~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Thursday, January 13, 2011

Oh, Boring Nya Aku!!!


Saya kekadang naik pelik juga bila mendengar keluhan sahabat-sahabat bilamana dia kata “boring la dok kat rumah nih” “bosan la asyik terperap kat rumah, nak buat apa ye?, jom keluar” dan macam-mcam ragam lagilah yang ada. Inilah rialiti yang berlaku kepada mahasiswa dan mahasiwi akhir-akhir ini. Tidak kiralah mahasiswa dalam negara atau luar negara, tetapi tidak semua yang bersikap sebegini. Pengalaman belajar di Darul Quran dulu jumpa juga golongan ini, bila datang mesir, rupa-rupanya ada juga golongan ini dan bila bersembang dengan sahabat-sahabat di IPT dan IPTS lain pun sama juga.

Ada yang lebih teruk lagi sampaikan kelaspun tak pernah pergi, rumah pun balik jarang-jarang je. Jenis balik rumah jarang-jarang ni masalah juga, nak kata ada masalah dengan ahli rumah atau bilik tak ada, entahla kenapa.

Inikah jiwa mahasiswa??? Jiwa lembik, jiwa lemah, jiwa jiwang dan perlbagai lagi seolah-olah rumah mereka tempat azab bahkan ada juga yang kata “rumah aku bagai neraka, boring gila dok kat rumah”. Alahai mahasiswa, korang tak ada matlamat ke? Korang datang belajar ni nak bersenang lenang ke? Korang datang belajar ditaja oleh mana-mana pihak untuk korang berseronok-seronok, berbelanja situ-sini, enjoy ke? Kalau inilah tujuan korang dihantar oleh ibu bapa, kerajaan, maka tengoklah suatu hari nanti negara akan hancur.

Benarlah Firman Allah Ta’ala dalam surah al-A’asr yang bermaksud “demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berbuat amal soleh”. Kenapa korang boring sangat? Kerana tak ada kerja nak buat? Kerana tak ada kelas nak pergi atau nak belajar? Tak ada shaikh nak bertalaqqi? Kerana tak ada duit nak beli kitab? Kerana tempat bertalaqqi jauh sangat? Yang korang dok datting, korang dok shopping, yang korang dok main bowling, yang korang dok buat dosa ngan awek, yang korang dok entah apa-apa lagi korang tak rasa boring?

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya “tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad/kubur”. Dalam hadis yang lain “menuntut ilmu adalah fardhu bagi muslimin dan muslimah”. Tetapi di sini ada ilmu fardhu a’ain (wajib dipelajari) dan fardhu kifayah. Masalahnya sekarang, ibu bapa, orang-orang kampung, syarikat-syarikat dan kerajaan telah memberi mandat kepada kamu untuk melanjutkan pelajaran, tidak kiralah di mana kamu belajar. Bila kamu diberi mandat maka tertaklif satu kewajipan ke atas kamu untuk mendalami ilmu. Walaupun kamu menyambung pelajaran dalam bidang yang dikira fardhu kifayah, tetapi bila kamu diamanahkan oleh mana-mana pihat, maka di sini ada ulama’ mengatakan “belajar mendalami ilmu tersebut tidak lagi menjadi fardhu kifayah”. Maknanya sekiranya kamu tidak belajar maka kamu akan berdosa.

Ada lagi penyakit manusia yang kata boring, tak ada kerja dan sebagainya. Sedarlah wahai sahabat/iah, kerja bukannya tiada, tetapi kamu yang malas buat kerja. Apa tidaknya, kerja-kerja Islam belum lagi langsai, banyak lagi yang perlu diselesaikan, banyak lagi yang memerlukan komitmen kamu, banyak lagi memerlukan sumbangan tenaga, harta, masa dan diri kamu untuk kemenangan Islam. selagimana Islam tidak menang dan tidak dapat memerintah dunia ini dari tangan Thoghut, maka selama itulah kamu akan mendapat dosa jika kamu tidak buat kerja-kerja Islam atau tidak mahu membantu perjuangan Islam.

Al-Syahid imam Hasan Al-Banna pernah berpesan kepada ahli gerakan Islam, “sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada”. Sedangkan bila dilihat kepada beberapa golongan mahasiswa hari ini masih leka diulik kesenangan, diulik mimpi-mimpi yang tidak memberi makna, dilik sara toga “selimut tebal jika di mesir” dan tidak ada sedikit pun di dalam diri untuk membantu persatuan gerakan Islam. Adakah kamu ingin melihat perpecahan, kerosakan, kemusnahan Islam di depan mata kamu baru nak sedar diri??? Kalau inilah sikap mahasiswa/wi, tidak ubah seperti “seekor kaldai”. Kerana apa? Kerana jenis kaldai kalau tak diketuk, dia takkan bergerak, kalau letak barang, kitab dan sebagainya di atas belakang dia, dia tetap tidak kata apa-apa walau berbunyi sekalipun, tapi bila nampak wanita tak tutup aurat “syaitan” baru dia berbunyi.

kerana apa cepat boring? Kerana tiada matlamat yang jelas, kerana niat asalnya dalam melakukan sesuatu tidak semata-mata kerana Allah, mungkin ada terselit di situ niat yang kurang suci, kerana tidak sedar bahawasanya dirinya siapa dan apa matlamat manusia di dunia ini serta tiadanya rahmat dari Allah Ta'ala dek kerana dosa kamu. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hari ini ilmu lebih banyak dari semalam dan lebih bertaqwa. Ingatlah, Islam tidak pernah memerlukan kita, kita yang memerlukan Islam. Jika kamu tidak mahu buat kerja-kerja Islam, maka Allah akan hantar ummat yang lain. Sekadar peringatan bersama dan untuk semua. Sekian…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan