~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, January 17, 2011

Jika Para Sahabat Nabi s.a.w. Digelar Bintang-Bintang, Cukuplah Aku Menjadi Anak-Anak Bintang



Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya “sahabat-sahabatku ibarat bintang-bintang, sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka, maka dia akan mendapat petunjuk”. Kerana apa? Kerana para sahabat Nabi lah yang menjadi petunjuk kepada ummah selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak mahu mengikuti jejak langkah mereka, nescaya dia akan sesat, dia mudah rebah dan di akhirat sana akan mendapat kehinaan.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata kepada rakyatnya ketika dia menjadi khalifah yang maksudnya “kita dimuliakan dengan Islam, sesiapa yang mengambil kemulian selain dari Islam, maka Allah akan hina mereka”. Sekarang ini para sahabat Nabi s.a.w. sudah tiada, maka siapa pula yang kita kena ikut? Setiap persoalan yang timbul dan keraguan di hati manusia hari ini memang sudah dijawab oleh Rasulullah dan pengikutnya sejak 1432 tahun dahulu lagi. Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya “ulama’ ialah pewaris kepada Nabi-Nabi”. Dalam hadis qudsi, Allah Ta’ala berfirman, Nabi s.a.w. menyebut yang mafhumnya “sesiapa yang memerangi penolong-penolongKu (Nabi dan Rasul dan Ulama’) maka Aku isytihar perang ke atasnya”.

Dunia hari ini ramai manusia yang tersasar dari jalan yang sebenar, mereka menolak al-Quran dengan senyap-senyap dan terang-terang, mereka mengatakan al-Quran tidak sesuai lagi di zaman ini, al-Quran hanya sesuai di zaman kuno, mereka mengatakan Islam tidak waqi’iyyah dan pelbagai lagi. Inilah fikrah yang ditanam dan dikehendaki penjajah fikrah di abad ini (sekularisma) dan telah tersebar dan telah ditanam di dalam fikrah pemimpin-pemimpin negara seluruhnya, Malaysia khususnya. Pemikiran inilah yang perlu diperbetulkan para Da’e. Siapa pula para Da’e? Da’e ialah mereka yang menganut agama Islam dan diberi kefahaman oleh Allah kepada mereka akan hakikat Islam. tidak kira dia dari profesion mana sekalipun, bila diberi kefahaman Islam yang sebenar kepadanya, maka dia wajib menyampaikan kepada orang lain, bukan hanya mengambil sikap berdiam diri. Untuk lebih lanjut, lihatlah perbahasan ulama’-ulama’ haraki moden.

Inilah impian diri ini untuk memperbetulkan keadaan manusia yang kian musnah di tebing kehancuran. Dalam memikul amanah dan risalah Islamiah memang tugas yang teramat berat untuk dipikul. Tugas ini memerlukan jiwa-jiwa yang kental, memerlukan pengorbanan dari sudut jiwa raga, harta dan seluruhnya untuk Islam dan balasannya akan diterima oleh mereka yang ikhlas berjuang dalam Agama ini adalah syurga yang tidak ternilai harganya dan nikmatnya. Sehinggakan Nabi s.a.w. sendiri beruban bila menerima wahyu dari Allah s.w.t. (surah wa akhawatuha, antaranya al-Waqiah dan surah berkaitan kiamah). Sebagai motivasi para pejuang Islam tidak lain tidak bukan dengan memantapkan Ilmu, memantapkan Ibadah dan menjadikan sirah perjuangan para ummat terdahulu, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam terdahulu. Mereka menginfakkan bukan sekadar harta, tetapi mereka mewakafkan keseluruhan jiwa raganya untuk Islam, mereka tidak berfikir panjang bila diseru untuk ke medan perjuangan.

Duhai pemuda-pemudi Islam dan pejuang-pejuang Islam, janganlah kamu asyik berjidal dalam perkara-perkara furu’ (cabang agama) sehinggakan menimbulkan perpecahan kepada beberapa kumpulan yang tidak sedikitpun membantu perjuangan ini. Inilah pesanan Dr. Yusof al-Qaradhawi kepada ahli gerakan Islam di abad ini. Zaman ini memerlukan kesatuan Islam untuk mengembalikan khilafah Islam yang kian lama hilang. Selagimana Islam tidak dapat ditegakkan, selama itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa sekiranya tidak membuat kerja dan tidak membantu gerakan-gerakan Islam.

Adakah diri ini mampu untuk meneruskan kesinambungan ini? Insya Allah, semoga Allah Ta’ala menolong diri ini dan sahabat-sahabiah untuk terus thabat dan terus memberi sumbangan kepada Islam selagi nyawa dikandung badan. Jangan takut pada provokasi, jangan gerun dengan gertakan-gertakan dari musush-musuh Allah, teruskanlah berjuang, sekali melangkah, tidak sekali-kali berundur untuk meninggalkan perjuangan ini. Selamat berjuang, sama-sama kita doakan supaya kita tergolong dalam golongan yang ikhlas berjuang di dalam Islam. Hidup dan mati hanya untuk Allah Ta’ala… Allahu Akbar!!!


0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan