~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Tuesday, November 2, 2010

Akal Bijak Tanpa Wahyu = "Bodoh" Mengapa? (Siri Akhir)


Sambungan...
Mungkin melalui teori pada tulisan lepas itulah telah menghasut kebanyakan pemimpin negara umat Islam yang berfahaman sekulerisme untuk memisahkan antara peranan agama dan urusan dunia. Pemimpin ini bukannya menolak terus ajaran agama sebaliknya menerima pakai agama dalam masalah ibadat khusus tetapi menolak Islam daripada berperanan secara lebih meluas termasuk dalam urusan ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya. Golongan ini turut menggunakan alasan sama sebagaimana penganut Kristian ketika menolak gereja iaitu ulama’ Islam yang muktabar telah menafsirkan al-Quran serta mengarang kitab berasaskan kepada pendapat sahaja yang menyebabkan pemahaman Islam menjadi sempit sehingga umat Islam terus mundur.

Bermula daripada tuduhan melulu itu maka golongan ini tanpa rasa malu terus melaungkan agar al-Quran ditafsirkan semula tanpa syarat yang sepatutnya dijaga dan pendapat ulama’ muktabar yang tidak sehaluan dengan kehendak nafsu mereka ditolak. Jika penganut Kristian menolak paderi yang selama ini menindas mereka maka golongan sekuler yang beragama Islam turut berusaha habis-habisan dalam memburuk-burukkan ulama’ yang tidak mahu tunduk kepada kehendak nafsu serakah mereka atas alasan golongan ulama’ sebagai anti kemajuan. Golongan ini juga dengan menggunakan pelbagai helah, terus berusaha bukan sahaja mengurangkan sukatan pengajian agama malah berusaha menghapuskan terus pengajian agama terutama di peringkat sekolah bagi memastikan agenda dalam memisahkan agama dan urusan dunia dapat dijayakan atas alasan bahawa Kristian boleh maju apabila agama hanya digunakan ketika ibadat khusus dan nikah kahwin sahaja sedangkan dalam urusan dunia maka akal menjadi panduan tertinggi.

Kita peringatkan kepada golongan sekuler ini bahawa Kristian boleh maju dalam tamadun kebendaan apabila memisahkan agama daripada urusan dunia kerana mereka tidak mempunyai sumber wahyu tentang perkara ini akibat penyelewengan paderi. Nampak zahir dari segi metarial memanglah mereka maju, tetapi mereka mundur dari segi tamadun umat manusia yang sebenar. Sedangkan umat Islam telah dianugerahkan panduan daripada sumber yang tulen iaitu al-Quran dan sunnah nabi. Oleh itu sebarang tindakan dalam memisahkan antara agama daripada urusan dunia tidak akan berjaya memajukan umat Islam malah mereka yang melakukan jenayah dalam menjadikan akal sebagai sumber tertinggi mengatasi wahyu akan mendapat kemurkaan Allah dan kekecewaan hidup di dunia dan akhirat. Sedarlah kita bahawa penggunaan akal ada had sempadannya di mana penggunaan akal mestilah disuluhi cahaya wahyu bukannya terus ditenggelam oleh kegelapan nafsu.


Penderitaan dan penindasan yang dihadapi oleh umat Islam bukanlah disebabkan mereka meninggalkan penggunaan akal dalam bertindak sebaliknya akibat daripada penggunaan akal yang tidak dibataskan oleh garisan wahyu. Umat Islam tidak mampu membantu saudara seagama yang terus ditindas bukanlah disebabkan tidak menggunakan akal sebaliknya akibat terlalu mengikut kata akal bahawa periuk nasi akan terjejas jika membantu saudara seagama secara bersungguh kerana terlalu takut kepada tekanan musuh. Malah penindasan yang dilakukan oleh pemimpin umat Islam terhadap rakyatnya sendiri yang dituduh sebagai pengganas bukanlah disebabkan tidak menggunakan akal sebaliknya akal yang digunakan terlalu mengikut hasutan nafsu sehingga mengenepikan panduan wahyu.sebagai satu analoji yang mudah, anda membeli sebuah kereta sebuah kilang pembuat kereta, sudah tentu kilang tersebut menyediakan menual bagaimana cara menggunakan kereta tersebut, lalu anda tidak menggunakan panduan, macamana agaknya terjadi pada kereta anda? sudah tentu tidak tahan lama dan rosak.

Begitu juga dengan penyalahgunaan masalah jihad yang berlaku di kalangan umat Islam bukanlah disebabkan tidak menggunakan akal tetapi akibat kurangnya ilmu yang menyebabkan mereka menafsirkan masalah jihad berdasarkan nafsu bukannya wahyu. Oleh itu sebarang usaha dalam mengikut telunjuk Amerika atau Barat untuk menghapuskan pengajian tentang masalah jihad bukanlah penyelesai masalah keganasan kerana apabila penindasan yang dilakukan oleh musuh terlalu kuat menyebabkan pihak yang tertindas kebanyakannya umat Islam akan bangun bertindak termasuk melalui perang. Jika masalah jihad dihapuskan daripada dipelajari menyebabkan masalah keganasan semakin meningkat sedangkan apabila masalah jihad diajar secara menyeluruh menurut ajaran Islam yang sebenar maka ia akan membolehkan umat Islam menggunakannya pada tempat dibenarkan oleh Islam sahaja bukannya secara melulu.

Sebenarnya masalah jihad dalam Islam bukanlah penyebab utama kepada keganasan tetapi masalah utama kepada berlakunya keganasan adalah disebabkan pengganas sendiri yang menjadi ketua dunia dalam meluaskan keganasan dan penjajahan yang menyebabkan ia sukar dibendung.


Firman Allah dalam  ayat 159 surah an-Nisaa’:


وإن من أهل الكتــب إلا ليؤمنن به قبل موته ويوم القيــمة يكون عليهم شهيدا

Maksudnya : Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.

Marilah sama-sama kita fikir bagaimana sudahnya umat Islam terutama dalam negara kita yang semakin hari semakin banyak masalah, dan hari ini ada seorang kanak-kanak disembelih, dalam sepanjang bulan Ramadhan sahaja berpuluh anak luar nikah dilahirkan dan dilemparkan di merata tempat tanpa rasa kasihan belas. apa dah nak jadi dengan negara kita? pemimpin kata Negara kita adalah negara Islam, apa yang Islam nya??? apa yang Islam mahu telah dilaksanakan dalam Negara?

Semoga tulisan ini memberi manfaat untuk difikirkan oleh semua dan bergerak dan terus bergerak melawan arus deras untuk sampai ke pulau keimanan yang sebenar, pulau Islam yang tulen demi menyatupadukankan umat ini dari perpecahan yang tiada kesudahan, bukannya hanya indah di bibir.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan