~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 1, 2010

Tunjang Kekuatan Mukmin Sejati


Seorang ulamak yang bernama Ka'ab al-Ahbar mengatatan, ada tiga tunjang utama kekuatan umat Islam:

1- Al-Quran.

Sekiranya umat Islam meninggalkan al-Quran dalam erti kata tidak mengamalkan al-Quran dalam pentadbiran, maka tunggulah saat kehancuran dalam sesebuah negara tersebut. Al-Quran merupakan tunjang utama umat Islam, kerana tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk panduan kepada manusia, sesiapa meninggalkannya maka sesatlah ia dunia dan akhirat. Awal-awal lagi Allah peringatkan kepada kita, ayat ke dua dalam surah al-Baqarah, "Inilah kitab, tiada keraguan padanya dan sebagai panduan kepada orang yang bertaqwa. sesiapa yang ragu-ragu kepada al-Quran walau satu ayat atau satu huruf dalam al-Quran, maka hukumnya "kafir". Ingatlah, jangan main-main dengan hukum Allah...

2- Masjid.

Masjid merupakan lambang kekuatan Islam. sesiapa yang menyempitkan peranan masjid, maka dia menyempitkan Islam. Pada zaman Rasulullah, Abu Jahal membina masjid Dirar atas alasan kerana masjid Rasulullah di Madinah sudah tidak mampu menampung jemaah yang semakin ramai, inilah alasan mereka, tetapi pada hakikatnya mereka ingin memecah belahkan umat Islam pada ketila itu lalu Rasulullah memusnahkan masjid tersebut.

Sekarang ini, banyak masjid didirikan dengan tersegang indahnya, persoalannya apakah mereka yang membina masjid mereka benar-benar mengimarahkan masjid??? mereka betul-betul menggunakan institusi masjid bertepatan dengan syariat dan sunnah?? pada zaman Rasulullah, masjid digunakan sebagai pusat pentadbiran negara, tempat pertemuan dan berkumpulnya umat, tempat penyebaran Islam dan banyak lagi. zaman sekarang, kita dimomok-momokkan dan disempitkan pemikiran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap Islam, golongan yang hanya berpura-pura terhadap Islam, mereka menyempitkan peranan masjid dan mereka hanya membuat masjid hanya berperanan untuk solat, tazkirah agama, tetapi dalam tazkirah tidak boleh berpolitik. adakah ini benar bertepatan dengan sunnah? Masya Allah, cubalah jangan sempitkan pemikiran.

3- Zikrullah.

Zikrullah (mengingati Allah) merupakan satu kekuatan kepada orang Islam kerana zikir merupakan penenang kepada hati. Dalam al-Quran, Allah telah menjelaskan bahawa "hanya dengan mengingati Allah, hati-hati menjadi tenang". sekarang ini banyak masalah sosial yang berlaku dek kerana mereka mininggalkan zikrullah, perasaan tidak tenang, resah gelisah, tension, malas dan sebagainya akan dialami oleh golongan ini. Masalah bunuh diri, bunuh anak dan sebagainya, kerana mereka tidak tenang kerana perasaan mereka dikawal oleh syaitan dan nafsu walaupun dalam bulan ramadhan sekalipun.

Ayuhlah kita sama-sama daulatkan Al-Quran dan memperjuangkannya sehingga saat tidak dapat lagi memperjuangkannya. Berubah bukan bermula saat ini, tapi berubah bermulalah semalam. Jangan sia-siakan umur, masa untuk hanya berseronok dengan dunia, kerana dunia hanya sementara, dunia penuh dengan tipudaya, dunia tiada nilai walau sehelai sayap nyamuk. Ambillah sebahagian sahaja darinya untuk bekalan hari kemudian. Semoga dapat memberi manfaat yang berguna pada semua untuk kedaulatan Islam...

Mohd Hamyzan Hammyzan Bin Hussain
01-11-2010
12:18 A.M

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan