~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, January 22, 2011

Sila Hormati Pandangan Dan Pendapat Orang Lain!!!



Bila bercakap soal menghormati pandangan dan pendapat, saya teringat beberapa peristiwa yang berlaku pada diri saya. Peristiwa pertama, baru-baru ini saya menegur seorang sahabat yang satu sekolah menengah sewaktu dahulu berkenaan beberapa masalah. Saya menegurnya kerana kerjayanya memang agak bercanggah dengan Islam. Kawan saya bekerja sebagai pengedar baju pengantin, make-up (mak andam) dan berkaitan dengannya. Bila satu ketika, dia menyarankan kepada sahabatnya untuk memakai baju pengantin yang ada di kedainya dan saya melihat baju itu agak seksi dan ketat dengan kata lain, walaupun badan tertutup tetapi masih terdedah aurat.  Bila saya melihat gambar tersebut, lalu saya menegurnya supaya ikut cara Islam (tutup aurat). Memanglah, tidak dinafikan, pakaian itu fasion zaman sekarang dan agak mahal dan kainnya agak cantik, tetapi adakah pakaian hanya terletak pada kecantikan dan meninggalkan arahan Allah?

Nak jadi raja sehari yang kelihatan cantik di mata manusia, tetapi dimurkai Raja segala hari di akhirat sana. Inikah yang dikehendaki? Jangan tanya nafsu, tanyalah ilmu dan iman, baru dapat jawapan. Bila saya tegur supaya sila berpakaian dengan pakaian Islam, maka sahabat saya kata balik kepada saya, memanglah tidak dinafikan itu yang Islam mahu, tapi kena hormat juga kehendak orang. Kehendak? Jadi, tiada masalah lah kalau Allah lempar kamu dalam neraka, sebab kamu tidak ikut apa yang Allah mahu. Sahabat, biarlah kehendak atau kemahuan kita berselari dengan al-Quran dan al-Sunnah walaupun kita terpaksa menulikan telinga sebentar dari kata-kata manusia, asalkan tidak binasa di akhirat.

Ada lagi satu kisah, selepas lutut dan badan saya sembuh akibat kemalangan pada awal bulan april 2010 yang lepas, saya diamanahkan untuk memberi kuliah di beberapa buah masjid dan surau dalam kawasan Tumpat dan sekitar. Dipendekkan cerita, berkebetulan pada waktu itu isu yang hangat diperkatakan ialah isu “kerajaan meluluskan lesen judi” sempena perlawanan bola piala dunia. Pada kuliah dhuha pada setiap jumaat di sebuah masjid dekat bandar Tumpat, saya mengeluarkan beberepa dalil dalam al-Quran tentang ayat pengharaman judi untuk memberi kefahaman kepada ahli jamaah yang hadir supaya tidak keliru lagi dengan isu ini. Allah Ta’ala mengharamkan sama sekali judi walau bagaimana cara sekalipun.

Apabila tiba minggu seterusnya, setelah selesai kuliah, saya bersembang dengan ahli jamaah yang hadir di sebuah kedai kopi, dia bagitahu kepada saya “ustaz, minggu lepas, selepas ustaz mengatakan judi ini haram, puak-puak UMNO yang duduk di kedai kopi sebelah bersembang sesama mereka, mereka kata apa nak diharamkan? Ikut jelah keputusan kerajaan, kenapa nak bantai kerajaan?” lebih kurang begitulah mereka kata. Saya kata kepada ahli jamaah tadi, “takpa-tapa, nanti minggu depan saya sebut balik hal ni”. Pada minggu itu saya mengulang kembali kenyataan saya dan mengatakan judi ini adalah haram dan sesiapa yang mengikut kerajaan atau pemerintah yang tidak menjalankan Islam dan tidak berhukum dengan Islam, maka dia akan turut mendapat dosa yang dilakukan oleh kerajaan walaupun dia tidak melakukannya. Saya mengulanginya beberapa kali dengan lantang supaya semua penduduk di sekitar mendengar apa yang dikehendaki oleh Islam.

Selepas kejadian itu, saya tidak dengar lagi dari mulut-mulut puak UMNO yang nak lawan, tapi di belakang-belakang tak tahu lah macamna. Ada orang kata kepada saya “sahabat, perlahan la sikit berpolitik, anta tak takut ke?”. Saya jawab ringkas “berpolitik adalah tugas umat Islam dan politik adalah sebahagian dari Islam”. selagi saya mampu menggalas tugas ini, selagi nyawa bersama badan ini, selama itulah saya akan bersama perjuangan Islam. nak menghormati pandangan dan pendapat ada tempatnya, tetapi pada sudut yang lain kita perlu tegas. Selagi perkara tersebut tidak menyentuh sesitiviti Agama atau perkara USUL dalam agama Islam, maka ia dibolehkan untuk bertolak ansur, tetapi jika bercanggah dengan perkara Usul dalam agama, kita tidak dibenarkan berdiam diri dan bertolak ansur. Sama-sama kita doakan supaya kita semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta mendapat keredhaan Allah selalu dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan