~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, November 6, 2010

Antara Dua Kewajipan Dan Keberhajatan Dunia Hari Ini (Siri 1)


Rata-rata umat Islam bilamana hampir tibanya bulan Zulhijjah (Bulan Haji) ramai umat Islam yang pelbagai bangsa, negara dari seluruh pelusuk dunia mahu ke Makkah al-Mukarraah untuk menunaikan Ibadah haji. Saya menulis artikal ini adalah untuk muhasabah bersama supaya hidup kita, harta kita, masa kita, tenaga kita digunakan ke tempat yang paling sesuai, bukannya untuk memenuhi kehendak semata. Ibadah haji merupakan satu rukun daripada rukun Islam dan wajib mengerjakannya bagi sesiapa yang mampu.

Sekiranya bagi mereka yang tiada kemampuan seperti sakit, miskin, tiada kenderaan atau terdapat halangan yang dibenarkan syara’ dikira dosa baginya, tetapi bagi yang sudah mampu dan mahu menangguh bagaimana? Sekiranya mereka mati dalam keadaan tidak menunaikan Ibadah haji sedangkan dia mampu, maka dia mati dalam keadaan berdosa. Saya bukan mahu berbincang soal ini, tetapi sebagai sepintas lalu untuk kita semua ketahui di manakah kita berada sekarang ini.

Kita dapati masyarakat hari ini semakin hari semakin hilang dan lesap dalam menilai sesuatu mengikut Syariat yang sebenar berdasarkan penilaian keutamaan dalam perbuatan. Mungkin kerana jahilnya mereka dalam ilmu agama atau kurang pendedahan dalam kefahaman ini atau mereka senagja buat-buat tidak faham. Inilah golongan yang menjadi ular dalam baju. Ramai yang membuat perkara yang kurang penting daripada perkara yang lebih penting, sebagai contoh, baru-baru ini berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia, ramai anak muda malah yang tua sekalipun sanggup menghabiskan duit untuk menyaksikan perlawanan tersebut, tetapi persoalannya berapa ramaikah yang sanggup turun ke GALAS untuk membantu perjungan Islam???

Janganlah mengulangi perbuatan yang sama. Imam Syafie Rahimahullah pernah berpesan kepada anak muridnya “sesungguhnya orang Mukmin itu, dia tidak akan jatuh ke lubah yang sama”. Dari perspektif Islam, perkara yang utama perlu diutamakan, perkara yang kurang utama perlu dikemudiankan, kekadang pada suatu masa perkara yang utama tadi perlu dikemudiankan mengikut masa, Islam itu bersifat waqi’e (semasa). Dr. Yusof al-Qaradhawi ada menyebut, “ramai dari kalangan umat Islam yang kaya pada hari ini yang ikhlas menghulurkan derma untuk membangunkan masjid baru, walhal dalam daerahnya sudah banyak masjid yang sedia ada, namun cuba kamu mohon dari mereka untuk menghulurkan derma itu untuk kegiatan dakwah Islamiah, menyekat usaha-usaha untuk menyekat penyebaran Islam serta memurtadkan umat Islam ataupun untuk menyokong gerak kerja Islam dalam menegakka Agama Allah ini, kamu akan dapati tidak semua dari mereka yang sanggup berbuat demikian, mengapa? Kerana mereka lebih mengutamakan pembangunan batu daripada pembangunan manusia”.

Pada musim Haji setiap tahun, kamu dapati golongan yang pergi haji buat kali pertama lebih sedikit daripa mereka yang pergi Haji buat kali kedua atau kali ke tiga, bukan? Ramai juga yang lebih mengutamakan umrah di bulan Ramadhan terutamanya. Mereka tidak segan untuk mengeluarkan harta mereka demi tujuan tersebut, malah ada dari kalangan mereka yang sanggup mengeluarkan harta mereka untuk menaja beberapa orang miskin pergi bersama untuk menunaikan Haji atau Umrah, walhal Allah s.w.t. tidak membebankan mereka (orang-orang miskin) untuk menunaikan Haji atau Umrah kerana mereka tidak memikiki kemampuan untuk ke sana.

Cuba kamu minta peruntukan mereka itu supaya disalurkan untuk membantu golongan miskin dalam negara, bantuan untuk Gaza, Bangladesh dan negara-negara lain yang dilanda kemiskinan, wabak penyakit, persengketaan, peperangan atau menyalurkan bantuan tersebut untuk perjuangan Islam dalam negara, ke Palestin, bantuan kepada mereka yang meneriama ujian dari Allah, bantuan untuk menghalang dakyah Kristien berleluasa, menghulurkan untuk Tamrin, pendidikan, membantu sekolah agama rakyat, membantu untuk melahirkan jundi-jundi yang faham Islam, pasti kebanyakan dari mereka enggan dan tidak setuju dengan cadangan tersebut, bahkan ada dari kalangan mereka yang mengherdik perbuatan itu, dan ini telah terbukti. Memang tidak dinafikan ada yang sanggup, tetapi berapa ramai?

Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 19-20 yang bermaksud:

“Apakah orang-orang) yang member minuman kepada orang-orang yang menunaikan Haji dan mengurus Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak akan member petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”. 

Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan