~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, November 17, 2010

Salam Perantauan…



Ingatlah tatkala Nabi Ismail menjangkau umur yang boleh buat kerja bersama Nabi Ibrahim, Allah perintahkan pula kepada Nabi Ibrahim untuk menyembelihkan anak kesayangannya. Allah s.w.t. nukilkan perkara ini dalam al-Quran dalam surah al-saffat ayat ke 102-111 yang bermaksud:

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar". 
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami), 
104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! 
105."Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan. 
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata; 
107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar; 
108. Dan Kami kekalkan baginya (nama Yang harum) Dalam kalangan orang-orang Yang datang kemudian: 
109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". 
110. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan. 
111. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman.

Nak bermadah tak pandai, nak bersyair, saya bukanlah ahli syair, cukuplah dengan surat yang seberapa ini buat semua. Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Aidiladha buat keluarga tercinta di kg. kok Pasir, Tumpat Klate (ma, abah, kak long & abe long sekeluarga, abe cik & kak ti sekeluarga, abe & kak na sekeluarga, uzu & kak lini sekeluarga, hafawati, izzat & adik habib dan tidak lupa juga pada mak dan poksu jo serta semua waris-waris) mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah-silap dariku yang tidak seberapa ini. Tidak lupa juga buat guru-guru di PASTI Tok Selehor, SKKP, MMT dan DQ serta Maahad Qiraat Shoubra. Alhamdulillah, walaupun tahun ini kita tidak dapat bersama kerana anakmu musafir jauh ingin menuntut ilmu di bumi kinanah ini. Ingatlah, Ilmu bukanlah belajar di dalam kelas atau kuliah barulah dipanggil ilmu, tetapi lebih luas dari itu, sesungguhnya ilmu dari pengalaman manis dan pahit yang berguna itu lebih mudah untuk diingati dan lebih lama melekat di dalam sanubari.

Syukur juga pada Allah, kerana dikhabarkan tahun ni, seekor lembu akan ditumbangkan walau pada awalnya Abe Ming hanya ambil dua bahagian dengan orang lain untuk buat aqiqah dan untuk Abe Cik. Anakmu di sini juga pada tahun ni insya Allah akan tumbangkan sekor kambing dengan jasa kerjasama dan perkongsian dari sahabat-sahabat di sini. Alhamdulillah, anakmu di sini bahagia bersama sahabat-sahabat yang sudi membantu dan menghiburkan hati ini, walau diuji dengan pelbagai ujian, namun anakmu tetap bersyukur kerana Allah masih mengurniakan ujiannya pada diri ini, mungkin tanda saying Allah bersamaku, insya Allah. Raya kali ini adalah raya pertama di perantauan, peringkat awalnya memanglah rasa lah sedih jugak, tamabahan pula tiada siapa di sisi di ambang Aidiladha tempoh hari, tapi Alhamdulillah Allah hantar seorang sahabat dan juga Naqib usrah sudi menemani diri ini yang berseorangan dan hanya ditemani kicauan burung, laptop, kitab dan sebagainya kerana yang lainnya sudah pindah, balik kampung, ada kerja lain dan sebagainya.

Salam perantauan, maaf zahir dan batin, semoga ceria-ceria selalu dan semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat, apa gunanya di dunia kita selamat, namun di akhirat merana, nau’zubillah. Ingatlah daku dalam doamu… Sebelum berakhir, di kesempatan ini juga, daku nak ucapkan sekalung tahniah kepada Abe dan Kak Na di atas kurnia Allah dengan cahaya mata, semoga menjadi anak Solehah buat Nur Ain Amni bt. Mohd Hushaimi dan tahniah juga pada Uzu dan Kak Lini kerana tidak lama lagi akan mendapat seorang lagi cahaya mata. sepatutnya surat ini ditulis lebih awal, tapi apakan daya, ada kerja yang perlu diaulakan terlebih dahulu. Selamat menyambut Aidiladha dan selamat mengorban lembu… Hayatilah dengan sebenarnya-benarnya erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Hajar dan Maisarah seterusnya rialisasikan dalam hidup ini… Pengorbannmu semua tetapku ingati... sekian...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan