~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, January 14, 2012

Berwaspadalah Dari Penumpang Itu!!!

0 comments

Sekian lama mereka menaruh demdam kesumat untuk merampas dan menjahanamkan tapuk kepimpinan dan mereka terajui sendiri, tapi malangnya sampai ke saat ini mereka masih tidak berjaya untuk meneruskan hastat jahat mereka itu, tetapi sudah ada bibit-bibit itu dan telah rosak sedikit kerana mungkin sedikit kesilapan atau memang disengajakan. Dalam masa yang sama mereka memang bijak dalam membuat percaturan dan strategi untuk meneruskan agenda mereka itu. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam meneruskan perjuangan Islam yang sebenar ini bersama-sama jamaah Islam, berhati-hatilah dengan rentak mereka. Kadang-kadang kita tidak dapat menjejaki mereka kerana rancangan mereka terlalu licik, tetapi kita kena ingat Allah Ta’ala bersama-sama jamaah yang benar.

Golongan yang jelas menentang Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya memang kita hentam habis-habisan dan memang senang untuk dikesan, kerana perjuangan mereka jelas ingin menentang Islam dan ingin menyesatkan orang ramai, tetapi golongan seperti Abdullah bin Ubay dan konco-konconya susah dikesan sejak zaman Nabi s.a.w. lagi. Golongan ini hanya diketahui oleh Rasulullah s.a.w. dan Huzaifah al-Yamani sahaja. Golongan ini juga masuk ke dalam masyarakat Islam, keluar berperang sama-sama dengan Rasulullah s.a.w. melaungkan seruan yang sama dengan apa yang dilaungkan oleh kaum Muslimin bahkan mereka juga solat di belakang Nabi s.a.w. tetapi dalam hati mereka dan perjuangan mereka adalah sebaliknya, mereka ada niat jahat yang tidak diketahui ramai, tetapi niat mereka dibongkar oleh Allah Ta'ala.

Akhir-akhir ini selepas ditegur oleh beberapa pihak, nampaknya mereka sudah menukar pakaian mereka dan menukar pula cara perjalanan mereka, tapi ingat, halatuju mereka masih sama. Berhati-hatilah dan berwaspadalah dengan rentak mereka, jangan sampai terperangkap dek kelalaian dan kealpaan kita. Saya mengharapkan, dengan bertukarnya pakaian yang lama dan bertukar pula cara pergerakan, maka apa yang lebih penting dari itu bertukarlah juga perjuanganmu dan bersama-sama dengan perjuangan yang asli yang telah lama diasaskan oleh Ulama' terdahulu dan jangan buat kacau bilau lagi selepas perubahan ini. Nak menumpang tidaklah salah, tetapi kena ikut driver lah, jangan pula buat kepala sendiri, susah nanti.

Sejarah mungkin berulang dan ia telahpun berulang tempoh hari dan jangan biarkan ia berulang sekali lagi, kerana padahnya amatlah berat. Jika mereka mahu insaf dan betul-betul ingin berubah, maka ikutlah jalan yang betul sepertimana yang telah ditetapkan oleh pemimpin tertinggi. Sebagai akhirnya, marilah sama-sma kita kukuhkan ukhuwah, mantapkan tarbiah, tingkatkan siasah, perkasakan harakah, sebarluaskan dakwah, semoga Islam bersinar di bumi ini dan mendapat barakah dari Allah Ta'ala. Amin ya Rabbi. Saya tidak mahu menuding kepada sesiapa, tapi jika kamu terasa, maka berbetulanlah dengan kata-kataku ini dan berubahlah, jangan sampai mendapat padah, kelak akan susah. Pesanan buat diri dan buat sahabat-sahabat seperjuangan dalam menggerakkan gerakan Islam yang syumul ini supaya berhati-hati, jangan terlalu terpikat dengan gerak-geri mereka. Selamat berjuang, Wassalam...
Read full story

Wednesday, January 11, 2012

Kisah Aku Dan Tuan Kebun

0 comments
Bismillah, Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t. kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk meneruskan perjuangan dan perjalanan hidup. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya, para sahabat dan para pengikut jejak langkah Baginda s.a.w. Semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalu dan yang akan datang serta merahmati kita semua. Tajuk ini sebenarnya kisah seorang hamba Allah yang dha’if lagi naif di sisiNya dalam menempuh kehidupan untuk memiliki sebuah kebun yang sangat bermakna dan sangat berguna untuk meneruskan kehidupan selaku ummat Nabi Muhammad s.a.w. dan untuk meneruskan perjuangan menegakkan Agama Allah Ta’ala.

Pada 2007 yang lalu dalam satu program yang diadakan ketika cuti mid sem Darul Quran, aku tersempak dengan tuan kebun yang bagus, nampak baik akhlak, bagus percakapannya bagus pula salasilahnya dan sewaktu dengannyalah. Sejak waktu itu, terdetik di hatiku ini untuk bertanya dan ingin sangat-sangat memiliki kebun itu, tapi pada waktu itu aku masih tak mampu untuk memilikinya dan hanya dapat simpan saja niat itu di hati kerana masih belum mampu memilikinya dan harganya bukannya murah dan susah nak jaga sebab masih belajar, ketika itu baru di tahun satu. Tapi tidak mengapa, aku ingat dan hanya simpan di hati hajat itu untuk memilikinya sehinggalah pada tahun 2009, abang aku yang ketika itu masih menuntut di Mesir dalam bidang syariah, dia menyatakan hasratnya untuk memiliki sebuah kebun, jadi oleh kerana pada waktu itu aku memandangkan abang aku lebih berhak dan lebih utama untuk memilikinya, aku serahkan kepada abangku walaupun terasa sangat berat di hati ini. Tidak lama kemudian bila abang aku tamat pengajian dan pulang ke kampung, bila berkira ke sana ke mari, maka dapatlah satu keputusan untuk bertemu mata dengan pemilik kebun itu. Pemilik kebun itu tinggal di Kelantan, lebih kurang 1 jam dari rumahku untuk ke sana. Bila berkira, maka baliklah kami ke rumah. Tidak lama kemudian ibu kepada pemilik kebun itu bagitahu bahawa, kebun itu masih tidak mahu dijual kerana banyak lagi perkara yang mereka perlu selesaikan, mungkin pada tahun 2013 baru urusannya itu selesai. Apabila mendapat keputusan itu, dipendekkan cerita abang aku kata nak cari kebun lainlah, sebab lambat sangat kalau nak tunggu. Di hatiku ini bertutur sendirian “masih ada peluang untukku”. Pada tahun 2011 yang lepas aku nyatakan kepada ibuku untuk memiliki kebun itu, tapi ibu nasihatkan supaya tidak mengambilnya kerana banyak sebablah. Jadi aku akur dengan kehendak ibuku dan terima dengan rela walaupun bertahun di hati ini inginku miliki. Allah sajalah yang tahu.

Sebelum aku datang ke Mesir, aku nyatakan hasratku kepada ibuku untuk memiliki sebuah kebun dan pendek cerita ibuku membenarkannya, tapi syarat mesti lepas dahulu tahun kedua. Apila kebun pertama tidak dapat aku miliki, jadi aku carilah kebun lain untuk menggantikannya. Ibuku cadangkan kepadaku untuk cuba melihat kebun yang terletak di Tumpat. Sebelum ini aku pernah menyatakan kepada ibuku untuk mencari kebun di luar kawasan Tumpat, kerana aku melihat semua adik beradikku mencari kebun di sekitar Tumpat, jadi bila difikirkan banyak perkara, maka aku buat keputusan kebun itu tak jadi. Sewaktu dahulu aku pernah pergi ke rumah tuan kebun itu, minum air, makan nasi, makan buah-buahan yang ada dan sebagainya.

Bila kebun kedua tak jadi untuk dimiliki, aku terus dan terus mencari kebun untukku miliki sendiri. Dipendekkan cerita aku nyatakan kepada ibuku untuk melihat kebun yang agak jauh dari kampung halamanku iaitu di Pahang. Tapi pada awalnya ibuku kurang bersetuju kerana agak jauh, biasalah orang tua kita kan, bila jauh susah nak pergi balik, panjang pula perjalanan. Tapi di hatiku memang nak miliki kebun itu kerana tuannya baik, berakhlak mulia dan sewaktu dengannya lah, bila bincang dan agak lama la jugak perbincangan tersebut, maka aku dengar nasihat ibuku dan aku sendiri tak mahu melawan kata-kata ibu dan keluarga dan aku lupakannya. Bila tak jadi memiliki kebun itu, maka aku berhasrat untuk pulang ke kampung dan ingin berpuasa bersama-sama keluarga di kampung dan akhirnya keluarga bersetuju untukku pulang tapi dengan syarat guna duit sendiri. Alhamdulillah, rezeki Allah Ta’ala bagi dan bila balik banyaklah jemputan untuk jadi imam tarawih, kuliah dan sebagainya.

Sebelum aku pulang ke Malaysia aku ditawarkan oleh sahabatku di Mesir berkaitan kebun itu. Dipendekkan cerita aku bertemu dengan agennya kerana aku tak boleh berhubung secara terus dengan tuannya pada waktu itu. Apabila bertemu dengan agen itu dan aku kenal agen itu kerana pada sewaktu dahulu dia sekolah menengah sebumbung denganku dan kawan karib pula kepada abangku. Bila sembang berkira-kira apa yang patut dan sebagainya, oleh kerana waktu untuk balik ke Malaysia dah tak lama, maka keputusan tuan kebun itu aku minta selepas aku datang semula ke Mesir. Bila diselidik dan sebagainya, didapati kebun itu terletak di Pasir Putih. Bila dinyatakan kepada ibu dan keluarga, maka keputusan supaya tidak meneruskan perbincangan untuk memiliki kebun itu dan bila aku sampai ke Mesir, maka keputusan dari tuan kebun itu sama juga, kerana dah ada orang lain yang dia nak bagi, tapi aku tak tahu sejauh mana perkembangannya.

Pada pertengahan bulan oktober aku terbang semula ke Mesir untuk menyambung pengajian, tetapi hasratku untuk memiliki sebuah kebun masih tidak pernah pudar dan terus bersemangat kerana aku yakin dengan janji Allah Ta’ala bahawa Allah Ta’ala bersama-sama orang yang sabar. Selang beberapa ketika, aku dikhabarkan oleh ibuku, ada Tok Saudara sebelah ibu menawarkan sebuah kebun yang terletak dekat dengan kampungku dan aku pernah pergi ke sana dan aku kenal siapa tuannya, tapi bila difikir panjang aku nyatakan kepada ibuku untuk tidak mengambil kebun itu dan tidak memanjangkan perbicaraan dengan tuannya.

Kebun pertama tak jadi, kebun kedua, kebun ketiga, keempat, kelima tak jadi, aku masih tidak putus asa dan terus berdoa kepada Allah supaya dapat memiliki kebun yang indah dan dapat memberi manfaat dan menerima manfaat. Selang beberapa ketika aku diberitahu oleh sahabat abangku tadi “agen” bahawa dia jumpa satu kebun. Dipendekkan cerita aku berjumpalah dengan sahabat abangku tadi untuk menanyakan perkara berkaitan kebun tadi. Memang sudah menjadi amalanku dan adik beradik, bila nak buat apa saja mesti terlebih dahulu bagitahu kepada orang tua. Bila bincang dan sebagainya, maka ibu kata tak payah ambillah kebun itu, sebab takut tak sesuai. Aku sendiripun rasa tak berapa suka pada kebun itu dan kebetulan ibuku juga sependapat denganku, jadi perbicaraanku berkenaan tuan kebun itu berhenti setakat itu sahaja.

Syukur pada Allah, kerana Allah masih mengurniakan sifat sabar kepadaku dan aku berharap, kesabaranku ini bertambah dan kekal selamanya. Tidak lama kemudian, sekali lagi ibuku khabarkan padaku bahawa Tok Saudara aku bagitahu ada lagi sebuah kebun yang terletak di Pahang dan ingin memberinya kepada siapa yang mahu, tapi aku tidak terburu-buru membuat keputusan sebelum siasat terlebih dahulu siapakah tuannya. Bila disiasat, maka didapati tuan kebun itu berfikrah ISMA, maka bertepatanlah dengan aku yang sangat anti dengan ISMA. Dipendekkan cerita, aku bagitahu kepada ibuku bahawa tuan kebun itu adalah ISMA. Apalah yang ibuku faham tentang ISMA, kalau asma tu tahulah kan. Kebetulah adik iparku yang baru kahwin dan abang iparku yang sulung dan abangku yang belajar di Mesir pada waktu dahulu memang kenal siapa ISMA dan merekalah yang menerangkan kepada ibuku apakah ISMA. Alhamdulillah, ibu memahaminya dan seterusnya membatalkan niat Tok Saudaraku itu untuk menunjukkan kebun itu.

Alhamdulillah, pada penghujung tahun 2011 yang lalu, aku dikhabarkan oleh sorang sahabat karibku bahawa ada sebuah kebun, tapi dia tak berapa kenal sangat dengan tuannya itu. Bila begitu, aku buat tak tahu jelah. Tapi bila selang beberapa hari perasaanku untuk kenal tuan kebun itu makin kuat, agak pelik la jugak. Bila jadi begitu aku sekali lagi berhubung dengan sahabatku itu dan ingin tahu sedikit sebanyak tentang tuan kebun itu dan akhirnya aku bagitahu kepada kawan abangku tadi supaya membuat satu pertemuan antara aku dengan tuan kebun itu. Kali inilah kisah untukku yang paling istimewa dan agak pelik, mungkin inilah kebun yang aku mesti miliki. Apabila berhubung dengan kawan abang aku, dan tuan kebun itu menampakkan respon yang agak baik dan aku akan berjumpa dengannya pada awal 2012 kerana sekarang dia masih kurang bersedia untuk berjumpa kerana kekangan masa dan kerja yang perlu diselesaikan segera. Bila disiasat, tuan kebun itu tinggal di Bachok. Seperti biasa, apa-apa perkara yang mahu dibuat mestilah berunding dengan ibu dan keluarga, dan ahli keluargaku menampakkan respon yang agak baik juga. Aku berharap, kali ini akan berjaya memiliki kebun itu. Semoga Allah pertemukan aku dengannya di atas jalan Allah dan seterusnya dapat meneruskan perjuangan menegakkan Islam yang tercinta ini.

Aku berharap, kebun yang akanku miliki nanti dapat memberikan hasil yang baik, di saatku kepanasan dialah yang akan memberi teduhan, disaatku lapar dan dahaga, dialah yang membekalkanku semua itu, di saatku susah dia dapat meluruhkan buah-buahan yang ranum dan sedap dirasa dan sebagainya. Semoga dengan kesabaran dan beberapa ujian yang Allah Ta’ala aturkan untukku menjadi 1001 pengajaran dan pelajaran dan membuatkan aku lebih matang selari dengan usiaku ini serta mendapat apa yang dijanjikan Allah Ta’ala, insya Allah wa Amin. Sebenarnya banya banyak lagi kisah pahit dan manis, hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah mati kecuali yang ada disebut di sini sahaja. Saya berharap tidak ada seorangpun yang terasa atau perasan bahawasanya yang dimaksudkan di sini adalah dirinya. Segala kesilapan, kelemahan dan kesalahan itu dari diri yang lemah ini lagi banyak berdosa, yang benar tetap benar dan semua itu datangnya dari Allah Ta’ala. Wallahu Ta’ala wa A’lam.
Read full story

Friday, January 6, 2012

Selamat Tinggal NOKIA C6

0 comments
Hampir empat bulan bersama akhirnya berpisah jua,
Walau tidak lama, tapi sungguh bermakna bagi diri dan Islam jua,
Inilah dia tanda makhluk Allah yang Esa dan Maha Kuasa,
Takkan kekal selamanya walaupun ia sangat gagah dan perkasa.


Rasa beratnya hati nak keluar bersama sahabat pagi tadi,
Kerana beralasan ingin melawat maqam Imam Syafie yang benyak berbakti,
Lalu aku tidak banyak berdalih lagi,
Aku bersiap dan bergegas pergi.


Beberapa tanda sudah Kau beri,
Namun aku tetap tidak mengerti,
Apakah maksud tersirat dariMu Ilahi,
Inilah dia ujian untuk hambaMu yang lemah ini.


Aku yakin pada janjiMu ya Allah,
Sabar itu sungguhlah indah,
Ia memberi beribu ibrah,
Untuk mengajar apa erti tabah,


Orang lain diuji dengan nyawa dan harta,
Talifonku ini berapa sangatlah harga,
Jika nak dibandingkan dengan mereka,
Tersangat jauhlah bagai langit dengan dunia.


Semoga yang mengambilnya diberi taufiq dan hidayah,
Agar menyesal dan bertaubat sebelum bertemuMu ya Allah,
Jika dia guna hasil itu untuk jalan Allah aku akan halalkan,
Jika sebaliknya kita akan bertemu di akhirat seperti Allah janjikan.
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan