~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Wednesday, November 10, 2010

Makam Dan Masjid Abul Abbas Al-Mursi



Masjid ini dinamakan Masjid Abul Abbas al-Mursi sempena mengingati di dalam masjid tersebut beliau dikebumikan. Abul Abbas al-Mursi adalah orang yang ke dua dalam tarikat Syadziliyyah. Beliau seorang sufi terkenal sekaligus seorang ulama’ dan orang soleh yang memiliki banyak karamah diberikan oleh Allah kepadanya.

Nama sebenar beliau adalah Shihabuddin Abul Abbas Ahmad Bin Umar Bin Muhammad al-Ansari Al-Mursi. Beliau dilahirkan di daerah al-Marsiyyah (kerana itu nama beliau diakhiri dengan nama al-Mursi), bersempena dengan nama salah satu kota di Spanyol, pada tahun 616 H atau 1219 M.

Beliau berasal dari keluarga berada, orang tuanya seorang pedagang kaya dan bisnesman terkemuka pada waktu itu. Ketika Spanyol banyak didominasi orang-orang Kristien, Abul Abbas al-Mursi dan keluarga meninggalkan kampung halaman pada tahun 640 H, 1242 M.

Ketika beliau berada di Tunisia, beliau mendengar khabar berita tentang seorang ulama’ sufi terkenal iaitu Syekh Hasan al-Syadzili (pengasas tarikat Syadziliyyah) yang hendak berangkat menuju ke Iskandariah. Bahkah, Abul Abbas al-Mursi menjadi menantu kepada Syekh Hasan kerana dinikahkan dengan salah satu peterinya.

Abul Abbas al-Mursi kemudian menjadi murid tauladan Syekh Abul Hasan al-Syadzili. Selepas kematian Abul Hasan al-Syadzili, Abul Abbas diberi amanah memegang tapuk khalifah untuk meneruskan perjuangan dan ajarannya.

Abul Abbas tinggal di Iskandariah selama 43 tahun. Sehingga beliau meninggal di sana pada tahun 686 H atau 1286 M. selama hayatnya, beliau mengajar ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat, khususnya ilmu Tasawwuf. Beliau dimakamkan di tempat kematian beliau, kemudian dibangunkan sebuah masjid besar dan dinamakan Masjid Abul Abbas al-Mursi.

Masjid ini dibangunkan beberapa kali untuk perluasan. Masjid ini diperluaskan buat pertama kalinya oleh seorang saudagar kaya yang ketika itu, beliau menziarahi makam Syekh Abul Abbas al-Mursi pada tahun 1307 M. saudagar itu bernama Syekh Zainuddin al-Qattan.

Pada tahun 1477 M, masjid ini direnovadkan pula oleh seorang Bupati Iskandariah yang bernama Gaqmas al-Zahri pada ketika itu. Pada tahun 1596 M, masjid ini diperluas oleh seorang yang bernama Syekh Abul Abbas al-Khurzemi yang kemudiannya beliau dimakamkan di sisi makam Syekh Abul Abbas al-Mursi  di dalam masjid tersebut sehinggalah sekarang ini boleh disaksikan masjid tersebut yang cantik dan tersegang indah.

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan