~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, January 10, 2011

Beberapa Penyakit Umat Islam Yang Melemahkan Dan Melambatkan kemenangan Islam



Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya bagi Allah Ta'ala serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. beserta ahli keluarganya dan para sahabatnya serta para pejuang Agama Allah s.w.t. yang diredhai Allah ke atas mereka semua. Di sini beberapa perkongsian ringkas bersama sahabat/iah berkaitan penyakit umat yang boleh melambatkan dan jika tidak dibanteras, mungkin akhirnya akan merosakkan Islam sendiri.

KEDEKUT:

Kedekut mengeluarkan/menginfakkan harta ke jalan Allah. Kedekut Tenaga untuk membari sumbangan kepada Islam. Kedekut idea untuk dicurahkan kepada Islam. Kedekut masa lapang untuk buat kerja-kerja islam. Kedekut Hampas...

PENGECUT:

Takut menyatakan kebenaran, sedangkan Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya "jihad yang paling tinggi, berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim". Takut bilamana diugut untuk ditarik zakat, diugut untuk ditarik bantuan, diugut untuk ditarik pekerjaan atau menghantar ke pedalaman. Takut pada ugutan ibu bapa, dek kerana ibu bapa berfikrah dan berpendapat lain. Takut untuk berjuang bersama-sama saf Gerakan islam kerana takut dipenjarakan, takut dihalau, takut dihina, takut hilang nama, takut hilang jawatan, takut dan takuttt...

PEMALAS:

Malas untuk membuat kerja Islam sedangkan kerja bertimbun-timbun. Malas untuk menambah ilmu. Malas untuk beribadah (sunat). Malas bilamana diarahkan supaya membuat kerja di luar bidangnya. Malas berusaha untuk kemenangan Islam. Malas dan malas apa saja...

BANYAK ALASAN:

Bila diarahkan buat kerja Islam, maka bagi alasan nak belajar, sakit kaki padahal taklah sakit sangat pun. Bila diarahkan buat kerja Islam, maka bagi alasan isteri nak mengandung la, mak sakit la, anak kucing sakit la. Bila diarahkan buat kerja Islam, maka bagi alasan ilmu tak cukup lagi la dan pelbagai lagi...

Duhai sahabat, jika inilah sifat dan sikap para pejuang Islam, maka jangan bermimpilah untuk mendapat sebuah segara Islam atau pemerintahan Islam atau Khilafah Islamiah, bahkan sebuah kampung pun belum tentu dapat. Duhai sahabat, sesungguhnya kerja atau tanggunggjawab yang ada melebihi masa yang ada (Pak Cik Hasan Al-Banna). Kerana itulah dan atas dasar itulah kita perlu bersatu atas nama Islam, kita perlu berganding bahu, kita perlu mencurah sebanyak mungkin, kita perlu saling bantu membantu antara satu sama lain, kita perlu mengkamilkan "melengkapi" antara satu sama lain untuk menggapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Seandainya kita masih di takuk lama, seandainya kita masih tidak mahu berubah, seandainya kita masih mahu mengharapkan orang itu dan ini, selagimana kita masih menyalahkan orang, masih berjidal dalam masalah furu'iyyah yang telah dibincang panjang oleh ulam' terdahulu, maka cita-cita kita untuk mendapat sebuah negara, mengembalikan semula khilafah Islamiah, mungkin cita-cita hanya tinggal cita-cita, tetapi tiada apa-apa. Ayuhlah semua, kerahkan tenaga, luangkan masa, sumbangkan harta dan juga jiwa raga kita untuk Islam. Bersedialah mewakafkan diri untuk perjuangan ini. Seorang ulama' berkata, selagimana khilafah Islam masih tidak tertegak, maka selama itulah orang-orang islam mendapat dosa dari Allah jika mereka tidak bekerja. Semoga usaha kita untuk menyumbangkan segalanya untuk Islam dinilai ibadah oleh Allah Ta'ala, berjuanglah kerana berjuang ini Allah akan bayar di akhirat dengan syurga yang begitu indah.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan