~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Friday, November 5, 2010

Hilangnya Sebuah Keutamaan Dalam Sistem Pendidikan Masakini


Dunia hari ini menyajikan kepada umat dengan pelbagai perkara dalam soal pendidikan rohani mahupun jasmani. Kita dapati pada hari ini, alam kesenian lebih terkedepan daripada segala-galanya. Lihat sahaja pada remaja dan anak-anak Malaysia khususnya hari ini, mereka lebih gemar pada nyanyian, sukan, tarian dan sebagainya tidak kira daripada agama apa sekalipun. Tidak hairanlah seandainya remaja hari ini semakin hari semakin rosak dengan alam mereka sendiri tanpa mengambil berat soal pendidikan rohani.

Kenapa ini semua berlaku? Tidak lain dan tidak bukan, bagi saya pendidikan yang pertama ialah bermula di rumah, bagaimana ibu bapa mereka membawa mereka ke arah mana. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud “sesungguhnya bayi yang baru lahir ibarat sehelai kain putih, maka ibu bapa merekalah yang mencorakkan anak-anaknya samaada menjadi Yahudi atau Nasrani”. Ini bermakna, pendidikan itu bermula di rumah, ke mana kita kayuh sampan ke situlah sampan pergi, maka didiklah anak dengan acuan Islam.

Kerajaan hari ini seolah-olah menggalakkan lagi remaja untuk menuju kerosakan dengan tidak mengendahkan hukum Allah. Sepatutnya kerajaan menghapuskan segala perkara yang boleh menjerumus anak bangsa ini daripada kecelakaan, tapi lain yang jadinya. Bukan ini sebenarnya persoalan yang saya mahu ketengahkan pada kali ini, tetapi cukuplah ia sebagai pendahuluan tulisan ini. Realitinya anak bangsa Malaysia khususnya dan negara lain amnya, kita dapati golongan remaja tidak kira perempuan atau lelaki, tidak kira muda atau tua, pemimpin atau rakyat, mereka lebih mengutamakan pendidikan jasmani berbanding pendidikan rohani yang akhirnya membawa mereka ini semakin hari semakin hilang malu dan segan untuk membuat dosa.

Lihat sahaja, baru-baru ini kita dikejutkan dengan penganjuran IFF, peruntukan untuk pembinaan kelab-kelab malam, bola sepak, rancangan si cilik, Akademi Fantasia-sia dan banyak lagi yang kita dapati dalam negara kita sahaja. Inikah negara yang diisytiharkan negara Islam? Di mana Islamnya? Adakah Islam hanya pada nama? Mana mungkin kita dapat membangunkan muda-mudi hari ini sekiranya perkara ini masih segar dan terus duberi ubat perangsang. Cuba lihat pada perlawanan akhir Piala Malaysia yang lepas, betapa ramainya golongan remaja yang berduyung-duyung ke sana untuk menyaksikan perlawanan tersebut, tapi ke manakah mereka selepas itu? Sedangkan kalau mahu dibahaskan, Pilihanraya adalah lebih penting dari itu. Ke mana? Apa sumbangan mereka untuk memenangkan Parti Islam? Kalaulah ada sekalipun, tapi tidaklah seramai yang menyaksikan Piala Malaysia tempoh hari.

Contoh lain dapat dijadikan bukti kepada kita, bilamana kita mengajak seseorang anak muda untuk mendengar kuliah agama, berusrah, ceramah dan pengajian-pengajian kefahaman Islam yang lain, berapa ramaikah mereka yang sanggup hadir? Adakah sama dengan yang hadir dalam menyaksikan perlawanan bola, akademi Fantasia dan sebagainya? Malah ada segolongan ibu bapa yang menangis anak mereka yang terkeluar dari Akademi Fantasia dan lainnya. Inikah sikap orang Islam? Maka dengan ini, berjayalah golongan-golongan orientalis melatih dan menanam dalam fikiran umat Islam hari ini. Perkara ini juga terbias dan terus menular dalam kalangan Mahasiswa/wi Islam walaupun mereka digelar mahasiswa/wi.

Apakah nilai seseorang manusia itu kerana kehebatan tubuh badannya? Pada suaranya? Pada kecantikannya? Bukankah kemantapan akalnya lebih utama dari segala-gala? Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitabnya “Fiqh Aulawiyat” bahawa, “Memang tidak dinafikan, kesihatan tubuh badan adalah penting bagi seseorang pemuda dan sebagainya, namun kesihatan rohani, ketajaman akal dan kebijaksanaan adalah kerana keimanan, ilmu dan akal fikiran yang tajam, bukan semata kerana tubuh badan yang kuat dan sihat sahaja”. Mereka yang tersenarai dalam apa jua pertandingan menjadi pujaan para remaja hari ini, mereka menyanjung dan menghormati para artis, tetapi mereka lupa pada siapa yang sepatutnya mereka sanjung, tapi mereka tidak sedar akan hakikat ini kerana mereka fikiran mereka telah dicabuli oleh Orientalis.

Akhbar, majalah, televisyen, radio dan pelbagai lagi media masa kini rancak membincangkan ragam artis dan para seniman, gaya hidup mereka, malah juka ada kematian seseorang artis, maka berita berita kematiannya akan terpampang di dada akhbar dan sebagainya sehingga ramai yang mengetahuinya. Dalam pengagihan kewangan negara misalnya, pihak kerajaan hari ini membuktikan kepada kita, mereka lebih mementingkan soal hiburan sepertimana yang saya dah sebut sebelum ini sehingga berjuta-juta jumlahnya, malangnya untuk tujuan pendidikan agama atau pembinaan umat, tidak diberikan peruntukan yang secukupnya, malah semakin berkurangan setiap tahun. Apabila ada beberapa pihak menyuarakan perkara ini, maka mereka akan jawab, kita merupakan negara majmuk, kita mahu lahirkan negara yang maju, bahkan ada yang menjawab, kita tidak ada peruntukan dalam perkara tersebut. Ini adalah rialiti bukannya fantasi.

Bilamana perkara ini berlaku, umat Islam hari ini akan lesu dan terus lesu, remaja hari ini semakin hari semakin liar diasuh dunia yang menipu dan akhirnya menyebabkan negara semakin hari semakin ramai yang melahirkan anak luar nikah, melahirkan institusi-institusi dadah, kem pemulihan akhlak, penjara untuk penagih-penagih dan banyak lagi perkara yang akan timbul. Inikah yang kerajaan hari ini mahukan? Inikah yang kita semua sebagai umat Islam mahukan? Beginikah kemajuan pada kacamata Islam? Kalau beginilah, maka sampai bila Islam tidak akan naik dan negara akan hancur lebur serta bala Allah akan menyusuri. Maka insaflah wahai remaja, wahai ibu bapa, wahai anak bangsa, kita semua masih ditipu dan dijajah oleh Orientalis. Sedarlah dan terus bangkit menentang kezaliman ini agar kita selamat dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, dengan akal yang Allah kurniakan ini, gunakanlah dan pertimbangkanlah yang mana lebih aula (utama) untuk membangunkan ummah. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memang mengambil berat soal pendidikan ini agar umat Islam tidak lagi mengikuti manhaj yang dibuat oleh Barat yang selalu cemburu kepada Umat Islam. Kesemuanya perlu diselarikan, bukan memantapkan dari satu sudut dan mengabaikan dari sudut yang lain. Wahai pemuda, mantapkanlah fikrahmu dengan menyibukkan soal belajar, berusrah, bertalaqqi, berpersatuan seterusnya bangunkanlah umat ini dari lamunan kenikmanatan dunia. Baiki diri kamu dan serulah insan lain menuju jalan yang diredhai Allah Ta’ala. wallahu A'alam...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan