~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Thursday, November 4, 2010

Galas Dan Batu Sapi: Antara Kemenangan Dan Kekalahan


Alhamdulillah, lebih kurang jam 9.00 p.m waktu Malaysia, pihak bertanggungjawab telah mengumumkan keputusan rasmi di kedua DUN iaitu Galas dan Batu Sapi.

DUN Galas:
PAS : 4134 , BN 5324.
MAJORITI : 1190
UNDI TOLAK : 132
PERATUS KELUAR MENGUNDI : 83%

DUN Batu Sapi:
Linda Tsen (BN-PBS) - 9,773
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,031
Ansari Abdullah (PKR) - 3,414
Undi rosak - 372
Majoriti - 6,359

Inilah keputusan rasmi yang telah diumumkan. Alhamdulillah, keputusan rasmi adalah kemenangan berpihak kepada BN. Bagi umat Islam kita kena bersyukur dengan ujian yang Allah kurniakan kepada kita agar kita tidak kecewa dan tidak bersangka buruk terhadap keputusan Allah. Bilamana menyingkap kembali sirah perjuangan para Nabi dan Rasul serta para pengikut yang mempertahankan Agama Allah Ta’ala ini tidak lekang dengan ujian-ujian hebat dari Allah Ta’ala agar hambanya tidak selalu berseronok dan tidak berada dalam keadaan senang sepanjang tanpa memikirkan strategi untuk mengalahkan dan menentang kezaliman di muka bumi ini.

Sebagai ahli PAS khusunya dan PR umumnya, walaupun dalam PRK ini kita mendapat kekalahan, tetapi dalam Islam kita tidak pernah kalah dalam perjuangan pada hakikatnya, kita tetap menang. Jangan bersedih dengan keputusan, bermuhasabahlah di mana kesilapan kita, dimanakah tidak kena dan perbaikilah ia dengan secepat mungkin agar tidak berulang pada suatu masa nanti. Sebagai ahli PAS kita jangan hanya menuding jari orang itu tidak kena, orang ini tidak kena, tapi yang utamanya kita perlu muhasabah diri. Memanglah tidak dinafikan kewujudan beberapa pihak yang menyeleweng dan tidak telus dalam PRK kali ini. Perkara hak kita perlu pertahankan dan perkara yang terlepas pandang atau tersilap dalam melaksanakan PRK kali ini kita sama-sama bermuhasabah.

Menang atau kalah dalam PRK kali ini bukan tanda kita semua terkubur setakat itu, kalaulah ahli PAS menganggap seperti ini atau bersedih dan tidak lagi mahu terus berjuang, maka inilah tanda perjuangan yang tidak Ikhlas. Orang Islam tidak boleh lemah dengan kekalahan, bangkitlah dan sedarlah diri dari kekalahan tersebut. Kepada rakyat Galas khususnya, saya ucapkan sekalung tahniah bagi mereka yang menunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin anda, tetapi anda kena ingat, bahawasanya di akhirat nanti Allah akan tanya kamu, siapakah pemimpin yang kamu pilih. Adakah pemimpin yang ingin menegakkan Agama Islam atau mereka yang hanya berpura-pura dengan Islam.

Kepada ahli-ahli PAS, kita juga akan ditanya oleh Allah. Allah tidak tanya berapa banyak kamu menang atau berapa ramai yang sokong kamu? Tetapi Allah akan tanya adakah kamu buat kerja untuk perjuangan Islam?. Jadi, persoalan kalah atau menang bukan persoalan pokok bagi pejuang-pejuang agama Allah, tetapi adab sesuatu perjuangan memang kita inginkan kemenangan, bukannya kekalahan, maka kita wajib mengatur gerak kerja untuk mendapat kemenangan.

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, PRK kali ini PR kalah, mungkin inilah hikmah Allah nak gantikan kekalahan ini dengan kemenangan pada PRU-13 nanti. Allah tangguhkan kemenangan ini agar PR bergerak lebih aktif dan juga berkemungkinan Allah member kemenangan kepada BN pada kali ini adalah untuk menunjukkan bukti kelemahan parti mereka kepada rakyat Malaysia. Sebagaimana kita maklum, pelbagai manifesto yang dijanjikan BN dalam PRK kali ini, kita sama-sama lihat perjalanan mereka adakah mereka menunaikan amanah dan janji mereka dengan sebaiknya. Kita harapkan mereka dapat laksanakan tanggungjawab dengan sebetulnya, kalau mereka tidak dapat menunaikan manifesto itu, maka rakyat akan lebih jelas bahawasanya janji mereka hanya debu yang tiada gunanya malah merosakkan alam.

Dalam sebuah hadis dalam kitab hadis Al-Imam Bukhari , Rasulullah menyatakan sifat-sifat orang munafik, antaranya ialah “apabila mereka bercakap, mereka menipu, apabila diberi amanah mereka khianati, apabila mereka berjanji mereka mungkir janji”. Kalaulah mereka tidak dapat melaksanakan janji yang mereka tabor kepada rakyat, maka dengan kata lain, inilah mereka golongan yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. Teruskanlah perjuangan, jangan sesekali terlintas untuk berpaling dari perjuangan ini. Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan