~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, November 3, 2010

Aurat Sesama Wanita (Muslim & Non Muslim) Dari Perpektif Islam


Bismillahirrahmanirrahim...

Perempuan merupakan makhluk kejadiaan Ilahi yang amat unit, ia dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S. Rupa bentuk yang rumit ini berhajat kepada penjagaan yang baik serta terurus supaya tidak terdedah kepada bahaya. Cara pengurusan dan penjagaan yang tepat serta bersesuaian dengan naluri perempuan, pastinya yang Maha Pencipta lebih mengetahui.

Aurat Sesama Wanita (Muslim & Non Muslim) Dari Perspektif Islam:

Pada dasarnya pandangan wanita kepada wanita, sama sahaja pandangan lelaki kepada lelaki, kerana adanya persamaan jenis dan kebiasaannya tidak membangkitkan syahwat. Kadang-kadang dalam keadaan terdesak, mereka (wanita) terpaksa mendedahkan aurat sesama mereka ketika tinggal serumah, satu bilik, "se-asrama" sebagai contoh. Kerana disana pastinya terdapat kerumitan dan kesukaran yang timbul kalaulah mereka dituntut untuk memeliharanya sampai begitu sekali. Dalam keadaan begitu, Islam telah menetapkan batasan dan garis panduan yang mana aurat mereka pada ketika itu ialah diantara pusat dan lutut. Manakala dibahagian yang selain dari itu boleh didedahkan dengan syarat tidak membangkitkan syahwat rakan(sewanita) yang tinggal serumah. Dan ia akan menjadi haram sekiranya boleh menimbulkan syahwat dan berlaku fitnah.

Dalam perbahasan yang ringkas ini saya akan kemukakan beberapa pandangan ulama' supaya menjadi panduan ringkas kepada kita semua insya' Allah.

Pertama:
 
Perkara yang paling nyata disisi Jumhur Ulama' kecuali Hambali ialah, haram perempuan non Muslim (zimmi atau selainnya) yang bukan mahram melihat aurat perempuan Muslim kecuali muka dan dua telapak tangan sahaja. Dan diwajibkan kepadanya memakai hijab serta melabuhkan tudung dihadapan perempuan non Muslim sebagaimana lelaki. Ini berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 31 dan jelaslah daripada Umar r.a telah melarang ahli-ahli kitab (perempuan) masuk ke dalam bilik mandi bersama perempuan-perempuan Islam. Boleh jadi dia akan menceritakan sifat-sifat atau rupa bentuk kepada orang kafir (lelaki). Rujuk kitab al-Fiqh al- Islami wa Adillatihi - karangan Prof. Doktor Wahbah al- Zuhaili ms/2656

Kedua:

Harus bagi perempuan Islam menzohirkan atau mendedahkan perhiasannya kepada perempuan-perempuan non Muslim sebagaimana yang dibolehkan kepada perempuan Islam disisi mazhab Hambali. Rujuk kitab al-Fiqh al- Islami wa Adillatihi - karangan Prof. Doktor Wahbah al- Zuhaili ms/2656

Kesimpulannya:

Dengan apa yang berlaku hari ini dan suasana yang mendesak dengan percampuran lebih-lebih lagi mahasiswi-mahasiwi Islam yang tinggal serumah atau "se-asrama" bersama-sama siswi-siswi non Muslim saya lebih cenderung kepada pandangan yang kedua selagimana tidak menimbulkan fitnah. Ini juga menjadi satu peluang dan kesempatan untuk menyebarkan dakwah Islam dan menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka. Lagi pun Islam itu mudah dan bukannya untuk dipayah-payahkan dan juga bukan untuk dipermudah-mudahkan.

Wallahu'alam...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan