~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, December 8, 2010

Konsep Keadilan Dalam Siasah Syar'iyyah (Siri 2)


Pengenalan Dan Definisi Siasah Syar’iyyah

Definisi
Perkataan siyasah pada penggunaannya di sudut bahasa bermaksud ‘mentadbir sesuatu perkara dengan baik’ atau ‘pemerintah mentadbir urusan rakyat. Perkataan Syari`ah berasal dari perkataan “Syari`at” dalam bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya dimengertikan sebagai ‘sumber air minum atau pembawaan yang jelas. Perkataan  ‘Syari`ah’ juga dipakai oleh al-Quran dalam banyak ayat, antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak.

Manakala ‘Syari`at Islam’ ialah seluruh apa yang disyari`atkan oleh Allah di dalam agama sama ada dengan wahyu atau dengan sunnah Rasul s.a.w. Ianya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan dengan perbuatan para mukallaf sama ada halal, haram, wajib, sunat dan harus yang dikenali sebagai fiqh dan juga perundangan Islam.

Pandangan Ulamak:
Sesungguhnya perkataan Siasah Syar’iyyah mempunyai pelbagai maksud menurut interpretasi para ulamak Islam:

1.         Golongan Fuqaha’ memaksudkan Siasah Syar’iyyah sebagai suatu autoriti yang syara’ berikan kepada pemerintah untuk beramal atau bertindak di dalam suatu dasar atau polisi mengikut maslahah (kepentingan awam) selagi ia tidak menyalahi prinsip-prinsip Islam sekalipun tindakan tersebut tidak mempunyai peruntukan yang khusus di dalam syara’.

Pengarang Al-Bahr Ar-Ra’iq berkata di dalam bab ”zina”:

Jelas daripada kata-kata mereka di sini bahawa Siasah Syar’iyyah merupakan suatu tindakan oleh pemerintah berdasarkan suatu maslahah pada perspektifnya sekali pun tindakan tersebut tidak mempunyai dalil khusus”.

2.         Siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang  berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemu-dharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama’ mujtahidin.

3.         Sebahagian para fuqaha’ pula mentakrifkannya sebagai: “Tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” Dalam penakrifan lain mereka berkata: “Menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut  ketentuan syarak.”

4.         Siyasah Syariyyah adalah dua kalimah yang bercantum, iaitu kalimah “Siyasah” dan “Syariyyah”. Dari sudut bahasa arab, Siyasah (السياسة) berasal dari kalimah Arab, ساس يسوس , سياسة yang memberi maksud “politik atau polisi dan dasar. Adapun dari segi Istilah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi menta’rifkan Siyasah sebagai:

القيام علي شيء بما يصلحه
Maksudnya:
“melaksanakan sesuatu berdasarkan kepada maslahat.

Pandangan Tokoh Terkenal:
Di dalam kitabnya al-Khutat, al-Maqrizi menyebut: ”Sasa Al-’Amr Siyasatan” bermakna mengendalikan urusan suatu urusan. Orang yang mengendalikannya disebut ”Sais” dan jama’nya ialah ”Sasah”. ”Sawwasahu Al-Qaum” pula bermakna kaum tersebut telah melantiknya sebagai pemimpin mereka.

Katanya lagi:
Inilah penggunaan asal perkataan ”Siasah” di dalam bahasa Arab. Kemudiannya ia dihurai sebagai tatacara atau peraturan yang digubal bagi menjaga tatasusila, kemaslahatan dan mewujudkan keadaan yang stabil. "Siasah” terbahagi kepada dua jenis: pertama: ”Siasah” yang adil, iaitu ”Siasah” yang berjaya mendapatkan semula hak daripada orang zalim yang jahat. ”Siasah” seperti ini termasuk di dalam kategori hukum syara’. Ia hanya diketahui oleh sesiapa sahaja yang tahu jahil tentangnya oleh sesiapa yang jahil. Sesungguhnya ramai ulama’ yang menulis buku-buku berkenaan Siasah Syar’iyyah. Jenis siasah yang kedua ialah ”Siasah” yang zalim. ”Siasah” ini diharamkan oleh syari’ah.

Kesemua maksud dan takrif yang telah dikemukan di atas mengenai Siasah Syar’iyyah, sebenarnya tidak mempunyai perbezaan yang amat ketara sebaliknya terdapat juga persamaan antara satu sama lain. Dari aspek pentadbiran, segala kepentingan orang ramai semakin baik jika sekiranya para pemerintah mempunyai autoriti yang luas dalam penggunaan kaedah Maslahah Mursalah. Oleh itu tidak menjadi halangan jika kita memperluaskan maksud Siasah Syar’iyyah sehingga ia merangkumi kesemua perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut selagimana ia tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan