~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, June 8, 2013

TAZKIRAH SUBUH: Peperangan Tabuk Dan I'tibar Buat Pejuang Islam

0 comments
Selain peristiwa Isra' dan Mi'raj yang berlaku ke atas junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pada bulan ini (Rajab) juga berlaku satu peperangan yang tersangat banyak pengajaran kepada umat ini terutama mereka yang mengaku pejuang-pejuang Islam.

Peperangan ini merupakan peperangan yang terakhir yang disertai oleh Rasulullah s.a.w. dan berlaku pada tahun ke-9 Hijrah. Tabuk terletak sekitar 700 KM dari Kota Madinah. Rasulullah berjaya mengumpul seramai 30 ribu tertera Islam. Perjalanan pada ketika itu mengambil masa  lebih kurang 1 bulan pergi dan 1 bulan kembali. Peperangan ini juga berlaku tatkala cuaca yang agak panas dan buah-buahan sedang masak ranum. 

Rasulullah s.a.w. mengerah seluruh umat Islam untuk keluar berjihad kecuali Muhammad Bin Maslamah ditugaskan untuk menjaga Kota Madinah. Ada antara mereka merasa tersangat berat untuk mengangkat pergi, ada yang terlalu miskin dan terpaksa mencari sponsor, ada yang menangis kerana tiada kelengkapan dan pelbagai lagi.

Apabila tentera Islam berangkat ke medan Tabuk, maka ada 3 orang sahabat tidak menyertainya, tidak termasuk golongan Munafiq. Mereka adalah Ka'ab Bin Malik, Murarah Bin Rabia'h dan Hilal Bin Umayyah. Apabila tentera Rom mengetahui kekuatan tentera Islam terlalu kuat, maka mereka tak jadi berperang. Sedangkan kekuatan mereka hampir 200 ribu.

Apabila tentera Islam pulang, maka ramailah golongan munafiq bertemu dengan Rasulullah dan memberi pelbagai alasan dan Rasulullah mengiyakan alasannya. Tiga orang tersebut juga bertemu dengan Rasulullah dan Rasulullah meminta mereka pulang dan menanti ketentuan Allah ke atas mereka kerana Ka'ab antara mereka yang terlibat dengan peperangan Badar Kubra.

Lalu mereka dipulau selama 40 hari, dalam tempoh dipulau tersebut, Ka'ab ditawarkan oleh pemerintah Ghassan untuk bersamanya, tetapi Ka'ab membakar surat tersebut. Inilah hasil didikan Rasulullah s.a.w. tatkala menerima I'qab (denda) mereka tidak berpaling walau sejengkal. Setelah dipulau selama 40 hari, Rasulullah memerintah pula isteri-isteri mereka untuk memulau mereka.

Peristiwa ini dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran sebagai pengajaran buat kita hari ini. Setelah 50 hari dipulau, maka turunlah ayat 118 surah al-Taubah tentang penerimaan taubat mereka. Antara pengajaran yang kita dapat ambil adalah:

1- Harta kemewahan, tanam-tanaman, anak isteri menjadi ujian buat pejuang-pejuang Islam.
2- Sekalipun kita di'iqab oleh pimpinan, maka terimalah ia dengan hati yang terbuka dan pastinya ada hikmah yang tersangat besar.
3- Jangan berbohong dalam perjuangan, kerana itu adalah sifat orang munafiq.
4- Jangan banyak bagi alasan untuk berjuang kerana itu juga sifat orang munafiq.
5- Apabila melakukan dosa, maka bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat.
6- Tentera Islam berjuang untuk mati, tentera kafir berperang untuk menang, sebab itu mereka takut dengan tentera Islam.
7- Dosa pahala, menang kalah bukan kerja kita. Kerja kita adalah berjuang.
8- Keimanan yang teguh dan pengorbanan yang tinggi menjadi pra-syarat kemenangan Islam.
9- Dalam kita diuji oleh Allah, maka ada saja musuh yang mahukan kita. Maka ketika inilah keteguhan iman sangat penting. Maka janganlah sesekali berpihak kepada musuh dll.

Read full story

Monday, December 31, 2012

Syeikh Abdul Qadir: Murabbi dan Mursyid

0 comments
(Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff)

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah di bawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.

Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah di bawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as-Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama' hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah. Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.

Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ke telinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya. Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain, masyaALLAH.. begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa. Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni Pok Su Musa mendoakan ambo dan meniup doanya di atas kepala ambo yang hina ini di sisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau. Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tanpa ambo memberi tahu kepadanya. SubhanaALLAH.

Nama beliau cukup masyhur meniti di bibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru pondok.

Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu.

Disediakan Oleh:
Al-Amir Ibnu Idris Al-Kelantany

Read full story

Saturday, December 22, 2012

Jangan Sampai Terikut Rentak Musuh

0 comments

Biarkan saja musuh menggunakan taktik kotor untuk mendapat kemenangan, tetapi kita yang berjuang dalam Parti & Jamaah Islam tak boleh ikut rentak mereka. Selagi boleh tegur dan mereka boleh terima, maka tegurlah kerana mereka juga dari yang beragama Islam dan sebahagiannya tidak. 


Jika kita juga guna taktik kotor seperti mereka, maka tiada beza antara kita dengan mereka. Nabi s.a.w. tak ajar kepada kita cara untuk mendapat kemenangan mesti guna taktik kotor, bahkan melarangnya walaupun mereka dari Agama lain. 

Kita menang bukan kerana usaha dan perjuangan kita semata-mata, tetapi kemenangan kita merupakan anugerah dan keizinan dari Allah Ta'ala. Apa yang penting kita mesti berjuang dan tidak putus asa dan semestinya menjaga hubungan dengan Allah & makhluknya.

Parti atau golongan yang bermusuh dengan Islam takkan kekal dan pasti menerima kekalahan suatu masa nanti dan kebenaran itu tetap kebenaran dan kebenaran semestinya datang dari Allah & RasulNya. Maka bersama-samalah kita dengan kebenaran tatkala senang mahupun susah.

Memang perjuangan sangat pahit dan panjang, tetapi hasilnya sangat manis walaupun kemenangan masih ditangguhkan. Jika mati dalam medan perjuangan menegakkan Islam, maka mati kita mati yang mulia (Insya Allah), jika mati dalam dosa atau bersama dengan Parti selain Islam, mati kamu mati yang hina (nau'zubillahi min zalik).

::-Mohd Hamyzan Bin Hussain-::
Read full story

Wednesday, December 19, 2012

Kepada Siapa Mesti Kita Takut?

0 comments
Apabila persoalan ini ditimbulkan, maka jawabannya sudah tentu Allah kerana hanya Allah layak disembah, dipuja dan dipuji oleh semua makhluk. Hanya padaNya sahaja kita mesti takut dengan erti lain taqwa. Tetapi pada kali ini saya bukan nak berkonsi soal taqwa, tetapi kepada siapa yang mesti kita takut. Inilah kadang-kadang manusia keliru mungkin kerana mereka jahil ataupun telah dijahilkan oleh pemimpin yang tak mahukan Islam.


Kita tak perlu takut kepada mana-mana pemimpin yang tak takutkan Allah, tetapi takutlah kepada Allah, nescaya mereka akan takut kepadamu. Pemimpin yang tak takutkan Allah, mereka akan laksanakan sesuatu mengikut hawa nafsu dan syaitan, sedangkan nafsu & syaitan tidak membawa seseorang kecuali ke jalan yang sesat lagi menyesatkan dan tidak pula berkuasa, tetapi Allah sahaja yang Maha Kuasa dari segalanya.

Mereka akan dapat kuasa dan akan berkuasa sebagaimana yang dikehendaki nafsu & Syaitan, sedangkan Allah tidak sekali-kali redha padanya. Suatu hari nanti mereka mesti tersungkur dan dihina oleh Allah Ta'ala di dunia & di akahirat.

Takutlah kepada pemimpin yang takutkan Allah, kerana Allah sedang bersamanya ketika mereka senang mahupun susah. Pemimpin yang takutkan Allah, mereka akan laksanakan sesuatu mengikut acuan al-Quran & al-Sunnah, sedangkan kedua-dua ini adalah arahan dari Allah & RasulNya dan Allah Ta'ala itu amat berkuasa atas segalanya. 

Jika kita takutkan pemimpin yang tak takut kepada Allah, maka mereka tak takut kepada kita dan Allah pula tidak redha pada kita. Jika kita takut hanya kepada Allah, maka Allah akan campakkan ketakutan ke dalam hati-hati mereka pada kita. Maka bersedialah untuk diperangi mereka dan jangan sesekali kamu berundur dari perjuanganmu.

Sekiranya kita takutkan pemimpin yang takutkan Allah, maka Allah akan redha kepada kita. Maka lihatlah seberapa limpahnya kurniaan Allah kepada penduduknya dengan limpahan rahmat dan kasih sayang yang tak terhingga. Maka bersyukurlah tatkala mendapat kurniaan ini dan jangan sesekali leka. 

Manusia yang bersifat material biasanya akan bersama pemimpin yang tidak amanah, tetapi golongan yang benar-benar Mukmin, mereka akan bersama dengan pemimpin yang adil lagi bertaqwa. Maka pilihlah pemimpin yang adil lagi bertaqwa, nescaya kita akan selamat dunia dan akhirat.


Disediakan Oleh:
Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story

Islam Itu Indah, Kenapa Kamu Rosakkan?

0 comments

Islam itu indah, tetapi keindahannya telah ditutupi dan dinodai oleh umat Islam sendiri. Islam akhir zaman ibarat seorang perenang antarabangsa yang diikat kaki, tangan dan ditutup mulutnya lalu diminta untuk menyertai pertandingan acara renang. 

Di mana lagi keindahannya jika inilah yang dilakukan oleh mereka? Di mana? Sudah tentu perenang tersebut akan hilang kehandalannya walaupun dia dah sampai ke peringkat antarabangsa.

UMNO-BN dah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, tetapi Islam masih tidak dijalankan bahkan ada di antara mereka yang mengatakan "hukum Islam tak sesuai" dan sebagainya. Kamu belum lakasana, bagaimana kamu tahu? Kamu belum berkahwin, bagaimana kamu nak dapat anak?

Kenapa kerosakan dan kemunduran Islam sering dikaitkan dengan UMNO-BN? Kerana UMNO mengaku dan mengiktiraf Malaysia adalah negara Islam, tetapi kenapa tak nampak keindahan Islam di bawah pemerintahan mereka dan melaksanakan Islam? Takut hilang kuasa? Takut kena potong tangan? Takut kena rejam? Takut hilang kuasa? Kenapa dan mengapa?

Islam pernah memerintah dunia. Suatu hari nanti Islam akan kembali semula ke tempat ini, Insya Allah. Tetapi siapakah yang nak memenangkan Islam kalau bukan KITA? Maka jadikanlah dan berjanjilah pada diri sendiri supaya "Aku Mesti Perjuangkan Islam, Samaada Mendapat Menang Ataupun Syahid".

Disediakan Oleh:

Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story

Tuesday, December 11, 2012

Kezaliman vs Kebenaran

0 comments

"Kezaliman umpama menjeram air di atas dapur, jika dibiarkan begitu saja, lama kelamaan air akan kering dan akhirnya ia akan hancur bersama bekasnya, jika diangkat bekas tersebut, maka air takkan kering dan bekas takkan rosak teruk". 

Begitulah kezaliman, kita diberi pilihan untuk mengangkat bekas tersebut atau membiarkan hancur begitu saja. Jika kita sabar dengan membiarkan kezaliman, maka kita diberi 1 pahala, jika kita mengangkat bekas tersebut kita akan diberi 2 pahala (pahala menahan mereka dari terus melakukan kezaliman & pahala bersabar di atas kezaliman mereka).

"Kebenaran pula diibaratkan seperti kelamnya waktu malam, maka bila tiba waktu siang, kelam tersebut akan hilang dan kelam tersebut tidak selama-lamanya".

Begitulah kebenaran, ia akan mendapat kemenangan juga pada akhirnya. Ia akan mengalami zaman kelam dan jika kelam tersebut dihiasi dengan cahaya lampu (perjuangan) maka ia akan terang benderang sepertimana siang. Apa yang pasti kita mesti berjuang tatkala senang mahupun susah.

Maka bersama-samalah dengan kebenaran dan bersabarlah di atas kezaliman kerana sesungguhnya kebenaran itu datangnya dari Allah, kezaliman dan sewaktu dengannya datang dari makhluk. Allah akan kekal selamanya, manakala makhluk akan binasa akhirnya.

Disediakan Oleh:
Mohd Hamyzan Bin Hussain
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan