~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Thursday, December 1, 2011

Benarlah Janji Allah: Kemenangan Islam Makin Hampir


Segala puji bagi Allah s.w.t. yang menciptakan alam ini dengan tiada dibantu oleh sesiapa, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat serta para pejuang agama Allah Ta'ala seluruhnya. Benarlah janji Allah s.w.t. kepada mereka yang benar-benar ikhlas berjuang menegakkan Islam dengan dihadiahkan kemenangan buat mereka. Mereka sabar dengan ujian, mehnah tribulasi dan rintangan yang Allah berikan kepada mereka tanpa mengeluh, resah dan gelisah, malah mereka lebih kuat. Mereka yakin dengan janji Allah bahawasanya Allah Ta'ala tidak sesekali memungkiri janji. 

Beberapa siri pilihanraya yang berlaku di beberapa buah negara dan yang terdekat, keputusan pilihanraya Parlimen di Moroko empat hari lepas (27 Nov 2011) telah berpihak kepada Hizbul Hurriyah Wat Tanmiyah (Parti Islam) yang dipimpin oleh Abdul Ilah Bin Kiran dengan meraih 107 dari 395 kerusi Parlimen, dan kemenangan Parti Islam di Tunisia beberapa bulan yang lepas. Tidak mustahil bagi Allah untuk memberi kemenangan sedemikian kepada Hizbul Hurriyah Wal A'dalah di bumi Mesir yang mewakili Jamaah Ikhwan Muslimin. Lagipun bacaan terkini Hizbul Hurriyah Wal A'dalah telah mendahului Parti-Parti lain sebanyak 47% buat pusingan pertama yang melibatkan beberapa tempat di mesir antaranya, Kaherah, Iskandariah, Kafru Shekh dan beberapa tempat lain lagi. 

Inilah buat kali pertama yang menyaksikan kepada dunia berlakunya Pilihanraya yang telus, A'dil dan BERS✔H serta tiada penipuan selepas kejatuhan Rejim Mubarak pada 25 Januari 2011 yang lalu di bumi Mesir. Rakyat bangkit tatkala para pemimpinnya meninkmati kemewahan dan rakyat pula terpaksa 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' malah lebih teruk dari itu. Rakyat sudah muak dengan janji-janji palsu pemimpin mereka. Tahun 2011 merupakan tahun reformasi rakyat Timur Tengah dan ini memberi petanda awal kebangkitan Islam di seluruh negara termasuklah Malaysiaku tercinta. Jangan ingat kamu ada kuasa mampu buat semuanya. Ingatlah juga kami sebagai rakyat jelata mampu menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dusta akhirnya membuatkan kamu sengsara lebih dari mereka. Ingat wahai pemimpin tertinggi Malaysia, jika tuntutan-tuntutan BERS✔H 2.0 baru-baru ini tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, maka tunggulah hadiah BERS✔H 3.0 pula di Dataran Tahrir versi Malaysia.

Inilah kali pertama rakyat Mesir keluar beramai-ramai dengan gembiranya untuk memberi sokongan dan memilih calon-calon mereka. Sebelum ini mereka DITIPU, DIKHIANATI, DIHASUT, DIZALIMI oleh pemimpin mereka. Pilihanraya Mesir kali ini juga agak berbeza dengan Malaysia antaranya:

1- Pemuda yang berumur 18 tahun wajib membuang undi, Malaysia 21 tahun.
2- Pejumlahan undi dikira sendiri oleh hakim bukannya guru-guru atau rakyat biasa.
3- Tarikh pilihanraya sudah diumumkan beberapa bulan lebih awal sebagai persediaan setiap parti yang bertanding.
4- Sekiranya ada individu yang gagal membuang undi, mereka akan dikenakan denda sebanyak LE500 oleh hakim.
5- Rakyat yang berada di luar negara boleh mengundi melalui kedutaan-kedutaan di setiap negara.
6- Media bebas dari doktrin-doktrin sebelah pihak sahaja dan banyak lagi.

Bangunlah wahai ummat Islam semua dari genggaman musuh-musuh Islam dan majukan langkahmu demi menegakkan Islam yang tercinta. Jangan takut pada penzalim dan pengkhianat yang dihiasi kemewahan yang hanya buat seketika. Justeru, marilah kita sama-sama dan bersama-sama doakan dan sama-sama berjuang agar nikmat kemenangan ini juga dapat dinikmati oleh rakyat malaysia demi memastian tertegaknya Islam di bumi Malaysia khususnya dan seluruhnya untuk mengembalikan Islam ke puncaknya di suatu hari nanti, Insya Allah. Yakinlah pada janji Allah bahawasanya Islam akan bangkit semula dan pastikan kita antara tangan-tangan yang turut memberi sumbangan kepada tertegaknya Islam, Jangan hanya melihat dari jauh, memberi komen dari jauh lalu tidak membuahkan apa-apa natijah. Saya berharap selepas ini tiada individu yang mengulas kebangkitan Islam di Mesir dengan kenyataan yang tidak betul dan memperlekehkan perjuangan serta mempertikaikan pelaksanaan yang telah diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Parti Islam Semalaysia (PAS). 


Buat akhirnya saya peti dari kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab yang bermaksud “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam maka kita mendapat penghinaan daripada Allah S.W.T". Oleh itu, teruskan perjuangan atas dasar Islam yang sebenarnya, jangan sesekali mengikut jejak langkah musuh-musuh Islam. Berjuang Bersungguh-Sungguh Tidak Semestinya Menang, Tetapi Pra Syarat Untuk Mendapat Kemenagan, Kita Mesti Berjuang. Allahu Akbar!!! Sekian...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan