~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, June 29, 2011

Azan, Iqamah, Tahnik Dan Aqiqah Menurut Kaca Mata Islam (Siri 1)


Muqaddimah:

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dapat meneruskan saki-baki kehidupan kita hari ini di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua. Amanah yang tertonggak di atas bahu-bahu kita hari ini masih tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya lagi walaupun beberapa lampu merah telah mengingatkan kita, kita tetap dalam kealpaan. Kertas kerja yang serba kekurangan ini diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak maklumat dan ilmu kepada kita semua, terutamanya mahasiswa yang akan kembali dan akan berhadapan dengan masyarakat Malaysia kelak.

Anak merupakan cahaya mata
Anak merupakan anugerah yang paling bernilai yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita. Oleh yang demikian, disunatkan bagi seorang muslim bergembira dan bersyukur kepada Ilahi. Di antara caranya ialah memberitahu saudara-mara dan sehabat handai serta jiran tetangga. Firman Allah s.w.t :

{ فبشرناه بغلام حليم }

Maksudnya: Lalu kami gembirakan Nabi Ibrahim dengan seorang cahaya mata yang penyantun dan sabar. (Surah as-Soofat, ayat 101)

Azan & Iqamah pada Telinga Bayi

Sunat diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya (bayi lelaki & perempuan). Ini untuk menjadikan pengisyhtiharan tauhid adalah perkara pertama yang memecahkan pendengarannya sewaktu dilahirkan ke dunia. الفقه المنهجى/1/ ms/492

Tetapi azan tesebut perlulah dilaungkan dengan cara sederhana (tidak terlalu kuat sehingga memudharatkan telingan bayi). Hendaklah mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah serta melafazkannya dengan cara yang betul dan sempurna. Panduan Kehidupan Muslim, ms/331.

At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abu Rafi' daripada bapanya katanya: (رأيت رسول الله –ص- أذن فى أذن الحسن بن على حين ولدته فاطمة بالصلاة ) Aku telah melihat Rasulullah s.a.w mengazankan pada telinga al-Hasan bin Ali sewaktu dia dilahirkan oleh Fatimah.  الفقه المنهجى/1/ ms/493

Begitu juga Hadis yang diriwayat al-Baihaqi ( من ولد له مولود , فأذن فى أذن اليمنى وأقام فى أذن اليسرى, رفعت عنه أم الصبيان)

Hikmah daripada azan dan iqamah ialah supaya perkara pertama yang masuk ke telinga bayi ialah kebesaran Allah s.w.t, kalimah tauhid dan syahadah serta panggilan menuju kejayaan, di samping menghalau gangguan jin dan syaitan. Selain daripada itu, ia bertujuan menjauhkan bayi daripada terkena penyakit yang dibawa oleh sejenis jin yang diberi nama oleh Rasulullah s.a.w sebagai Ummu Sibyan. Panduan Kehidupan Muslim, ms/332.

Bacaan Selepas Azan & Iqamah
Setelah selesai melakukan azan dan iqamah pada kedua-dua telinga bayi, dibaca ayat berikut pada telinga kanannya sebanyak tiga kali supaya dijauhi 'Ummu Sibyan' dan dorongan syaitan untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti zina serta terhindar dari terkena penyakit sawan. .[2] Panduan Kehidupan Muslim, ms/333

بسم الله الرحمن الرحيم
إنا أنزلناه فى ليلة القدر # وما أدراك ما ليلة القدر # ليلة القدر خير من ألف شهر # تنزل
الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر # سلام هى حتى مطلع الفجر #
بسم الله الرحمن الرحيم
إنى أعيذه بك وذريته من الشيطان الرجيم
( jika lelaki )

إنى أعيذها بك وذريتها من الشيطان الرجيم
( jika perempuan)

Kemudian dibaca ayat tersebut sebanyak tiga kali dan dihembuskan ke bahagian dada bayi agar hatinya mudah menerima segala ajaran yang baik sebagaimana di bawa oleh agama Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم
ألم نشرح لك صدرك # ووضعا عنك وزرك # الذى أنقض ظهرك # ورفعنا لك ذكرك # فإن مع العسر يسرا #
إن مع العسر يسر # فإذا فرغت فانصب # وإلى ربك فارغب #

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan