~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 28, 2011

Pilihanraya Mesir Berjalan Dengan Telus, Bersih Dan Adil


Hari ini bermulalah Pilihanraya Umum Mesir peringkat pertama untuk memlilh ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara yang baru kesan dari revolusi Mesir pasca kejatuhan rejim Mubarak. Pilihanraya yang mempunyai 6 peringkat dijangka tamat pada 21 januari 2012. Sembilan buah negeri termasuk Kaherah mendahului pemilihan peringkat pertama di Mesir yang melibatkan seramai 17.5 juta pengundi.

Rakyat yang berusia 18 tahun keatas layak dan wajib membuang undi di hampir 3500 pusat pengundian yang dibuka pada hari ini. Kegagalan mereka membuang undi akan dikenakan denda oleh pihak mahkamah sebanyak LE500. 14 ribu orang jentera SPR telah bersedia bertugas dengan dibantu oleh ribuan tentera dan polis dalam menjaga keamanan sepanjang pilihanraya berlangsung. Sebanyak 553 buah ambulans juga telah disediakan untuk menghadapi sebarang kumungkinan.

Pertama kali dalam sejarah Mesir setelah kejatuhan Mubarak, Rakyat Mesir di Luar negara dibenarkan mengundi untuk memilih pimpinan mereka. Dijangkakan lebih 8 juta rakyat Mesir di laur negara akan membuang undi mereka melalui konsul Mesir dan melalui sistem E-undi. Penggunaan dakwat kekal juga dikekalkan dalam memastikan ketelusan SPR dapat diyakini oleh rakyat.

Di Kaherah menyaksikan pertandingan sengit diantara puluhan parti dan ribuan calon untuk merebut 54 kerusi parlimen. 1/3 dari kerusi tersebut atau sebanyak 18 kerusi akan dipilih melalui calon individu (fardy) dari 9 kawasan yang dipertandingkan. Manakala 2/3 kerusi atau 36 kerusi dipilih melalui calon berparti (qoimah) dari 4 zon besar. Ikhwan Muslimin dengan partinya Al-hurriyah Wal a'dalah dijangka menang besar kali ini.

Parti Huriyyah Wal A'dalah berjaya bertahaluf dengan 10 parti lain yang dikenali tahaluf demokrasi. Pakatan ini adalah antara pakatan terkuat yang dilihat mempunyai harapan besar rakyat. Parti ini adalah parti teramai yang telah menempatkan calon mereka di seluruh Mesir. Seramai 40 ribu sukarelawan Ikhwan di Kaherah sedang bertugas membantu keselamatan di kawasan-kawasan pilihanraya dalam memastikan proses PRU tidak diganggu oleh fulul watany. Keputusan pilihanraya setiap peringkat akan diketahui selepas 12 jam setelah tamatnya pengundian setiap peringkat.

Mohd Firdaus Madzlan.
28 November 2011.
Slogan Parti Alhurriyah Wal Adalah.
معا نحمل الخير لمصر.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan