~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Tuesday, November 2, 2010

Nasihat al-Qamah: Lima Cara Pilih Sahabat Sejati


Antara Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah s.a.w) kepada anaknya. Al-Qomah merupakan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang soleh dan kuat beribadah kepada Allah Ta'ala. Antara nasihat beliau kepada anaknya Ialah:


Pertama: pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan kita.


Kedua: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimuia suka menutupinya dan tidak membukanya.


Ketiga: pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.


Keempat: sahabat yang jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Ramai manusia zaman sekarang ini terutama remaja, mereka tersalah memilih dalam bersahabat lantas mereka terjebak dengan gejala yang merosakkan Iman dan merosakkan Ummah. Sekiranya mahu belayar, biarlah kita cukup dengan bekalan, sekiranya tidak cukup bekalan, macam mana agaknya dalam pelayaran tersebut? Antara persiapannya ialah dengan Ilmu Agama yang mantap di dalam dada dan keimanan yang sebenar-benarnya.


Dalam memilih sahabat, kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Bukannya bererti sekiranya orang yang tiada lima sifat ini kita perlu asingkan diri dan tidak berkawan dengan mereka, ini adalah ciri-ciri sahabat yang boleh membawa berkat dan membantu dalam perjuangan Islam.


Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabmu, dan dosa-dosa mu yang silam disulami dengan bertaubat kepada Dzat yang Memiliki mu." Bermuhasabahlah diri pada setiap masa, ingatlah Allah setiap masa walau dalam keadaan susah atau senang, agar bilamana kamu diuji dengan senang atau susah kamu dapat hadapinya dengan Redha kepada Rabmu.


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud "sampaikanlah walau satu ayat". Maka dengan ini walau apa cara sekalipun kita sampaikan kepada insan lain untuk menyebarluaskan Islam seterusnya memberi kefahaman yang jelas kepada mereka. Semoga kita semua berada dalam jagaan Allah selalu Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan