~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Friday, November 12, 2010

Bila Hati, Akal Dan Mulutku Berbicara…



Kekadang hati selalu bertentangan dengan pendapat akal dan mulut. Akal selalu ditipu dan dihasut oleh syaitan yang memang dengki kepada anak Adam. Hati ini selalu mendidik akal supaya jangan berfikir perkara pelik-pelik yang tidak digalakkan oleh Syara’, apatah lagi perkara yang haram. Mulut ini pula selalu dikawal oleh hati, tetapi kekadang terlepas juga si mulut ini berbicara kekadang dapat dijaga dan senyap tidak terkata. Nasiblah si hati ini pernah dididik dengan tamrin, dengan tarbiah, dengan tazkirah, ceramah dan sebagainya supaya menjadi hati yang tabah dan Redha dengan ketentuan Allah. Tetapi kekadang juga ia tetap terasa, mungkin disebabkan bekalannya masih belum cukup untuk melawan arus hari ini.

Diriku ini mengerti, setiap hamba yang mukallaf memang tidak lari dari ujian dan rintangan dalam hidup. Memang Allah s.w.t sudah nukilkan dalam al-Quran sudah seribu empat ratus tahun lebih. Bila mula-mula sampai di Mesir, abang-abang tidak lekang di bibir menasihatkan kepada kami adik-adik tahun satu bahawa bumi Mesir digelar bumi Ambiya’, bumi Firaun serta bumi Kinanah (panahan). Bukan kerana datang sini kena panah, tetapi bumi yang tidak boleh bercakap sembarangan (celupar mulut). Bila dalam satu program, dalam sesi taklimat rumah, aku diberitakan dapat rumah tetap bersama satu orang sahabat dan seorang lagi hanya sementara. Bila datang ke rumah baru dengan hati yang seronok, ada la abang-abang yang sudah tinggal di rumah ni beberapa orang dan dikhabarkan ada lagi tiga orang yang belum datang kerana balik bercuti sehingga ke hari ini.

Beberapa minggu lepas, sahabat yang serumah telah berpindah ke tempat lain, jadi tinggallah kami di sini seramai empat orang, tetapi sahabat yang sorang lagi memang jarang sekali lekat di rumah pada waktu itu. Alhamdulillah hati aku pada ketika itu tidak terasa apa-apapun dengan pemergian sahabat serumah kerana aku berjanji pada diriku supaya jangan bersedih dengan ujian. Beberapa hari yang lepas pula, aku dikhabarkan sahabat aku yang duduk di sini hanya sementara yang telah ditetapkan oleh persatuan di sini dapat rumah baru. Jadi tinggallah dua orang di rumah ini, pada asalnya tiga, tetapi sahabat yang sorang lagi sering keluar, mungkin ada urusan lain (husnuzzan). Nasibla diriku ini mempunyai Naqib yang perihatin dan baik hati pada adik-adik usrah sudi menemani diriku ini di sini. Terima kasih buat Naqibku (ustaz Yusran).

Pada malam ni pula, ahli bait yang sudah menamatkan pengajian di sini yang berasal dari Pahang, pulang ke Malaysia untuk menyambung perjuangan di sana. Aku doakan semoga ustaz Aidin dapat meneruskan kesinambungan perjuangan Islam di sana dan thabat dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah. Justeru, pada malam ni tinggallah diriku berseorangan, tiada yang menemani. Sepatutnya kami di sini, pada setiap hari jumaat wajib diadakan usrah, tetapi Naqib bagitahu ada gerak kerja lain yang perlu diutamakan terlebih dahulu dan usrah ditangguhkan. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini untuk menghadapi ujianmu ini.

Bila bercerita tentang perkara ini, maka teringatlah pada suatu ketika dahulu, nasibku sekarang ni lebih kurang dengan yang dulu sewaktu belajar di DQ. Masa semester satu, ada kawan sebilik, tetapi kawan sebilik yang dulu sering juga tiada di bilik dan akhirnya sahabat sebilikku diminta untuk keluar dari DQ oleh pihak pentadbiran kerana sebab-sebab tertentu yang dilakukannya. Kenangan DQ dulu lebih kuranglah dengan kisah berada di Mesir, sering ditinggalkan, sering berada berseorangan kerana sahabat berpindah, dipindahkan, balik kerana tamat pengajian dan sebagainya. Masa di DQ dulu, ketika waktu cuti semester, kebanyakannya balik kampung dan aku juga balik kampung, kalau di DQ aku sering ditinggalkan dan tinggal berseorangan di bilik, tetapi masa berada di kampung, aku pula yang tidak lekat di rumah, selalu saja keluar, ada saja kerja mahu dibuat. Pergi situ, pergi sini, nasibla dapat Ibu dan Ayah yang memahami gerakerja si anak dan tidak terlalu risau kerana aku  tidak pernah mungkir pada keduanya, kalau ada pun sangat sikit dan aku minta maaf padanya. 

Kekadang hati ini rasa kesepian dan sedih pun ada juga datang, almaklumlah la jiwa manusia biasa. Tinggal berseorangan di tempat orang memang tidak sama dengan tempat sendiri, kekadang rasa risau, kekadang terfikir itu dan bermacam-macam. Lagipun, bila berseorangan ni tiada siapa yang dapat lihat kecuali Allah Ta’ala. Bila mengingatkan kisah lama, mengalirlah air membasahi pipi, ya Allah, tabahkan hatiku ini menghadapi ujian Mu. Beberapa hari lepas, bila talefon, tanya khabar Ma, Abah dan adik beradik di kampung, ma tanya, duduk ngan sapa? Aku tidak tahu nak cakap apa, takkan nak tipu, aku cakap sekarang ni tinggal ngan kawan tapi kawan serumah kekadang balik awal, kekadang balik lewat dan kekadang tidak balik langsung dan terpaksalah tinggal berseorangan, lepas tu tanya lagi si Ibuku, dengan siapa pergi ke kuliah, masjid?, aku jawablah dengan hati yang jujur, pergi berseorangan, kalau ada kawan berjalanlah bersama. Ma kata padaku “ma tak tahu nih, jang dok sana sore”. Aku jawab serta pujuk hati Ibuku, “tak pe ma, sini tak sama ngan tempat lain, sini orang semua baik-baik, jangan risau la, Insya Allah, kalau kita tolong Agama Allah, Allah akan tolong kita”. Inilah naluri seorang Ibu, tidak mahu melihat anaknya dalam keadaan kesusahan, lagilah yang berada berjauhan. 

Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya “adakah kamu menyangka kamu sudah beriman, sedangkan kamu belum diuji?”. Dalam ayat lain Allah berfirman, maksudnya “jika kamu tolong Aku (Allah) Aku akan tolong kamu” Inilah bukti Allah s.w.t. melontarkan pertanyaan dan kata-kata semangat seolah-olah terkena pada diri ini. Dan diriku berjanji dengan hatiku ini supaya, apa saja halangan yang menimpa, dugaan yang mendatang, sabarlah, sabarlah, itu ujian Allah, ujian Allah ada hikmah di sebalinya. Jangan risau, kalau kamu masih dan tetap beriman, Allah akan tolong kamu, Allah akan bantu kamu. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. Jangan takut duhai hati, jangan gerun, jangan menangis wahai diri, jangan bersedih, Allah tetap bersama selagi kamu beriman kepada Allah walau manusia tiada di sisi. Allah adalah segala-galanya, manusia adalah makhluk, Allah sahaja yang berkuasa, ingat Allah selalu dalam hati. Inilah bebarapa perkara sebagai pendidik hatiku ini supaya tidak kecundang dan tetap tabah.

Perkongsian yang saya tuliskan ini bukanlah untuk menagih simpati dari sesiapa tetapi sebagai nota buat diri ini terutamanya. Sebenarnya, jiga nak dimuatkan di sini, maka terlalu banyak, culuplah sekadar ini sahaja lantas menghiburkan hati ini. Jika ada manfaat yang boleh diambil oleh pembaca, amalkannya dalam kehidupan. 

Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini, tetapkanlah Imanku ini, teguhkanlah pendirian hambaMu ini supaya tidak kecundang di pertengahan jalan… bak kata Nazri johani dalam Nasyid beliau sebagai muhasabah bersama: wahai Tuhanku yang Esa, bila kenangkan koharMu, rasa gerun di hatiku, kerana takutkan siksaMu, hambamu rasa berputus asa, siapakah dapat bersihkan diri, dari segala, dosa yang memburu, setiap hari setiap ketika… tika mengenang GhafarMu, putus asa tiada lagi, semangatku pulih semula, harapanku subur kembali, ujian menimpa, menekan di jiwa, tak sanggup meneruskan perjuanganku, mehnahMu itu, penghapus dosaku, mengganti hukumanMu di akhirat… diwaktu mengenag RahmatMu, terasa diri kurang bersyukur, padaMu harusku memohon, moga syukurku bertambah, alangkah susahnya, mendidik nafsuku, yang tidak melihat kebenaranMu, ya Allah Tuhanku, bantulah hambamu, dalam mendidik jiwaku ini…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan