hasyim untuk buat sekali dengan aku dan keluarganya bersetuju.

Bila semua dah settel, aku terpaksa meninggalkan hasyim bertemankan keluarganya di hospital dan aku terpaksa balik ke rumah abang aku. sebelum itu abang aku (uzu) dah naik bengang dengan pengurusan Hospital kerana lembab buat kerja, tambah-tambah lagi, dah tengah malam, almaklumlah, orang panas baran tambah pula dengan kepenatan bekerja di siang hari. Dalam perjalanan pulang, dapat juga naik Nissan Blue Bird yang diubahsuai itu melalui highway menuju ke kajang dengan kelajuan 180 km/j, kekadang lebih kekadang kurang, tengok keadaan jalan. Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat. Inilah pengalaman eksiden yang ke lima kalau tak silap yang agak teruk berbanding sebelum-sebelum ini.

Alhamdulillah, selepas dua hari berada di kajang dan Bukit Jalil (rumah Kak Long) dan selesai membuat urusan report polis dan mengambil beberapa barang yang tertinggal di markaz termasuk laptop dan sijil yang ada bersama dalam beg. Ma dan abah bigitau supaya pulang untuk meneruskan rawatan seterusnya. Alhamdulillah aku balik ngan kapal terbang MAS kerana masa sekejap dan dapat mengurangkan kesakitanku semasa perjalanan. Bila tiba di airport KB, aku disambut oleh ma dan abah dan terus ke Hospital Kubang Kerian untuk membuat rawatan susulan dan dokter extrail sekali lagi, tetapi keputusannya sama saja dengan sebelum ini. Aku dinasihatkan untuk berehat dan tidak banyak bergerak supaya bengkak pada seluruh kaki, betis, lutut dan paha cepat sembuh dan doktor kata dalam masa terdekat ini jangan berubat dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional. Tetapi bila balik dan berbincang dengan keluarga, dan akhirnya aku pergi juga berjumpa dengan orang di kampung seberang untuk mengurut dan buat apa yang patut. Tapi yang peliknya dia kata betis aku patah.

Selepas bomoh urut dan melumur ubatnya di betisku, keesokan harinya tempat yang bengkak semakin berkurangan dan sakit juga berkurangan. Dalam masa yang sama aku tidak melupakan temu janji dengan doktor di HUSM. Malam genap-genap tiga minggu, aku dibawa ke rumah bomoh pengamal perubatan tradisional di Kampung Baru Nelayan (Tumpat) dan diurut, dia kata ini bukan patah, tapi seliuh saja dan terus dia tekan kaki dan kepala lutut, agak sakit jugak la, tapi kejap saja dia buat. Selepas dua minit lebih kurang dia buat, dia bagitau supaya berdiri dan buang tongkat sebelah, aku naik pelik jugak la, tapi memang terrer la bomoh ni (dengan izin Allah) aku terus dapat berjalan, tapi masih ada kesan sakit-sakit. Alhamdulillah, kini aku dah boleh berjalan seperti biasa, kekadang masih ada rasa sakit bila berjalan atau berlari kuat-kuat terutama ketika bermain bola sepak. Sekarang berada di Mesir, dan sekarang adalah musim sejuk, bila bersangatan sejuk tambah pula dengan sedikit kepenatan kerana banyak berjalan, maka terasalah sedikit kesannya. Tapi tidak mengapa, syukurlah Allah masih memberikan nikmat berjalan ini kepadaku.

Lain pula dengan kisah sahabatku yang terpaksa dimasukkan besi dan Alhamdulillah, kini dah boleh berjalan seperti biasa, tapi ada sakit sedikit sebanyak tu, biasalah. Terima kasih Ya Allah… terima kasih yang tak terhingga kepada Keluargaku, sahabat-sahabiah yang sudi menolong dan menghulurkan bantuan kata-kata semangat kepada kami. Inilah sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan dalam blog saya ini… persahabatan yang terjalin atas dasar iman dan Taqwa akan terasa manis bila dikenang akan tersa nikmat bila bertemu, terasa cinta dan rindu bila berjauhan, sehari berpisah seabad lamanya terasa tidak bertemu. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga Insya Allah.. Insya Allah, aku takkan lupakan kalian semua selagi nyawa dikandung badan dan selamat berjuang... sekian, wassalam…
Read full story

Thursday, January 13, 2011

Oh, Boring Nya Aku!!!

0 comments
Saya kekadang naik pelik juga bila mendengar keluhan sahabat-sahabat bilamana dia kata “boring la dok kat rumah nih” “bosan la asyik terperap kat rumah, nak buat apa ye?, jom keluar” dan macam-mcam ragam lagilah yang ada. Inilah rialiti yang berlaku kepada mahasiswa dan mahasiwi akhir-akhir ini. Tidak kiralah mahasiswa dalam negara atau luar negara, tetapi tidak semua yang bersikap sebegini. Pengalaman belajar di Darul Quran dulu jumpa juga golongan ini, bila datang mesir, rupa-rupanya ada juga golongan ini dan bila bersembang dengan sahabat-sahabat di IPT dan IPTS lain pun sama juga.

Ada yang lebih teruk lagi sampaikan kelaspun tak pernah pergi, rumah pun balik jarang-jarang je. Jenis balik rumah jarang-jarang ni masalah juga, nak kata ada masalah dengan ahli rumah atau bilik tak ada, entahla kenapa.

Inikah jiwa mahasiswa??? Jiwa lembik, jiwa lemah, jiwa jiwang dan perlbagai lagi seolah-olah rumah mereka tempat azab bahkan ada juga yang kata “rumah aku bagai neraka, boring gila dok kat rumah”. Alahai mahasiswa, korang tak ada matlamat ke? Korang datang belajar ni nak bersenang lenang ke? Korang datang belajar ditaja oleh mana-mana pihak untuk korang berseronok-seronok, berbelanja situ-sini, enjoy ke? Kalau inilah tujuan korang dihantar oleh ibu bapa, kerajaan, maka tengoklah suatu hari nanti negara akan hancur.

Benarlah Firman Allah Ta’ala dalam surah al-A’asr yang bermaksud “demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berbuat amal soleh”. Kenapa korang boring sangat? Kerana tak ada kerja nak buat? Kerana tak ada kelas nak pergi atau nak belajar? Tak ada shaikh nak bertalaqqi? Kerana tak ada duit nak beli kitab? Kerana tempat bertalaqqi jauh sangat? Yang korang dok datting, korang dok shopping, yang korang dok main bowling, yang korang dok buat dosa ngan awek, yang korang dok entah apa-apa lagi korang tak rasa boring?

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya “tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad/kubur”. Dalam hadis yang lain “menuntut ilmu adalah fardhu bagi muslimin dan muslimah”. Tetapi di sini ada ilmu fardhu a’ain (wajib dipelajari) dan fardhu kifayah. Masalahnya sekarang, ibu bapa, orang-orang kampung, syarikat-syarikat dan kerajaan telah memberi mandat kepada kamu untuk melanjutkan pelajaran, tidak kiralah di mana kamu belajar. Bila kamu diberi mandat maka tertaklif satu kewajipan ke atas kamu untuk mendalami ilmu. Walaupun kamu menyambung pelajaran dalam bidang yang dikira fardhu kifayah, tetapi bila kamu diamanahkan oleh mana-mana pihat, maka di sini ada ulama’ mengatakan “belajar mendalami ilmu tersebut tidak lagi menjadi fardhu kifayah”. Maknanya sekiranya kamu tidak belajar maka kamu akan berdosa.

Ada lagi penyakit manusia yang kata boring, tak ada kerja dan sebagainya. Sedarlah wahai sahabat/iah, kerja bukannya tiada, tetapi kamu yang malas buat kerja. Apa tidaknya, kerja-kerja Islam belum lagi langsai, banyak lagi yang perlu diselesaikan, banyak lagi yang memerlukan komitmen kamu, banyak lagi memerlukan sumbangan tenaga, harta, masa dan diri kamu untuk kemenangan Islam. selagimana Islam tidak menang dan tidak dapat memerintah dunia ini dari tangan Thoghut, maka selama itulah kamu akan mendapat dosa jika kamu tidak buat kerja-kerja Islam atau tidak mahu membantu perjuangan Islam.

Al-Syahid imam Hasan Al-Banna pernah berpesan kepada ahli gerakan Islam, “sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada”. Sedangkan bila dilihat kepada beberapa golongan mahasiswa hari ini masih leka diulik kesenangan, diulik mimpi-mimpi yang tidak memberi makna, dilik sara toga “selimut tebal jika di mesir” dan tidak ada sedikit pun di dalam diri untuk membantu persatuan gerakan Islam. Adakah kamu ingin melihat perpecahan, kerosakan, kemusnahan Islam di depan mata kamu baru nak sedar diri??? Kalau inilah sikap mahasiswa/wi, tidak ubah seperti “seekor kaldai”. Kerana apa? Kerana jenis kaldai kalau tak diketuk, dia takkan bergerak, kalau letak barang, kitab dan sebagainya di atas belakang dia, dia tetap tidak kata apa-apa walau berbunyi sekalipun, tapi bila nampak wanita tak tutup aurat “syaitan” baru dia berbunyi.

kerana apa cepat boring? Kerana tiada matlamat yang jelas, kerana niat asalnya dalam melakukan sesuatu tidak semata-mata kerana Allah, mungkin ada terselit di situ niat yang kurang suci, kerana tidak sedar bahawasanya dirinya siapa dan apa matlamat manusia di dunia ini serta tiadanya rahmat dari Allah Ta'ala dek kerana dosa kamu. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hari ini ilmu lebih banyak dari semalam dan lebih bertaqwa. Ingatlah, Islam tidak pernah memerlukan kita, kita yang memerlukan Islam. Jika kamu tidak mahu buat kerja-kerja Islam, maka Allah akan hantar ummat yang lain. Sekadar peringatan bersama dan untuk semua. Sekian…
Read full story

Monday, January 10, 2011

Sedarlah Wahai Rakyat, Jangan Lagi Tertipu!!!

0 comments

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagi Allah Ta’ala yang menciptakan alam ini dan mentadbir alam ini tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para ahli keluarganya, para sahabat baginda yang diredhai Allah ke atas mereka dan para ulama’ serta pejuang-pejuang agama Allah Ta’ala. Syukur kita kepada Allah kerana hari ini dapat lagi kita hidup dalam nikmat Islam yang dikurniakan Allah, seandainya tiadanya Islam, bagaimanakah kita pada hari ini? Adakah masih dapat menunaikan solat dan beribadah sebagai tanda taat dan patuh pada perintah Allah serta rasa syukur di atas apa Allah ciptakan?

Sejarah menyaksikan bahawa, kejatuhan khilafah Islamiah ke tangan kuffar la’natullahi alaih bukanlah kerana Islam itu lemah, bukan juga kerana kuffar itu kuat, akan tetapi kerana adanya dalang dari kalangan umat Islam sendiri yang mempunyai sifat munafiq dan membantu kuffar dalam misi meruntuhkan pemerintahan Islam sejak zaman berzaman. Kejatuhan pada tahun 1924 M bukanlah tahun yang sebenar, malah kejatuhan itu berlaku sebelum dari tahun itu lagi akan tetapi pada tahun 1924 M adalah tahun rasminya. Bilamana jatuhnya khilafah dari penguasa Islam, maka hancuk ranaplah ketamadunan dan peradaban Islam yang telah ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Apabila hilangnya kerajaan atau khilafah Islamiah, maka muncullah golongan-golongan yang ingin dan rasa bertanggungjawab dalam mengembalikan semula khilafah ini ke tangan pemerintahan Islam. Antara ulama’ yang masyhur bangkit memberi kesedaran kepada umat seluruhnya ialah, al-Syahid Hasan al-Banna. Dailah yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya di tembak oleh kerajaan Mesir dan jenerasinya telah dilahirkan dan jenerasinyalah yang meneruskan perjuangan suci. Para pejuang Islam walau ditembak, dihukum bunuh, dibuang daerah dan pelbagai lagi ancaman demi menghentikan seruan suci, dia tidak gentar walau sedikit, malah semakin kuat untuk terus berjuang. Kita bagaimana???

Justeru, tugas menyambung rantai-rantaui perjuangan ini tugas siapa??? Tidak lain dan tidak bukan ialah tugas semua umat Islam terutama golongan yang diberi kefahaman kepadanya tentang Islam. Tugas suci ini tidak hanya terpundak di atas bahu ulama’ dan para ustaz atau ustazh, malah lebih doktor, jururawat, guru-guru, pekerja buruh dan seluruhnya. Kenapa tugas ini tugas semua dan tugas bersama??? Kerana selagimana khilafah Islamiah tidak dapat ditegakkan di muka bumi ini, maka selagi itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa sekiranya tidak bersama-sama berusaha, bekerja keras dalam perjuangan untuk mengembalikan pemerintahan Islam. Jika dilihat di dalam al-Quran dan hadis terlalu banyak disebut oleh Allah Ta’ala dan Rasulnya untuk menegakkan Islam di muka bumi ini dan memastikan dunia ini diperintah oleh Islam.

Rentetan dari itulah, dunia Islam berbincang dan mengeluarkan keputusan dan cadangan bahawa, dengan berwasilahkan politik dan pilihanraya, Islam akan dapat bertapak di mana-mana negara. Pilihanraya bukanlah satu perkara yang wajib dalam Islam, tetapi bila berada pada zaman sekarang, maka ia seolah-olah menjadi wajib atas dasar fiqh “tidak sempurna sesuatu yang wajib, melainkan ia menjadi wajib jua”. Dengan kata lain, menegakkan negara Islam itu wajib, dan sekarang ini negara Islam sudah tiada, maka pilihanraya adalah satu wadah dan sebagai wasilah dunia hari ini untuk bertanding dalam kerusi-kerusi pemerintajan. Ada beberapa golongan yang mengatakan Imam al-Ghazali melarang umat Islam terlibat dengan kerajaan, tidak dinafikan, Imam al-Ghazali pernah menyebutnya di dalam kitab Bidayatul Hidayah, tetapi dalam kitan lain, Imam al-Ghazali juga menyebut “Agama dan pemerintahan seolah-oleh kembar siam”. Bila disebut kembar, maka tidak dapat tidak, memang tidak dapat dipisahkan.

Dalam konteks malaysia hari ini, beberapa negeri telah menjadi contoh di mana negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat sedikit demi sedikit akan diubah corak pemerintahannya dan membersihkan pentadbirannya dari tangan-tangan kotor yang hanya bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya ingin meruntuhkan Islam, apakan tidak, mereka menjadikan hiburan keterlaluan sebagai santapan, menjadikan aurat sebagai penghibur dan pencuci mata, menjadikan rasuah sebagai amalan harian, menjadikan judi sebagai sarapan, menjadikan fitnah sebagai mainan mereka dan banyak lagi. Inikah yang dikatakan negara Islam??? sedarlah wahai rakyat sekalian, kamu telah ditipu oleh kerajan kamu yang mempergunakan Islam dan menunjuk baik dalam media-media untuk mengabur mata kamu.

Belakangan ini, kita disajikan dengan kes menteri yang merogoh amahnya, menteri yang rasuah, menteri yang tidak amanah, su yang dilantik tanpa persetujuan kerajaan negeri, menteri yang menupu rakyat dan memperbodohkan rakyat dan rakyat yang tidak sedar diri mereka ditipu dan banyak lagi. Setiap hari di dada-dada akhbar, ada saja kisah menteri yang khianat dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas. Bila duit, harta, pangkat kedudukan diletakkan di depan, maka dia sanggup buat apa saja demi kepentingan kroni. Menteri yang beginilah yang akan menjadi bahan bakar neraka di akhirat nanti jika mereka tidak meminta maaf dengan rakyat dan bertaubat kepada Allah Ta’ala.

Ingatlah, dunia ini bukan kamu yang punya, harta kerajaan bukan kamu yang punya, amanah yang ditugaskan bukan untuk dibangga, bukan untuk berseronok-seronok, tetapi sebagai taklifan dan akan ditanya Allah di akhirat nanti. Wahai rakyat dan menteri-menteri yang masih tidak sedar alan hakikat sebenar kejadianmu, sedarlah dari perbuatanmu yang tidak senonoh, perbuatanmu yang bercanggah dengan Islam, perbuatanmu yang memperkudakan Islam dan segala yang buruk supaya berubah dengan mengambil Islam keseluruhannya, bukan menjuzuk-juzukkan Islam, ambil apa yang dikehendaki dan meninggalkan apa yang tidak dikehendaki. Jika begini, maka kamulah orang yang pertama akan dibakar dan dihumban oleh Allah Ta’ala di akhirat. Semoga kita semua mendapat naungan Allah dan keampunan Allah Ta’ala setiap hari dan semoga Islam dapat dikembalikan ke tempat asalnya pada suatu masa nanti. Membangun bersama islam, berjuang untuk Islam, mati syahid cita-cita tertinggi kami.
Read full story

Beberapa Penyakit Umat Islam Yang Melemahkan Dan Melambatkan kemenangan Islam

0 comments

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagi Allah Ta'ala serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarganya dan para sahabatnya serta para pejuang Agama Allah s.w.t. yang diredhai Allah ke atas mereka semua. Di sini beberapa perkongsian ringkas bersama sahabat/iah berkaitan penyakit umat yang boleh melambatkan dan jika tidak dibanteras, mungkin akhirnya akan merosakkan Islam sendiri.

KEDEKUT:

Kedekut mengeluarkan/menginfakkan harta ke jalan Allah. Kedekut Tenaga untuk membari sumbangan kepada Islam. Kedekut idea untuk dicurahkan kepada Islam. Kedekut masa lapang untuk buat kerja-kerja islam. Kedekut Hampas...

PENGECUT:

Takut menyatakan kebenaran, sedangkan Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya "jihad yang paling tinggi, berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim". Takut bilamana diugut untuk ditarik zakat, diugut untuk ditarik bantuan, diugut untuk ditarik pekerjaan atau menghantar ke pedalaman. Takut pada ugutan ibu bapa, dek kerana ibu bapa berfikrah dan berpendapat lain. Takut untuk berjuang bersama-sama saf Gerakan islam kerana takut dipenjarakan, takut dihalau, takut dihina, takut hilang nama, takut hilang jawatan, takut dan takuttt...

PEMALAS:

Malas untuk membuat kerja Islam sedangkan kerja bertimbun-timbun. Malas untuk menambah ilmu. Malas untuk beribadah (sunat). Malas bilamana diarahkan supaya membuat kerja di luar bidangnya. Malas berusaha untuk kemenangan Islam. Malas dan malas apa saja...

BANYAK ALASAN:

Bila diarahkan buat kerja Islam, maka bagi alasan nak belajar, sakit kaki padahal taklah sakit sangat pun. Bila diarahkan buat kerja Islam, maka bagi alasan isteri nak mengandung la, mak sakit la, anak kucing sakit la. Bila diarahkan buat kerja Islam, maka bagi alasan ilmu tak cukup lagi la dan pelbagai lagi...

Duhai sahabat, jika inilah sifat dan sikap para pejuang Islam, maka jangan bermimpilah untuk mendapat sebuah segara Islam atau pemerintahan Islam atau Khilafah Islamiah, bahkan sebuah kampung pun belum tentu dapat. Duhai sahabat, sesungguhnya kerja atau tanggunggjawab yang ada melebihi masa yang ada (Pak Cik Hasan Al-Banna). Kerana itulah dan atas dasar itulah kita perlu bersatu atas nama Islam, kita perlu berganding bahu, kita perlu mencurah sebanyak mungkin, kita perlu saling bantu membantu antara satu sama lain, kita perlu mengkamilkan "melengkapi" antara satu sama lain untuk menggapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Seandainya kita masih di takuk lama, seandainya kita masih tidak mahu berubah, seandainya kita masih mahu mengharapkan orang itu dan ini, selagimana kita masih menyalahkan orang, masih berjidal dalam masalah furu'iyyah yang telah dibincang panjang oleh ulam' terdahulu, maka cita-cita kita untuk mendapat sebuah negara, mengembalikan semula khilafah Islamiah, mungkin cita-cita hanya tinggal cita-cita, tetapi tiada apa-apa. Ayuhlah semua, kerahkan tenaga, luangkan masa, sumbangkan harta dan juga jiwa raga kita untuk Islam. Bersedialah mewakafkan diri untuk perjuangan ini. Seorang ulama' berkata, selagimana khilafah Islam masih tidak tertegak, maka selama itulah orang-orang islam mendapat dosa dari Allah jika mereka tidak bekerja. Semoga usaha kita untuk menyumbangkan segalanya untuk Islam dinilai ibadah oleh Allah Ta'ala, berjuanglah kerana berjuang ini Allah akan bayar di akhirat dengan syurga yang begitu indah.
Read full story

Wednesday, January 5, 2011

Ar-Raji': Peristiwa Dan Pengajaran

0 comments


Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut yang bermaksud: Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui mereka yang berdusta.

Hari demi hari, mingu demi minggu berlalu dengan pantas tanpa menghiraukan adakah penghuninya mampu mengambil manfaat dengan kedatangannya untuk berbuat ketaatan kepada Allah s.w.t. atau sebaliknya. Kini kita semua sudah pun berada di awal bulan Sofar yang turut merakamkan beberapa peristiwa sejarah yang penting untuk kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Antara peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan Sofar ialah peristiwa yang menyayat hati di mana pendakwah yang dihantar dalam peristiwa ar-Raji’ dan Bi’ Ma’unah telah dibunuh dengan kejam oleh musuh Islam, seterusnya pada bulan inilah juga menyaksikan Khalid ibnu Walid, ‘Amru bin al-‘Ash dan Uthman bin Talhah memeluk Islam, pada bulan ini juga Usamah bersama bala tentera Islam dihantar untuk berperang dengan Kerajaan Rom dan pada bulan ini jugalah Rasulullah s.a.w mula sakit tenat sehinggalah baginda wafat pada pertengahan bulan Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah.

Pada hari ini marilah kita sama-sama merenungi apa yang berlaku dalam peristiwa ar-Raji’. Peristiwa ar-Raji’ telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w di mana mereka telah meminta daripada baginda agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan untuk mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ di mana mendapat  sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah s.a.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam al-Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut.

Peristiwa ini menunjukkan kepada kita bagaimana tanggungjawab pemimpin dan Daulah Islamiah di mana ia berperanan untuk memastikan Islam tersebar melalui penghantaran pendakwah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan juga pernah dilakukan oleh Kesultanan Melayu Melaka sebelum ini sehingga Islam tidak tertumpu di satu tempat sahaja, tetapi turut diterima dakwahnya  ke seluruh pelusuk dunia. Cuma pada hari ini terutama di negara kita, kerja-kerja ini tidak dibuat secara bersungguh malah masih ramai orang bukan Islam takut apabila mendengar perkataan Islam yang dimomokkan dengan keganasan dan perpecahan kerana orang Islam sendiri yang menerangkan perkara yang bercanggah dengan Islam yang sebenar kepada mereka.

Kita lihat bagaimana gerakan dakwah Kristian bukan sahaja dapat bergerak bebas dalam memurtadkan umat Islam termasuk dengan sihir tanpa ada tindakan dan mereka telah berjaya memurtadkan begitu ramai umat Islam walau pun mereka tidak mempunyai kementerian khas Kristian di negara ini. Sebaliknya kerajaan yang mendakwa mahukan Islam dengan menubuh Pusat Islam dan beberapa organisasi yang lain seperti JAKIM, IKIM,YADIM dan lain-lain tidak pula menunjukkan sesuatu yang memberangsangkan terhadap perkembangan Islam malah semakin hari semakin ramai yang murtad dan jauh daripada Islam yang sebenar. Adakah tugas mereka untuk mengembangkan Islam atau untuk menyekat pengaruh kemenangan Islam.

Ketika sampai di ar-Raji’ iaitu di suatu kawasan yang bernama Huzail, tiba-tiba mereka telah didatangi bala tentera yang lengkap bersenjata menunggu untuk bertindak. Mereka datang beramai-ramai mengepung para sahabat yang ditugaskan untuk menjalankan tugas dakwah itu. Mereka berkata: “Lebih baik  kamu semua menyerah diri kepada kami kerana kami tidak akan melakukan apa-apa kepada kamu. Kami cuma mahu mendapatkan sesuatu daripada orang-orang Mekah jika menyerahkan kamu kepada mereka”. Tetapi ketua rombongan pendakwah Islam itu tidak mahu menyerah dan mengambil keputusan lebih baik mati bertempur daripada menyerah serta tidak sekali-kali percaya kepada janji-janji orang musyrikin itu, lalu beliau dan beberapa orang sahabat yang lain menentang musuh sehingga mereka gugur syahid. 
 
Seorang perempuan musyrikin Quraisy dimana salah seorang anaknya dibunuh dalam satu peperangan  oleh ‘Asim bin Thabit iaitu salah seorang daripada pendakwah yang telah gugur syahid itu telah bernazar untuk minum arak dalam tempurung kepala ‘Asim tetapi Allah memelihara kepalanya daripada diambil oleh musuh apabila Allah mengahantarkan sekumpulan lebah untuk menjaga jasadnya. Manakala 3 orang  daripada mereka yang masih tinggal iaitu Zaid bin Abi ad-Dasinah, Khubaib bin  ‘Adi dan Abdullah bin Tariq telah mengambil keputusan untuk menerima janji yang ditawarkan oleh musuh Islam itu. Tiga orang tawanan tadi dibawa ke Mekah untuk dijual dan ketika mereka tiba di Zuhran Abdullah bin Tariq berjaya melepaskan diri daripada ikatan lalu menyambar pedang dan melawan musuh sehingga dia gugur syahid. Dua orang yang masih tinggal terus dibawa ke Mekah dan dijual dengan bayarannya ialah membebaskan 2 tawanan daripada qabilah Huzail yang ditawan oleh pihak kafir Quraisy.
 
Khubaib bin ‘Adi telah dibeli oleh Bani al-Harith bin ‘Ammar bin Naufal kerana dia telah membunuh pemimpin mereka “Harith” dalam peperangan Badar. Khubaib telah diperhinakan dan dipukul berkali-kali dengan cara yang menyakitkan dan juga telah dipenjarakan. Pada suatu hari ketika Khubaib sedang bercukur di rumah Bani Harith tempat kurungannya, tiba-tiba seorang anak kecil dari keluarga itu datang menghampiri Khubaib lalu dia mengambil anak itu dan diletakkan atas ribaannya. Apabila si ibu menyedari anak kecilnya tiada di sisi lalu dia melihat ke arah Khubaib dan terlihat anaknya berada atas ribaan Khubaib yang sedang memegang pisau cukur. Khubaib melihat kepada si ibu lalu berkata: “Aku tahu perasaanmu iaitu menganggap bahawa aku akan membunuh anak ini bagi membalas dendam terhadap apa yang diperlakukan kepadaku. Demi Allah aku tidak akan melakukan perkara kejam itu”. Selepas itu dia melepaskan anak kecil itu walau pun dia boleh membunuhnya atau pun menjadikannya tebusan untuk membebaskannya tetapi dia tidak berbuat demikian. Si ibu begitu takjub melihat apa yang berlaku dan memuji kemuliaan akhlak Khubaib. Inilah dia antara kesan daripada tarbiah Rasulullah s.a.w yang dapat kita sama-sama lihat.

Seterusnya Khubaib dibawa ke Tan’im untuk dibunuh di mana sebelum itu dia telah meminta agar diberi peluang untuk dia melakukan solat sunat 2 rakaat. Setelah selesai solat lalu dia berkata dengan tegas: “Demi Allah, jika tidak kerana bimbang kamu menuduh aku pengecut nescaya aku akan bersembahyang lebih panjang lagi”. Kemudia dia berdoa: “Wahai Tuhanku! Hitungkanlah mereka semua dan binasakanlah mereka semua sehingga jangan tinggalkan walau pun seorang”. Kemudian dia bersyair antaranya: “Demi sesungguhnya aku tidak peduli sekiranya aku dibunuh sebagai seorang Islam di mana sahaja anggota yang dibunuh. Perkara itu kerana Allah jika ia mengkehendaki nescaya Dia memberkati setiap anggota yang dihiris”. Kemudian bangunlah Uqbah bin al-Harith lalu membunuh Khubaib dan gugurlah seorang sahabat yang tabah dan berani mati kerana Islam.
        
Pada hari yang sama mereka membunuh seorang lagi sahabat  iaitu  Zaid bin ad-Dasinah yang dibeli oleh Safuan bin Umaiyyah. Abu Sufian yang menjadi pemimpin thaghut pada ketika itu bertanya kepada Zaid: “Apakah pendapat kamu jika Muhammad berada sekarang mengantimu supaya kami dapat pancungkan lehernya?”. Dengan tegas Zaid menjawab: “Demi Allah! Aku tidak rela sekali pun Nabi Muhammad s.a.w  terkena duri sedangkan aku bersama-sama keluargaku”. Abu Sufian berkata: “Aku tidak pernah bertemu seorang itu begitu kasih kepada seseorang yang lain seperti para sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad”. Selepas itu Zaid dibunuh oleh musuh tanpa belas kasihan. Inilah dia kasih sayang para sahabat terhadap diri Rasulullah s.a.w dan Islam sehingga mereka lebih rela mati daripada melihat baginda dikhianati dan Islam dihina. Bagaimana dengan kita pada hari ini?. Adakah kita terus rela melihat Islam dimaki, umat Islam dibunuh dan dihalau dari tanahair mereka sendiri, Hukum Allah dipersenda, Sunnah Nabi dihina, para ulama’ dicerca oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan memang bencikan Islam daripada dilaksana.

Ayuhlah Semua kita bangkit dan terus bangkit demi melawan kejahilan moden ini agar kita juga tergolong dalam golongan yang dijanjikan Allah dan Rasulnya di akhirat. Biarlah jasad ini terkorban, biarlah harta ini hilang, biarlah diri ini terbuang, asalkan Islam tetap berada di tempatnya. Firman Allah dalam ayat  23 surah al-Ahzab yang bermaksud:  “Antara orang-orang mukmin itu ada mereka yang telah menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur syahid dan antara mereka ada pula yang menunggu (datangnya syahid) dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya”.

Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan