~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, December 4, 2010

Hadis Nabi s.a.w. Dan Syair Berkenaan Jenerasi Ghurabaa’...



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بدأ الإسلام غريبا وسيعوج غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء"
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam itu bermula asing, dan akan kembali asing sepertimana mulanya, maka beruntunglah orang-orang yang asing” (Sahih Muslim)

ليس الغريب هو الذى فارغ الديار ودع الاْن,
Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka dan mengucapkan selamat tinggal,
ولكن الغريب هو الذى يجد والناس من حوله يلعبون,
Tetapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main,
ويصحو والناس من حوله ينامون,
Dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya,
ويسلك درب الخير والناس في ضلا لهم يتخضطون,
Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatan tanpa arah,
وصدق الشاعر إذ يقول,
Dan betapa benarnya sebuah syair ketika ia berkata,
قال لى صاحب أراك غريبا,
Berkata kepadaku seorang sahabat “aku melihatmu sebagai orang asing”
بين هذا الأنام بدون خليل,
“Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman”
 قلت كلا! بل اللأنام غريب أنا في عالم وهذه سبيلى,
Maka aku berkata, “sekali-kali tidak! Bahkan orang banyak iitulah yang asing, sedangkan aku berada di kehidupan dan inilah jalanku,
هذا هو الغريب,
Inilah orang asing itu,
غريب عند العابثين من البشر,
Asing di sisi mareka yang hidup sia-sia di antara manusia,
ولكنه عند ربه في مقام كريم...
Tetapi di sisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia…

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة,
Ghurabaa’ tidak akan tunduk kepada selain dari Allah,
غرباء وار تضيناها شعارا للحياة,
Ghurabaa’ telah memilih jalan ini sebagai syiar dalam kehidupan,
إن تسأل عنا فإنا لا نبال بالطغاة,
Jika engkau bertanya tentang kami, sesungguhnya kami tak peduli terhadap para taghut,
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة,
Kami adalah tentera Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah terjamin,
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود,
Kami tak peduli terhadap rantai para taghut, sebaliknya kami akan terus berjuang,
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد,
Marilah kita berjihad, berperang dan berjuang dari sekarang,
غرباء... هكذا الأحرار في دنيا العبيد,
Ghurabaa’… dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina,
كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء,
Betapa sering kita mengenang hari-hari bahagia kita,
بكتاب الله نتلوه صباحا ومساءا...
Dari kitabullah yang kita baca di pagi hari dan petang hari…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan