~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 15, 2010

Perpustakaan Iskandariyah


Pandangan Luar Perputakaan Iskandariyah
Iskandariyah juga terkenal dengan perpustakaannya yang merupakan perpustakaan pertama sekaligus terbesar di dunia. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang lengkap dan bertahan hingga seribu tahun lamanya serta berkembang menjadi pusat pembelajaran terhebat di dunia pada masa itu. Bahlan sampai ke saat ini masih termasuk deretan perpustakaan besar dunia.

Perpustakaan ini didirikan pada tahun 323 SM oleh Ptolemi I. Penguasa yang digelari Soter ini adalah panglima militer yang sangat mencintai ilmu. Hingga masa Ptolemi III, sekitar 700,000 buah buku tersimpan dalam perpustakaan Alexandria. Di Alexandria pula, Euclides, Archimedes, Erathosteses, dan ilmuan-ilmuan besar lainnya yang meletakkan dasar pengetahuan bagi umat manusia pernah menghabiskan sebahagian hidupnya.

Dikatakan, perpustakaan ini memiliki 700,000 gulungan papyrus berbanding pada abad ke-14, perpustakaan Sorbonne yang dikatakan memiliki koleksi terbesar di zamnnya hanyalah memiliki 1700 buku. Para penguasa Mesir begitu bersemangat untuk memperbanyak koleksi mereka sehinggakan mereka memerintahkan prajurit-prajurit untuk menggeledah kapal yang masuk ke mesir yang membawa naskah. Jika ada naskah yang ditemui, mereka mengambilnya dan menyimpan seterusnya mengembalikan naskah salinan kepada tuannya. Menurut beberapa sumber, ketika Athena meminjam naskah-naskah drama klasik Yunani asli yang tidak ternilai kepada Ptolemeus III, ia berjanji membayar wang jaminan dan menyalinnya. Tetapi Raja tersebut menyimpan yang asli dan mengembalikan salinan sahaja serta wang tersebut Raja tidak mengambilnya kembali.

Sewaktu tentera Islam di bawah panglima Amir bin al-Ash menakluk Mesir pada tahun 640 (abad 20 H), perpustakaan Alexandria mungkin sudah sudah tiada. Para cendikiawan masih berbincang tentang bagaimana dan di mana tempatnya pustaka itu hilang. Namun sebahagian besar sejarawan behawa perpustakaan tersebut musnah ketika Julius Caesar menyerang Mesir pada tahun 48 SM. Perpustakaan Alexandria musnah dibakar, dan tidak kurang dari 400,000 buku hangus menjadi abu. Selepas itu, Caesar meminta maaf atas kelakuan tenteranya membakar perpustakaan tersebut dan menghadiahkan 200,000 buah buku yang dikirim dari Rom kepada Cleopatra, selepas itu maka terjalinlah kisah cinta mereka.

Setelah pembakaran tersebut, perpustakaan Alexandria tidak terurus lagi. Menjelang tahun 1990-an barulah UNESCO bersama dengan Pemerintah Mesir membangun kembali perpustakaan pertama di dunia itu, Bibliotheca Alexandri. Lokasi perpustakaan sekarang ini berhampiran dengan lokasi yang dimana berdirinya dahulu.

Sekarang, perpustakaan Alexandri telah berdiri megah dan menjadi salah satu perpustakaan terbesar dan termodern di dunia. Di sana tersimpan jutaan buku, 500 komputer untuk mengakses litaratur secara digital dan ruang membaca yang boleh menampung 1,700 orang dalam satu masa. Di halaman depan perpustakaan dibina patung Alexandria The Great, sebagai penghormatan kepada pendiri kota Alexandria itu.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan