~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, December 4, 2010

Muharram Kembali Lagi…



Alhamdulillah,beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan tahun baru Islam (Hijrah). Persoalannya, ke manakah kita menggunakan umur yang Allah Ta’ala kurniakan kepada kita selaku hambanya selama ini. Sekiranya kita menggunakannya ke arah kebaikan dan berfaedah kepada diri dan Islam, maka ia amatlah baik dan bermakana, jika sebaliknya, maka sama-sama bertaubat dan insaf dari perkara yang tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada kita di dunia dan akhirat.

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Makkah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah s.w.t. melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Kota Makkah. Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Kelebihan Bulan Muharram Yang Dipetik Dari beberapa Hadis Nabi s.a.w:
1)                  Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

2)                  Dari Abu Qatadah al-Ansori r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya seorang tentang puasa hari arafah, jawab Baginda maksudnya: “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi s.a.w. ditanya pula tentang puasa hari asyura, jawab Baginda s.a.w. maksudnya: “semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu”. (Sahih Muslim)

3)                  Dari Aisyah r.ah. katanya “biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpusa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa, ketika Baginda s.a.w. tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga”. (Sahih Muslim)

4)                  Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari asyura, Nabi bertanya, “Hari apa ini?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik, pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Perkara Yang Disarankan Dalam Menyambut Awal Muharram:
1)                  Membaca doa akhir tahun iaitu selepas solat asar atau sebelum azan maghrib. Dibaca doa ini diulang sebanyak 3 kali. Berdoa merupakan amalan yang teramatlah digalakkan dalam Islam, Allah Ta’ala berfirman maksudnya “berdoalah padaku, sesungguhnya aku akan perkenankannya”. Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya “doa itu adalah perisai bagi orang Mukmin”. Maka, bilamana tibanya saat akhir tahun hijrah ini, sama-sama kita berdoa supaya Allah menerima amalan kita yang lepas dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu, Insya Allah.

2)                  Membaca doa awal tahun hijrah, doa ini dibaca selepas sahaja berkumandangnya azan maghrib dan diulang sebanyak tiga kali. Kita sama-sama berdoa agar tahun baru yang kita akan tempuh ini mendapat Rahmat dan penjagaan Allah setiap masa.

3)                  Memperbanyakkan sedekah, amalan-amalan sunat, bertaubat dari dosa yang lalu dan berazam untuk berubah dari jahat kepada baik, dari baik ke arah lebih baik dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan