~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Thursday, December 2, 2010

Boikot Tetap Boikot, Jangan Banyak Alasan!!!




Berpeluk tubuh  (tanpa  perjuangan) dengan menyaksikan  konspirasi musuh-musuh Allah beraksi  memusnahkan ummah hingga ke akar umbi, membiarkan ummah menjadi mangsa  fatamorgana dunia  dan syahwat serta akur  terhadap  manipulasi  golongan opurtunis untuk  melemahkan ummah dari dalam, adalah merupakan jenayah  yang paling kejam dilakukan oleh seorang muslim.

Maksudnya: 38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. 39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah at-Taubah 38-39).

Dewasa ini, ramai umat Islam yang semakin hari semakin tidak memahami dan berputus asa dalam memperjuangkan agama Allah Ta’ala. Ada yang mengatakan kepada saya “buat apa nak boikot barangan Yahudi? Sedangkan ramai ustaz-ustaz yang menggunakannya, berapa peratus je kita dapat dari memboikot barangan mereka? Kecil sahaja”. Inilah beberepa kata-kata yang mereka kemukakan bilamana kita mengatakan kepada mereka supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh musuh Islam. Ingatlah wahai sahabat, “kalau kita tidak dapat melaksanakan kesemua perkara, maka janganlah tinggal kesemua perkara”. Letakkan dan tanamlah dalam diri supaya sekurang-kurangnya kita tidak menggunakan barangan keluaran musuh Islam. Memang tidak dinafikan, ada sebahagian barangan yang kita tidak dapat elak dari menggunakannya, tetapi apa peranan kita untuk memusnahkan golongan penentang Islam.

Jihad teramatlah luas maksudnya, jihad mempertahankan agama Allah dengan pergi berperang, jihad mempertahankan harta benda, jidah melawan hawa nafsu, jihad ilmu termasuklah jihad memboikot barangan keluaran musuh-musuh Islam. Allah tidak tanya dengan kamu berbuat demikian (boikot) dapat memenangkan agama Islam tetapi Allah akan tanya apa peranan kamu untuk memenangkan agama Allah ini dari musuh-musuh Allah?. Jika kita beralasan itu dan ini, sampai bila kita tidak akan matang dalam perjuangan. Ingatlah saudara, Allah Ta’ala berfirman dalam al-Quran:

Maksudnya: 120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (Surah al-Baqarah 120).

Janganlah menjadi sepertimana bani Israil yang selalu beralasan dalam memperjuangkan agama, yang tidak mematuhi agama dan perintah Rasulnya.

مَنْ مَاْتَ وَ لَمْ يَغْزُ وَ لَمْ يُحَدِّثْ نَفْسُهُ بِالْغَزْوِ مَاْتَ عَلى شُعْبَةٍ مِنَ النِّفَاقِ

Barangsiapa  yang mati  sedang ia  tidak berperang ( berjuang ) dan tidak juga merencana  untuk berperang ,  matilah ia  di  atas satu  cabang  dari  cabang nifaq.
( Riwayat  Imam Muslim )

Sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa, masa depan adalah di tangan Islam, untuk menuju ke arah itu, kita wajib bekerja memperjuangkan kebenaran ini sehingga ternyata kebenaran adalah satu kebenaran, kesesatan adalah satu kesesatan.

Maksudnya: 193. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim. (Surah al-Baqarah 193)

لا تَقُوْمُ السَّاعَةُ  حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اْليَهُوْدَ فَيَقْتُلُهُمُ المُسْلِمُوْنَ حتى يَخْتَبِئَ اْليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ  الْحَجَرِ وَ الشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ  يَا عَبْدَ  اللهِ  هَذَا  يَهُوْدِيٌّ  خَلْفِيْ فَتَعَاْلَ فَاْقْتُلْهُ ِإلا الْغَرْقَدْ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ  الْيَهُوْدِ
  
“ Tidak akan berlaku  qiamat sehinggalah orang – orang Islam memerangi  orang  - orang yahudi  sehingalah Yahudi bersembunyi  di sebalik batu dan pokok maka berkatalah batu atau pokok : Wahai Muslim , Wahai Hamba Allah , Ini Yahudi  sedang bersembunyi  di belakangku maka  datanglah  lalu  bunuhlah ia , kecuali pokok Gharqad maka  sesungguhnya  ia adalah pokok yahudi ”
( Riwayat  Imam Muslim )

Hadis ini jelas melakarkan  wajah kemenangan Islam di masa  depan . Sungguhpun  hari ini Yahudi sedang bermaharajalela, tetapi  tidak bermakna mereka kekal menguasai ummat Islam.  Berundurnya Yahudi dari  Labenon satu petanda  awal  bahawa Yahudi  boleh dikalahkan

Berjuanglah dari sekecil-kecil perkara, sehinggalah sebesar-besar perkara. Sesungguhnya amalan kebajikan yang sebesar zarah itu dikira dan dipandang oleh Allah, dan perkara yang sekecil-kecil (zarah) perkara dalam maksiat juga akan dikira oleh Allah Ta’ala. Dalam soal pemakanan Allah Ta’ala menyebut dalam al-Quran:

Maksudnya: 168. Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah).

Maksudnya: 172. Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (Surah al-Baqarah).

Kedua ayat ini jelas kepada kita sebagai umat Islam, supaya kita memilih makanan yang terbaik dalam kehidupan. Jihad dalam memakan dan menggunakan barangan yang halal adalah tugas kita semua, bahkan menjadi keawajipan kepada kita semua. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. bersabda:

Maksudnya: sesungguhnya halal itu sudah jelas, haram itu juga sedah jelas, dan diantara keduanya ada keraguan, maka jauhilah darinya.

Sekian…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan