~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Sunday, November 7, 2010

Antara Dua Kewajipan Dan Keberhajatan Dunia Hari Ini (Siri Akhir)


Kaum muslimin hari ini juga telah malalaikan dirinya daripada tugas yang perlu didahulukan untuk menjalankannya dan ini termasuk dalam katogori Fardhu ain, seperti amar Ma’ruh dan nahi mungkar (menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah perkara yang mungkar). Dalam al-Quran telah menerangkan perkara tersebut melalui Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Dalam negara kita, bilamana kita lihat rialitinya, pihak kerajaan seolah-olah menggalakkan maksiat dan hanya beberapa perkara sahaja yang dia dapat cegah, contoh ketikamana dating bulan Ramadhan, pihak jabatan-jabatan agama mengeluarkan pekeliling untuk menangkap dan mendenda individu yang enggan berpuasa di siang hari di bulan Ramadhan, tetapi adakah dalam pekeliling jabatan-jabatan agama mengeluarkan pekeliling kepada golongan yang tidak solat untuk menangkap mereka? Ataupun mengurung mereka dalam lookup sehingga dia kembali bersolat, sedangkan solat itu adalah lebih penting dari puasa mengikut turutan. Berapa ramai yang boleh berpuasa tetapi enggan bersolat.

Sebagaimana yang kita ketahui, mencegah itu lebih baik dari mengubat, kenapa ada sebuah kerajaan negeri Melaka membina sekolah mengandung? Tidakkah ini lebih menggemarkan mereka untuk melakukan perkara terkutuk itu? Kenapa pihak kerajaan hari ini masih tidak mahu melaksanakan Islam secara keseluruhannya? Kalaulah kerajaan hari ini enggang atau takut berbuat sebegitu, maka tukarlah kepimpinan negara, bagi kepada yang mahu melaksanakan Islam dan berani. Jangan berpura-pura dengan wajah Islam, di akhirat nanti kena penampar Malaikat baru tahu.

Perkiraan dalam Islam tidak sama dengan perkiraan matematik biasa, kalau dalam matematik 2-1=1, tetapi di dalam Islam terdapat lima rukun, sekiranya tolak salah satu dari rukun itu, maka hukumnya kafir, nau’zubillah. Kesemua rukun Islam yang lima itu wajib dilaksanakan, semuanya penting, Cuma ada sebahagiannya wajib dilaksanakan dengan segera dan ada yang boleh ditangguhkan. Sebagai contoh, solat wajib dilaksanakan setiap hari lima kali sehari bilamana masuknya waktu, zakat harta wajib bilamana cukup nisab dan haul dia atau zakat fitrah bilamana masuk bulan Ramadhan sehinggalah sebelum solat sunat hari raya. Dalam masalah puasa wajib di bulan Ramadhan dan bulan yang lain tidak diwajibkan dan kepada mereka yang tidak mampu mengikut syarat-syarat yang tertentu tetapi wajib qadha puasa tersebut bila mampu semula. Dalam permasalahan haji hanya wajib kepada mereka yang berkuasa serta mampu untuk ke sana, bagi yang tidak mampu tak mengapa. Inilah indahnya Islam, agama yang sempurna dan tidak menyusahkan umatnya.

Satu lagi permasalahan yang timbul dalam masyarakat hari ini ialah, mereka lebih menekankan permasalahan zikir, tasbih, tahlil dan seumpamanya daripada perkara yang wajib atau fardhu. Sepatutnya lebih memberikan perhatian kepada permasalahan yang wajib yang bersangkut paut dengan permasalahan  bersosial iaitu menjaga orang tuanya atau berbakti kepadanya, menyambung dan menjaga tali persaudaraan berbuat baik kepada jiran tetangga, kasih dan saying kepada kaum yang lemah, mencegak kemungkaran, memerangi kezaliman yang berlaku di tengah-tengah masyarakat. Tidaklah salah memperbanyakkan ingat pada Allah, malah dituntut dalam Islam untuk membersihkan hati dari kekotoran, tetapi janganlah samapai mengutamakan dalam satu sudut dan meninggalkan atau mengabaikan sudut yang lebih penting.

Apabila kita sudah memahami perkara ini, maka sama-samalah kita berubah dan mengamalkan apa yang dituntut dalam Islam perkara yang terlebih utama berada di tingkat amal yang teratas dan yang kurang utama diletakkan di peringkat kemudiannya. Sekarang ini khilafah Islamiah masih tidak ada, maka tugas untuk mencapai perkara tersebut merupakan perkara yang wajib diberikan penekanan tanpa mengabaikan perkara-perkara asas dalam Islam seperti solat, zakat dan sebagainya. Jamaah yang mana kita perlu bersama dengannya? Iaitu jamaah yang dasar yang mahu dibawa berlandaskan Syariat Islam, pelaksanaannya berlandaskan Islam dan tujuannya berlandaskan Islam yang sebenar yang betul-betul mahu mendaulatkan Islam, bukannya parti atau jamaah yang ritorik semata-mata. 

Semoga Allah memelihara kita semua dan supaya Allah tetapkan hati kita semua dalam Agamanya dan dapat berjuang bersama-sama jamaah Islam untuk menegakkan Islam di muka bumi ini, Insya Allah. Cukup dulu buat masa ini dalam perbincangan dalam bab yang ringkas ini, semoga teguran membina dari sahabat dapat membuatkan saya lebih berkualiti dalam gerakerja dan sebagainya. Sekian, wassalam…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan