~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Thursday, May 10, 2012

Kenapa Jamaah PAS & Jamaah Islam Di Seluruh Dunia Wujud???



Apa yang kita semua mesti sedar bahawa, Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupaka sebuah Jamaah Islam yang syumul. Dasar perjuangan PAS adalah al-Quran & al-Sunnah. PAS adalah sebuah jamaah yang di dalamnya punyai Tarbiah, Dakwah & Siasah (politik). Tarbiah dan Dakwah adalah alimen yang terpenting dalam PAS, Siasah pula menjadi pendekatan kepada parti ini untuk memastikan parti-parti lain seperti UMNO menjadi parti pembangkang dan dapat dihapuskan pada masa akan datang. Kenapa nak hapus UMNO-BN? Kerana parti inilah yang merosakkan kesucian Islam dan merosakkan pemikiran rakyat dari landasan kefahaman Islam yang sebenar dulu hingga kini dan mungkin selamanya.

Apabila kita faham PAS merupakan satu Jamaah Islam, maka tertolaklah tohmahan dari pihak yang "tolol" mengatakan PAS sudah hilang Tarbiah, sudah lari dari matlamat asal perjuangan dan mengatakan PAS melebihkan Siasah dari Tarbiah dan Dakwah. PAS dulu kini dan selama-lamanya akan meneruskan misi dan visinya yang murni untuk terus maju dan terus berkembang di persada antarabangsa demi menegakkan Syariat Islam sepertimana yang dikehendaki Islam. Jangan ada dalam kalangan kita yang masih tidak mengerti dan tidak mengakui hakikat ini. PAS dulu kini dan selamanya DIPIMPIN oleh para Ulama' yang Sufi lagi Haraki. Di dalamnya terdapat Majlis Syura Ulama' yang menjadi tulang belakang utama Jamaah ini.

Jamaah PAS ditubuhkan bukan di atas dasar TIDAK PUAS hati, bukan di atas dasar semangat Nasionalisma sepertimana UMNO, bukan kerana pengaruh-pengaruh luar, tidak juga tertubuh secara spontan, TETAPI Jamaah ini ditubuhkan atas dasar kesedaran dan kefahaman Islam. Kerana dasar dan kesedaran Islam yang wujud di dalam diri para Ulama' terdahululah, maka PAS ditubuhkan. Jika masih ada yang mendakwa PAS ditubuhkan di atas dasar SELAIN yang disebut, maka usahlah berdebat dengan mereka, kerana mereka JAHIL dan BUTA sejarah perjuangan Ulama' Tanahair terdahulu. 

Sama juga dengan Jamaah-Jamaah Islam yang lain seperti Ikhwan Muslimin di Mesir, Syria, Jorden dan beberapa buah negara lagi, Jama'at Islami di Pakistan dan banyak lagi Jamaah-Jamaah yang wujud di seluruh dunia. Kewujudannya bukan di atas dasar tidak puas hati, spontan dan sebagainya, Ia diwujudkan di atas dasar kesedaran Dakwah Islamiah kerana melihat kebobrokan dan kefasadan yang dibawa oleh pemimpin mereka pada ketika itu. Sekalipun mereka tidak mewujudkan Jamaah Islam seperti PAS, Ikhwan Muslimin dan sebagainya, yakinilah bahawa, Allah TIDAK sesekali membiarkan bumi ini gelap gelita dipayungi pemimpin yang zalim lagi jahil dan tidak mahu melaksanakan Syariat Islam dalam pentadbiran negara. 

Jika kita malas nak bekerja, malas nak berjuang, takut nak berjuang, tidak mahu bersama Jamaah Islam, maka ingatlah!!! Allah Ta'ala telah berjanji di dalam al-Quran akan menggantikannya dengan golongan yang lebih kasih dan cinta kepada Allah Ta'ala dan Allah juga cinta dan kasih terhadap mereka. Allah tidak sesekali membiarkan Agama Islam hancur dan luntur tanpa mengutuskan tentera-tenteranya yang ikhlas berjuang. Antara ciri mereka yang berjuang di jalan Allah Ta'ala yang terdapat dalam al-Quran adalah, mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berlemah lembut sesama Muslimin dan bersikap tegas dengan golongan kafirin, mereka juga berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut dengan celaan orang yang mencela. 

Ingatlah, setiap detik, zaman dan ketika Allah Ta'ala akan menghantar tentera-tenteraNya untuk menegakkan kalimah Allah Ta'ala di muka bumi ini, maka jadilah kita di antaranya. Jangan sesekali jadikan alasan itu dan ini dalam memperjuangkan Agama Allah Ta'ala. Soal rezeki dan kehidupan, seluruhnya adalah milik mutlak Allah Ta'ala. Jadilah kita seperti air yang mengalir, disekat di sebelah kiri, mengalir pula ke sebelah kanan, disekat di sebelah kanan akan mengalir pula ke arah lain, di sekat di sekeliling akan terus mengalir dan melimpah, lalu tidak ada yang dapat menyekat lagi. 

Sama-sama kita doakan agar perjuangan yang kita dokongi dan sokong ini dapat merialisasikan visi dan misinya dan yakinlah pada pertolongan Allah Ta'ala. Semoga Allah Ta'ala menetapkan hati dan telapak kaki ini dalam medan perjuangan ini dan terus berjuang hingga ke akhirnya. Adat perjuangan samada peroleh kemenangan ataupun peroleh syahid fi sabilillah. Untuk peroleh kesemua itu, kita jangan malas, jangan takut dan jangan gementar berdepan dengan musuh-musuh Islam dan musuh yang ada dalam diri kita. Saat kemenangan Islam di seluruh dunia sudah semakin terserlah dan sangat hampir dengan kita, syaratnya kita mesti berjuang dan terus berjuang. Siru A'ala Barakatillah, semoga perjuangan kita dokongi ini diredhai dan diberkati Allah Ta'ala selalu. Pastikan Tarbiah ruhiah, a'qliah dan jasadiah ditingkatkan dari semasa ke semasa agar tidak mudah lumpuh dan runtuh dilantung badai. Sekian, wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan