~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 1, 2010

Wahai Wanita: Kenapa Rasulullah Menangis???


Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Saya dan Fatimah, memasuki rumah Nabi s.a.w.  ketika itu baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian saya pun bertanya: Apakah yang menyebabkan tuan hamba menangis Ya Rasulullah? Baginda bersabda: Hai Ali, pada malam Isra' aku ke langit, aku telah melihat para wanita daripada umatku sedang disiksa dengan berbagai macam siksaan, itulah sebabnya aku menangis kerana menyaksikan azab mereka yang sangat berat dan mengerikan:

1. Saya melihat wanita yang digantung dengan rambutnya hingga mendidih otaknya.
2. Saya melihat wanita yang digantung dengan lidahnya, lalu air panas mendidih dituangkan ke kerongkongnya.
3. Saya melihat wanita yang kedua kakinya diikat ke buah dadanya, sementara kedua tangannya ke ubun-ubun.
4. Saya menyaksikan wanita tergantung sedangkan buah dadanya digigit ular dan kala.
5. Saya melihat wanita berkepala babi, badannya seperti himar sedang disiksa dengan seribu macam siksaan.
6. Dan saya meyaksikan wanita menyerupai anjing sedangkan api masuk dari mulut dan keluar dari duburnya, sementara malaikat memukul kepalanya dengan pontong api.

Kemudia bangunlah Siti Fatimah Az-Zahra Radhiallahu Anha lalu bertanya: Ya Habibi, Ya Rasulullah, Apakah perbuatan dan salah mereka sehingga tersiksa sedemikian rupa? Jawab Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam: Wahai Puteriku:

1. Ada pun mereka yang digantung dengan rambutnya hingga otaknya mendidih,adalah wanita yang tidak menutup rambutnya (tidak berjilbab) dan terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
2. Ada pun yang tergantung pada lidahnya, mereka adalah wanita yang suka menghina suaminya dengan lidahnya.
3. Ada pun yang tergantung dengan buah dadanya adalah isteri yang mengotori tempat tidur suaminya (berzina dengan lelaki lain).
4. Wanita yang kakinya terikat buah dadanya, kedua tangannya ke ubun-ubun serta digigit ular dan kala adalah para isteri yang tidak suka mandi wajib setelah haid dan mempermainkan kewajipan sembahyang.
5. Ada pun wanita yang kepalanya seperti babi dan berbadan himar adalah isteri yang pengumpat, pemfitnah dan pendusta.
6. Dan wanita yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut dan keluar dari dubur adalah wanita yang selalu mengungkit-ungkit pemberiannya dan iri hati atau dengki.

Wahai puteriku, celakalah kalau isteri yang tidak taat kepada suaminya. Maka dengan pengajaran dari hadis ini, maka sedarlah wahai kaum wanita sekalian, anda dahulunya adalah makhluk yang paling hina malah dipandang jejek oleh masyarakat jahiliah, tetapi bilamana datangnya Islam yang membawa Rahmat ke seluruh alam, kaum wanita diangkat ke darjat yang tinggi, malah Islam amat menyayangi kamu semua. Kalau kamu tidak menyayangi diri sendiri, maka bersedialah untuk disoal oleh Allah dan menerima azab yang pedih di akhirat.

Insaflah diri dan bertaubatlah dari dosa yang telah lalu agar di di dunia ini menjadi wanita solehah dan di akhirat dirimu selamat dari azab Allah yang teramatlah pedih.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan