~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, January 17, 2011

Bila Teringatkan Kisah Kemalangan Tahun Lalu (2010) Dan Sahabat Sejati



Selepasa tamat pengajian di Darul Quran (DQ), maka bercuti panjanglah dan pada ketika cuti aku ditaklifkan untuk mengendali beberapa program tarbiah untuk melahirkan jenerasi yang dapat menyambung rantai-rantai perjuangan Islam. Selepas tamatnya program terakhir di kawasan selangor, pada waktu senja, aku mengambil keputusan untuk pulang ke markaz dengan motosikal dan aku bertanyakan kepada sahabat-sahabat. Siapa nak balik dengan ana ni? Seorang demi seorang aku tanya, hampir semuanya tak mahu balik bersamaku, pada petang senja itu 04/04/2010, aku berasa kelainan dan agak pelik, kenapa semua yang biasa naik motor dengan aku semuanya tak mahu balik bersama pada petang itu, akhir sekali aku tanyakan hasyim dan akhirnya dia bersetuju. Pelik juga, sesbelum-sebelum ini (sepanjang program) tak pernah pula si hasyim naik motor ngan aku, tapi kali ini dia nak.


Bila keluar saja dari satu perumahan dan pada ketika itu jalan agak sibuk, aku macam biasalah, naik motor tak pandai slow, selagi motor yang aku tunggang tu tak habis pemacu minyak di tangan,  selagi itulah aku pusing sampai tak boleh, kalau motor tu dapat memacu sampai 140 km/j, kalau 160 km/j maka selaju itu dan seterusnya. Tapi ketika itu jalan agak sibuk dan bila tiba di jalan yang satu lagi untuk masuk ke perumahan tersebut, lalu sebuat pajero baru merempuh kami dari sisi kanan dan menyebabkan aku melambung bersama motorsikal dan si hanyim terdampar di bahu jalan dan terus tak boleh bangun. Dalam keadaan melambung bersama motorsikal, aku mengambil keputusan untuk lompat dari motor. Selepas lompat, aku sedar bahawasanya aku berada di tengah-tengah jalan dan aku terus bangun kerana aku masih sedar dan masih waras, tapi bila bangun kaki kanan aku dah tak boleh berpijak, terus aku melompat-lompat untuk berada bersama hasyim di bahu jalan dan seterusnya membantu dan memberi semangat kepada sahabatku yang dah tak boleh bangun.

Dalam kata-kataku kepad hasyim “syim!!! Bangun syim, jangan tidur, ingat Allah selalu, mengucap syim, jangan tidur, sabar syim” inilah kata-kata yang aku ulang-ulang kepada sahabatku yang lemah dan separa sedar dilamun kesakitan. Pada ketika itulah orang-orang perumahan dan yang berada di sekitar itu keluar untuk memberi sokongan dan memberi pertolongan kepada kami. Dalam ketika itu, aku sempat menalifon sahabat-sahabat yang berada tidak jauh dari situ untuk memberi pertolongan cemas, lalu aku mengambil talifon yang masih ada talam saku kananku dan kelihatan sudah mati, lalu aku menyuruh seorang pemuda mungkin orang kampung tersebut untuk menghidupkan talifon aku. Selepas talifon dihidupkan, aku terus menalifon syahir untuk memberi pertolongan, tetapi zakwan yang angkat, tak mengapalah.

Dalam kesibukan tersebut, orang ramai dok kalut dan ada yang membuat keputusan cepat dan terus menalifon ambulan yang tidak jauh dari tempat itu. Hampir setengah jam lebih aku dan hasyim terlantar di bahu jalan, aku buat biasa saja dan selalu berkomunikasi dengan hasyim untuk terus memberi semangat padanya. Bila sahabat-sahabat saya sampai, saya bagitahu kepada syahir dan zakwan untuk menjaga motor dan mengambil apa sahaja barang yang tercicir. Pada ketika itu aku tidak terfikirpun untuk cari boks motor yang didalamnya aku simpan pakaian dan sebagainya, tapi apakan daya bila dicari semula ketika abang dan sahabat nak ambil motor, boks tersebut sudah tiada. Dah la pakaian aku tak banyak, yang ada kat rumah pun sikit saja yang boleh dipakai, semuanya dah usang. Dalam masa yangs sama aku bersyukur kerana Allah bagi ilham padaku untuk menumpangkan laptop di dalam kereta sahabat yang lain. Biasanya laptop aku bawa sekali dalam beg bila ke mana-mana bila naik motor sepanjang program,  Alhamdulillah.

Bila setengah jam lebih kurang kami menunggu ketibaan ambulan, maka sampailah. Inilah pengalaman pertama dalam hidupku naik ambulan dan dalam ambulan aku terus memberi semangat kepada hasyim. Bila beberapa minit atas ambulan, maka sampailah di Hospital Ampang dan hasyim terus dibawa ke tempat kecemasan dan aku tidak dibawa bersama hasyim kerana luka aku tidak seteruk hasyim. Bila di extrail, keputusan kaki kanan hasyim patah tiga. Terkejut juga, tapi apakan daya ini adalah suratan takdir dari Ilahi untuk kami berdua.

Selepas dimasukkan ubat kancing gigi, aku diletakkan di luar berseorangan di atas kerusi roda. Ya Allah, betapa syahdunya pada ketika itu bila memikirkan sahabatku yang dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar. Dalam hati tidak putus-putus berdoa agar tidak berlaku apa-apa kepada sahabatku itu agar dia dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa. Beberapa minit selepas itu, sahabat-sahabat yang lain sampailah di Hospital tersebut untuk menjenguk kami berdua, dalam masa yang sama aku berfikir, nak bagitahu pada ma atau tak nak lagi, sebab aku dah tahu, kalau bagitahu terus, mesti ma akan terkejut dan aku mengambil keputusan untuk memberitahu perkara ini kepada Kak long, kerana dialah tempat yang selalu aku berhubung minta pendapat dan dapat menjaga rahsia serta dapat mengawal sedikit emosi. Alhamdulillah, selepas itu kak Long terus bgitahu kepada abangku yang berada di kajang dan di bangi untuk menjenguk seterusnya mengambil motor yang terlantar di bahu jalan.

Selang beberapa minit, ma aku talifon dalam keadaan yang marah-marah sedikit, tetapi aku dapat menenangkan ibuku dan memberi penjelasan yang aku dalam keadaan sihat, cuma berjalan je tak boleh. Bila malam semakin meningkat, maka tersebarlah berita kepada sahabat-sahabat yang sekapal dan ada yang nak datang dan sebagainya. Alhamdulillah, agak ramai yang datang dan saudara-mara hasyim juga turut hadir. Selepas itu, giliran  aku pula untuk di extrail, bila di extrail, doktor tidak dapat memberi keputusan yang tepat, kerana katanya tidak nampak dengan jelas apa yang berlaku pada lutut kananku, dia kata mungkin patah dalam lutut, selepas beberapa jam berada di hospital barulah doktor membalut lututku dengan simen yang membuatkan kaki kananku tidak dapat bergerak dan seluar dikoyak.

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 9 malam lebih, abangku (uzu) tiba di hospital menaiki kereta Nissan Blue Bird yang telah diubahsuai enjinnya kepada RB25. Selepas itu abang aku (abe Cik) tiba pula di situ menaiki Nissan Frontier untuk mengambil motor di tempat kejadian. Bila menunggu pelbagai urusan yang dibuat di Hospital, dan urusannya agak lama sekali kerana orang sangat ramai pada ketika itu. Hasyim dibawa ke wad untuk rawatan seterusnya dan untuk dimasukkan besi. Pada ketika menunggu di pintu hopital bersama sahabat-sahabat dan keluarga hasyim, ada la beberapa peguam yang baik hati kata nak tolong bicarakan kes ini dan dia dok pujuk keluarga hasyim untuk menerima pelawaannya. Tapi sebelum itu, aku dah bincang dengan keluarga supaya kes ini diambil oleh pak cik saya yang berada di Kelantan dan memberitahu kepada keluarga hasyim untuk buat sekali dengan aku dan keluarganya bersetuju.

Bila semua dah settel, aku terpaksa meninggalkan hasyim bertemankan keluarganya di hospital dan aku terpaksa balik ke rumah abang aku. sebelum itu abang aku (uzu) dah naik bengang dengan pengurusan Hospital kerana lembab buat kerja, tambah-tambah lagi, dah tengah malam, almaklumlah, orang panas baran tambah pula dengan kepenatan bekerja di siang hari. Dalam perjalanan pulang, dapat juga naik Nissan Blue Bird yang diubahsuai itu melalui highway menuju ke kajang dengan kelajuan 180 km/j, kekadang lebih kekadang kurang, tengok keadaan jalan. Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat. Inilah pengalaman eksiden yang ke lima kalau tak silap yang agak teruk berbanding sebelum-sebelum ini.

Alhamdulillah, selepas dua hari berada di kajang dan Bukit Jalil (rumah Kak Long) dan selesai membuat urusan report polis dan mengambil beberapa barang yang tertinggal di markaz termasuk laptop dan sijil yang ada bersama dalam beg. Ma dan abah bigitau supaya pulang untuk meneruskan rawatan seterusnya. Alhamdulillah aku balik ngan kapal terbang MAS kerana masa sekejap dan dapat mengurangkan kesakitanku semasa perjalanan. Bila tiba di airport KB, aku disambut oleh ma dan abah dan terus ke Hospital Kubang Kerian untuk membuat rawatan susulan dan dokter extrail sekali lagi, tetapi keputusannya sama saja dengan sebelum ini. Aku dinasihatkan untuk berehat dan tidak banyak bergerak supaya bengkak pada seluruh kaki, betis, lutut dan paha cepat sembuh dan doktor kata dalam masa terdekat ini jangan berubat dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional. Tetapi bila balik dan berbincang dengan keluarga, dan akhirnya aku pergi juga berjumpa dengan orang di kampung seberang untuk mengurut dan buat apa yang patut. Tapi yang peliknya dia kata betis aku patah.

Selepas bomoh urut dan melumur ubatnya di betisku, keesokan harinya tempat yang bengkak semakin berkurangan dan sakit juga berkurangan. Dalam masa yang sama aku tidak melupakan temu janji dengan doktor di HUSM. Malam genap-genap tiga minggu, aku dibawa ke rumah bomoh pengamal perubatan tradisional di Kampung Baru Nelayan (Tumpat) dan diurut, dia kata ini bukan patah, tapi seliuh saja dan terus dia tekan kaki dan kepala lutut, agak sakit jugak la, tapi kejap saja dia buat. Selepas dua minit lebih kurang dia buat, dia bagitau supaya berdiri dan buang tongkat sebelah, aku naik pelik jugak la, tapi memang terrer la bomoh ni (dengan izin Allah) aku terus dapat berjalan, tapi masih ada kesan sakit-sakit. Alhamdulillah, kini aku dah boleh berjalan seperti biasa, kekadang masih ada rasa sakit bila berjalan atau berlari kuat-kuat terutama ketika bermain bola sepak. Sekarang berada di Mesir, dan sekarang adalah musim sejuk, bila bersangatan sejuk tambah pula dengan sedikit kepenatan kerana banyak berjalan, maka terasalah sedikit kesannya. Tapi tidak mengapa, syukurlah Allah masih memberikan nikmat berjalan ini kepadaku.

Lain pula dengan kisah sahabatku yang terpaksa dimasukkan besi dan Alhamdulillah, kini dah boleh berjalan seperti biasa, tapi ada sakit sedikit sebanyak tu, biasalah. Terima kasih Ya Allah… terima kasih yang tak terhingga kepada Keluargaku, sahabat-sahabiah yang sudi menolong dan menghulurkan bantuan kata-kata semangat kepada kami. Inilah sedikit perkongsian yang dapat saya kongsikan dalam blog saya ini… persahabatan yang terjalin atas dasar iman dan Taqwa akan terasa manis bila dikenang akan tersa nikmat bila bertemu, terasa cinta dan rindu bila berjauhan, sehari berpisah seabad lamanya terasa tidak bertemu. Semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurga Insya Allah.. Insya Allah, aku takkan lupakan kalian semua selagi nyawa dikandung badan dan selamat berjuang... sekian, wassalam…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan