~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Sunday, November 7, 2010

Antara Dua Kewajipan Dan Keberhajatan Dunia Hari Ini (Siri 2)


Dr. Yusof Al-Qaradhawi ada menyebut: ada seorang penulis dan pemikir Islam, Professor Huwaidi memberitahu kepada seluruh kaum Muslimin melalui akhbar-akhbar katanya “bahawa usaha-usaha untuk mebela dan menolong orang-orang Islam di Bosnia-Herzegovina adalah lebih utama dan mesti didahulukan daripada menunaikan haji… Akhbar itu ditulis pada masa berlakunya peperangan di sana suatu ketika masa dahulu. Dr. Yusof berkata pada ketika itu, ramailah orang yang bertanya kepada saya mengenai kebenaran pendapat Professor Huwaidi tersebut. Jawapan saya pada ketika itu adalah:

Dari perspektif ilmu feqah, pendapat yang telah dilontarkan oleh saudara penulis tersebut adalah mempunyai hujjah yang benar dan kuat, hal itu kerana mengikut hukum Syara’: sesungguhnya semua kewajipan yang menuntut untuk disegerakan mestilah diberikan kutamaan daripada kewajipan yang tidak perlu dikerjakan dengan segera. Fardhu Haji adalah kewajipan yang boleh ditangguhkan mengikut beberapa pendapat Imam Mazhab, sedangkan kewajipan untuk melindungi dan menyelamatkan orang-orang Islam di beberapa negara dari bahaya kelaparan, kesejukan, kematian dan usaha-usaha Serbia untuk menghapuskan seluruh uamat Islam di Bosnia adalah tugas yang tidak boleh ditanggu-tangguh atau dilambat-lambatkan lagi. Inilah satu kewajipan yang ditetapkan ke atas seluruh umat Islam di seluruh dunia.

“memang, kewajipan menegakkan syiar-syiar musim Haji merupakan kewajipan yang telah ditetapkan dan tidak boleh diabaikan oleh sesiapa, namun begitu ianya boleh dilakukan oleh kaum Muslimin yang tinggal di kedua kota haram dan daerah-daerah yang berada di sekitarnya, kerana mereka tidak memerlukan belanja yang banyak untuk menunaikan Haji”.

“Apa yang dimaksudkan oleh Professor Huwaidi adalah bahawa pelaksanaan fardhu Haji tersebut akan memadai dengan datangnya sebahagian kaum Muslimin ke Tanah Suci tersebut. Oleh kerana mereka yang datang ke Tanah Suci pada musim haji adalah orang-orang yang pernah melaksanakannya pada tahun yang sebelumnya, sementara calon-calon haji yang datang untuk melaksanakan fardhu haji yang pertama kali lebih sedikit bilangannya, lebih kurang 15% sahaja dari jumlah keseluruhan jamaah haji yang datang ke Tanah Suci pada setiap tahun. Jadi apabila jumlah keseluruhan jamaah haji 2 juta orang, maka mereka yang dating pertama kali hanyalah seramai 300 ribu orang sahaja.

“Alangkah baiknya, apabila mereka yang pergi ke Tanah suci buat kali ke dua atau kali ke tiga dengan belanja wang ringgit yang begitu besar itu bertolak ansur dan sebaliknya mengalihkan perhatian dan menyalurkan peruntukan yang begitu besar untuk memberi pertolongan kepada kaum Muslimin dan Muslimat yang sedang menghadapi bahaya, penghancuran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam di seluruh dunia”.

Kalaulah duit yang dibelanjakan untuk menunaikan Haji atau Umrah pada setiap tahun itu diberikan kepada mana-mana pertubuhan atau jamaah atau parti Islam untuk membangunkan umat, sesungguhnya inilah yang terlebih baik. Cuba lihat sahaja anak-anak muda sekarang ini, makin hari makin liar, kerana apa?. Mereka ini ibarat anak ayam yang kehilangan ibunya, tidak tahu arah yang perlu dituju, lalu membuat perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Dunia hari ini teramatlah berhajat kepada perkara itu, tapi malangnya umat Islam sendiri tidak menyedari akan hakikat ini. Utamakanlah perkara yang utama, kemudiankanlah perkara yang dikemudiankan, jangan asyik buat keputusan ikut suka hati sahaja dan membelakangi perkara yang disarankan dalam Islam. Kalaulah kita semua sama-sama membantu dalam perkara tersebut dan menangguhkan hajat untuk ke Makah, maka saya rasa, Islam dalam negara kita dan negara-negara yang tertindas akan lebih terbela dan dapat mengembalikan semula Permata yang hilang selama ini dari tangan umat Islam.

Dalam soal pelajaran pula, janganlah meninggalkan pelajaran tersebut selagimana kita tidak habis belajar di sesuatu tempat kerana ia perlu untuk masa depan umat Islam. Ada yang beralasan nak tinggalkan pelajaran ini kerana mahu meneruskan dan terlibat dengan aktiviti dakwah. Sebenarnya yang mana lebih aula (utama) dari itu? Memang dakwah itu lebih utama atau jihad itu lebih utama tetapi pelajaran bagi remaja adalah wajib. Bayangkan pada suatu masa Islam diberi kemenangan oleh Allah, siapakah yang mahu di isi dalam jawatan untuk mentadbir negara sekiranya tiada golongan yang cedik pandai? Dalam al-Quran Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud:

“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”.

Dalam masalah ketaatan kepada kedua orang tuanya juga ada pernah berlaku, bahkan berlaku kepada orang yang tahu dan kuat pegangan agamanya. Mereka memperlakukan kepada orang tuanya dengan layanan keras, kurang adab demikian juga pada adik-beradiknya yang lain dengan alasan mereka kurang pegangan agama. Jangan lupa kepada wasiat Allah untuk membuat dan mentaati kedua Ibu Bapa serta berbuat baik kepada mereka berdua sehinggakan pada ketika itu Ibu Bapanya masih berada dalam keadaan musyrik sekalipun. Taatilah mereka selagimana mereka tidak menyuruh berbuat jahat, dosa atau syirik. Allah berfirman dalam surah Luqman ayat 15 yang bermaksud:

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau tidak mengetahui tentang itu,  maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan”.

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan