~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, January 10, 2011

Sedarlah Wahai Rakyat, Jangan Lagi Tertipu!!!



Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagi Allah Ta’ala yang menciptakan alam ini dan mentadbir alam ini tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Selawat dan salam keatas Nabi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para ahli keluarganya, para sahabat baginda yang diredhai Allah ke atas mereka dan para ulama’ serta pejuang-pejuang agama Allah Ta’ala. Syukur kita kepada Allah kerana hari ini dapat lagi kita hidup dalam nikmat Islam yang dikurniakan Allah, seandainya tiadanya Islam, bagaimanakah kita pada hari ini? Adakah masih dapat menunaikan solat dan beribadah sebagai tanda taat dan patuh pada perintah Allah serta rasa syukur di atas apa Allah ciptakan?

Sejarah menyaksikan bahawa, kejatuhan khilafah Islamiah ke tangan kuffar la’natullahi alaih bukanlah kerana Islam itu lemah, bukan juga kerana kuffar itu kuat, akan tetapi kerana adanya dalang dari kalangan umat Islam sendiri yang mempunyai sifat munafiq dan membantu kuffar dalam misi meruntuhkan pemerintahan Islam sejak zaman berzaman. Kejatuhan pada tahun 1924 M bukanlah tahun yang sebenar, malah kejatuhan itu berlaku sebelum dari tahun itu lagi akan tetapi pada tahun 1924 M adalah tahun rasminya. Bilamana jatuhnya khilafah dari penguasa Islam, maka hancuk ranaplah ketamadunan dan peradaban Islam yang telah ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Apabila hilangnya kerajaan atau khilafah Islamiah, maka muncullah golongan-golongan yang ingin dan rasa bertanggungjawab dalam mengembalikan semula khilafah ini ke tangan pemerintahan Islam. Antara ulama’ yang masyhur bangkit memberi kesedaran kepada umat seluruhnya ialah, al-Syahid Hasan al-Banna. Dailah yang menubuhkan Ikhwanul Muslimin dan akhirnya di tembak oleh kerajaan Mesir dan jenerasinya telah dilahirkan dan jenerasinyalah yang meneruskan perjuangan suci. Para pejuang Islam walau ditembak, dihukum bunuh, dibuang daerah dan pelbagai lagi ancaman demi menghentikan seruan suci, dia tidak gentar walau sedikit, malah semakin kuat untuk terus berjuang. Kita bagaimana???

Justeru, tugas menyambung rantai-rantaui perjuangan ini tugas siapa??? Tidak lain dan tidak bukan ialah tugas semua umat Islam terutama golongan yang diberi kefahaman kepadanya tentang Islam. Tugas suci ini tidak hanya terpundak di atas bahu ulama’ dan para ustaz atau ustazh, malah lebih doktor, jururawat, guru-guru, pekerja buruh dan seluruhnya. Kenapa tugas ini tugas semua dan tugas bersama??? Kerana selagimana khilafah Islamiah tidak dapat ditegakkan di muka bumi ini, maka selagi itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa sekiranya tidak bersama-sama berusaha, bekerja keras dalam perjuangan untuk mengembalikan pemerintahan Islam. Jika dilihat di dalam al-Quran dan hadis terlalu banyak disebut oleh Allah Ta’ala dan Rasulnya untuk menegakkan Islam di muka bumi ini dan memastikan dunia ini diperintah oleh Islam.

Rentetan dari itulah, dunia Islam berbincang dan mengeluarkan keputusan dan cadangan bahawa, dengan berwasilahkan politik dan pilihanraya, Islam akan dapat bertapak di mana-mana negara. Pilihanraya bukanlah satu perkara yang wajib dalam Islam, tetapi bila berada pada zaman sekarang, maka ia seolah-olah menjadi wajib atas dasar fiqh “tidak sempurna sesuatu yang wajib, melainkan ia menjadi wajib jua”. Dengan kata lain, menegakkan negara Islam itu wajib, dan sekarang ini negara Islam sudah tiada, maka pilihanraya adalah satu wadah dan sebagai wasilah dunia hari ini untuk bertanding dalam kerusi-kerusi pemerintajan. Ada beberapa golongan yang mengatakan Imam al-Ghazali melarang umat Islam terlibat dengan kerajaan, tidak dinafikan, Imam al-Ghazali pernah menyebutnya di dalam kitab Bidayatul Hidayah, tetapi dalam kitan lain, Imam al-Ghazali juga menyebut “Agama dan pemerintahan seolah-oleh kembar siam”. Bila disebut kembar, maka tidak dapat tidak, memang tidak dapat dipisahkan.

Dalam konteks malaysia hari ini, beberapa negeri telah menjadi contoh di mana negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat sedikit demi sedikit akan diubah corak pemerintahannya dan membersihkan pentadbirannya dari tangan-tangan kotor yang hanya bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya ingin meruntuhkan Islam, apakan tidak, mereka menjadikan hiburan keterlaluan sebagai santapan, menjadikan aurat sebagai penghibur dan pencuci mata, menjadikan rasuah sebagai amalan harian, menjadikan judi sebagai sarapan, menjadikan fitnah sebagai mainan mereka dan banyak lagi. Inikah yang dikatakan negara Islam??? sedarlah wahai rakyat sekalian, kamu telah ditipu oleh kerajan kamu yang mempergunakan Islam dan menunjuk baik dalam media-media untuk mengabur mata kamu.

Belakangan ini, kita disajikan dengan kes menteri yang merogoh amahnya, menteri yang rasuah, menteri yang tidak amanah, su yang dilantik tanpa persetujuan kerajaan negeri, menteri yang menupu rakyat dan memperbodohkan rakyat dan rakyat yang tidak sedar diri mereka ditipu dan banyak lagi. Setiap hari di dada-dada akhbar, ada saja kisah menteri yang khianat dan tidak amanah dalam melaksanakan tugas. Bila duit, harta, pangkat kedudukan diletakkan di depan, maka dia sanggup buat apa saja demi kepentingan kroni. Menteri yang beginilah yang akan menjadi bahan bakar neraka di akhirat nanti jika mereka tidak meminta maaf dengan rakyat dan bertaubat kepada Allah Ta’ala.

Ingatlah, dunia ini bukan kamu yang punya, harta kerajaan bukan kamu yang punya, amanah yang ditugaskan bukan untuk dibangga, bukan untuk berseronok-seronok, tetapi sebagai taklifan dan akan ditanya Allah di akhirat nanti. Wahai rakyat dan menteri-menteri yang masih tidak sedar alan hakikat sebenar kejadianmu, sedarlah dari perbuatanmu yang tidak senonoh, perbuatanmu yang bercanggah dengan Islam, perbuatanmu yang memperkudakan Islam dan segala yang buruk supaya berubah dengan mengambil Islam keseluruhannya, bukan menjuzuk-juzukkan Islam, ambil apa yang dikehendaki dan meninggalkan apa yang tidak dikehendaki. Jika begini, maka kamulah orang yang pertama akan dibakar dan dihumban oleh Allah Ta’ala di akhirat. Semoga kita semua mendapat naungan Allah dan keampunan Allah Ta’ala setiap hari dan semoga Islam dapat dikembalikan ke tempat asalnya pada suatu masa nanti. Membangun bersama islam, berjuang untuk Islam, mati syahid cita-cita tertinggi kami.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan