~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, November 17, 2010

Penghayatan Dan Pengajaran Buat Para Muslimin Dari Syair Abdullah Ibnul Mubarak Kepada Ahli Ibadah…



Syair yang ditulis oleh Abdullah Ibnul Mubarak (seorang alim yang berjihad) kepada Fudhail bin 'Iyadh yang juga seorang alim, tetapi ketika itu masih belum mahu menunaikan jihad dan hanya sibuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

"Wahai ahli ibadah di Haramain (dua masjid Haram), jika engkau perhatikan kami, benar-benar engkau akan mengerti bahawa engkau bermain-main dengan ibadat!!!

Orang yang pipinya diwarnai dengan air mata maka leher-leher kami dewarnai dengan darah-darah kami, ataupun orang yang meletihkan kudanya pada kebatilan maka kuda-kuda kami di pagi hari lagi berletih (di medan jihad), bau-bauan yang wangi bagi kalian namun wangian kami ialah percikan api di kaki kuda dan debu-debu yang mulia, dan sesungguhnya dia (kewajipan jihad) datang kepada kami daripada kata-kata Nabi kami perkataan yang betul dan benar, tiada pendustaan padanya, tidak sama debu keluarga di hidung seseorang dengan asap dari api yang bernyala, inilah kitab Allah yang bertutur diantara kita tidaklah orang yang syahid itu mati tidak berdusta"

Setelah membaca bait-bait syair yang dikirimkan kepadanya oleh Abdullah Ibnul Mubarak, Al-Fudhail menitiskan air matanya dan dengan suara penyesalan beliau berkata: "Benarlah apa yang ditulis oleh Abu Abdul Rahman (Abdullah Ibnul Mubarak). Dia menasihatiku supaya tidak hanya beribadat dan meninggalkan jihad." Setelah itu Fudhail turun kemedan jihad bersama dengan Abdullah Ibnul Mubarak melawan Tartar pada ketika itu.

Pengajaran:

Sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim atau beriman kepada Allah Ta’ala, maka tertanggung di atasnya beberapa taklif (tanggungjawab). Dalam al-Quarn, Allah s.w.t. menyatakan kepada kita yang bermaksud “tidak diciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri padaKu (Allah)”. Ibadah bukanlah hanya tertumpu pada solat, zakat, haji, puasa sahaja, malah lebih dari itu. Mempertahankan negara, agama, keluarga, nyawa merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam bahkan sekiranya mati pada ketika itu, maka matinya merupakan mati syahid.

Ramai umat Islam masa kini tidak faham erti ibadah yang sebenar. Kalaulah ibadah itu hanya pada solat, haji, zakat, puasa, maka siapakah yang akan memimpin negara? Siapakah yang akan mendepani musuh ketikamana mereka menyerang negara? Nak tunggu negara hancur? Nak tunggu bala datang di depan mata? Janganlah tunggu sehingga saat itu, cukuplah apa yang berlaku pada negara umat Islam yang lain sebagai pengajaran kepada kita yang masih dikurniakan akal yang waras, mata yang dapat melihat. Lihatlah kebenaran itu bahawasanya ia adalah kebenaran, lihatlah kejahatan itu adalah kejahatan. Ayuh sama-sama kita menyokong perjuangan Islam di mana saja kita berada, bukan sekadar menyokong, malah menjadi pendokong kepada perjuangan Islam.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan