~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Tuesday, November 16, 2010

Perjuangan PAS Adalah Perjuangan Islam Dan Islam Mesti Menang!!!



Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam setiap sudut untuk ummah samada soal berpolitik, kepimpinan negara, keluarga, berakhlak dan sebagainya. Dalam memimpin masyarakat dan negara, Rasulullah mentadbirnya dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah Ta’ala melalui Malaikat Jibri a.s. Tidak ada satupun perkara yang dilakukan oleh Rasulullah melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud “tiada yang dituturkan mengikut hawa nafsunya, malinkan wahyu dai Ilahi” Agama Islam adalah agama penyelamat, selain Islam, maka anda tidak selamat mahupun dunia atau akhirat.

Akhir-akhir ini, ramai manusia yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin, namun ada dalam kalangan mereka yang jahil agamanya dan hanya mementingkan poketnya sendiri. Apabila jahil dalam soal agama, maka akan terjadilah perkara yang tidak diingini dan bertentangan dengan Islam yang sebenar. Bertepatanlah dengan sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya “umat akahir zaman nanti, golongan yang jahil dijadikan pemimpinnya, maka dia mengeluarkan fatwa mengikut hawa nafsunya”. Maka sekarang ini sudah berlaku perkara tersebut. Nabi s.a.w. persabda yang mafhumnya “umat Islam akhir zaman ibarat buih di laut”. Buih yang banyak, tetapi tiada kegunaannya. Maka di zaman ini, kita wajib bersama-sama para ulama’, bersama dengan kepimpinan Islam yang sebenar untuk menguatkan dan mengembalikan semula keizzahan Islam yang sekian lama menghilang.

Zaman ini adalah zaman globalisasi, zaman fitnah dan pelbagai lagi, untuk selamat dari perkara itu, ayuhlah bersama kepimpinan Islam yang sebenar agar tidak rugi. Di Malaysia, siapakah parti yang mahu bawa Islam? Ringkasnya ialah PAS. PAS membawa wadah Islam sebagai dasar perjuangannya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu ikut dan berpegang teguh pada keduanya maka kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu al-Quran dan SunnahKu”. Dalam sabdanya yang lain bermaksud “para sahabatku ibarat bintang-bintang, sekiranya kamu mengikuti jejak langkah mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”. 

Maka dengan kedua hadis ini, marilah kita sama-sama koreksi dan bandingkan antara parti komponen dakam negara kita iaitu PAS dan UMNO. UMNO yang dikatakan Parti yang mahu bawa Islam, tetapi di manakah nilai Islam dan bukti yang UMNO buat untuk Islam? Adakah dengan meluluskan lesen judi pada piala dunia suatu ketika dahu? Adakah dengan pengajuran IFF baru-baru ini? Adakah dengan memperbanyakkan kelab-kelab malam untuk rakyat Malaysia? Adakah dengan membelanjakan berjuta-juta untuk membina masjid, malangnya tiada penghuni? Adakah dengan menuduh itu dan ini kepada kerajaan Kedah yang tidak turun padang sewaktu banjir besar baru-baru ini? Inikah Islam yang mahu dibawa oleh UMNO? Kalau inilah, maka tidak perlu orang alim yang jawab, cukuplah budak-budak yang menjawab persoalan ini melainkan mereka yang buta mata hati sahaja yang tidak dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Dalam PAS, teras utama adalah al-Quran dan al-Sunnah, maka dengan ini, PAS menjalankan pentadbirannya berdasarkan apa yang dibawa dan dibuat oleh Rasulullah dan para sahabat serta pemimpin-peminpin Islam lalu. Contohnya di Kelantan, sudah banyak perubahan yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan dalam pentadbirannya, sebagai contoh, kerajaan Kelantan melarang peniaga-peniaga yang tidak menutup aurat berniaga bagi orang Islam, kerajaan Kelantan menghapuskan sistem riba dalam pentadbirannya, membayar hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan UMNO suatu ketika dahulu, menyalurkan harta kerajaan dengan sebaiknya dan mengelakkan dari pembaziran yang tiada faedah dan banyak lagi. Berbeza juga antara UMNO dan PAS ialah, dalam PAS ada tarbiah, dalam UNNO tiada. 

Tuan Guru Nik Abd. Aziz pernah berkata, selagi UMNO tidak mengubah dasar kepimpinannya mengikut ajaran Islam yang sebenar, maka selagi itulah PAS tidak akan dibubar. Islam bukanlah agama yang ikut-ikut, tetapi Islam adalah agama yang mempunyai dasarnya yang tersendiri dan tiada yang lebih agung dan tinggi selain dari Islam. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang maksudnya “hanya Islam agama yang diredhai dan diiktiraf” dalam sebuah hadis pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya “Islam adalah agama yang tertinggi, maka tiada agama yang lebih tinggi dari agama Islam”. Maka sewajibnya kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini memperjuangkan agama Islam agar ia dapat dikembalikan semula untuk memerintah dunia seperti suatu ketika dahulu. 

Apabila kita memahami bahawa agama Islam merupakan agama yang sohih, agama yang tinggi dan agama yang diiktiraf oleh Allah, maka kita wajib memperjuangkannya tidak kira lelaki, permpuan, muda atau tua. Allah s.w.t. sudah berjanji kepada kita bahawasanya jika kita menolong agamanya, maka Allah akan tolong kamu. Rasulullah juga berjanji pada kita melaui sabdanya yang bermaksud “tidak akan berlaku kiamat selagimana dunia tidak diperintah oleh Islam semula”. Jadilah kamu pejuang-pejuang atau penolong-penolong agama Allah, sesungguhnya Allah membeli jiwa-jiwa yang sanggup berkorban dengan harta mereka, dengan jiwa raga mereka dengan segala-galanya dan membayarnya dengan Syurga. Perjuangan PAS adalah perjuangan ISLAM dan Islam semestinya menang dan tidak pernah kalah. Sesungguhnya perjaungan ini tidaklah dihampar dengan permaidani, tidaklah dijamu dengan makanan yang sedap, tetapi perjuangan ini memerlukan jiwa yang kental, jiwa yang sanggup membuat apa saja sehinggakan nyawanya sanggup dikorbankan untuk mempertahankan Islam. Maka jadilah kita semua antara mereka yang mempertahankan agama ini. Yakinlah pada pertolongan Allah dan janjinya. Kemenangan bukan datang bergolek-golek, tetapi ia memerlukan usaha yang gigih. Syarat menang dengan bekerja, tidak semestinya bekerja mendapat kemenangan, bekerjalah sedapat mungkin untuk Islam dalam apa jua keadaan selagi tidak bercanggah dengan syara’ dan ketetapan pimpinan.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan