~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Sunday, November 21, 2010

Sanggupkah Anda Menggadai Perintah Allah Kerana Sesuatu Yang Berharga Di Sisi Manusia???



Dalam al-Quran Allah Ta’ala berfirman yang maksudnya:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Ahzab 33:59)

Dalam ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang  haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur 24:31)

Dalam lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangannya ialah melalui sabda junjungan besar Nabi s.a.w. kepada Asma’ bt Abu Bakar yang bermaksud:

“wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” (HR Abu Dawud).

Berdasarkan beberapa dalil di atas, maka dapatlah kita semua mengerti bahawasanya menutup aurat adalah tuntutan Allah Ta’ala dan Rasulnya kepada umat manusia yang beriman. Al-Quran merupakan panduan teras kepada manusia supaya tidak lari dan tergelincir dari landasan yang sebenar. Sebagaimana yang kita selalu baca dalam al-Quran surah yang kedua yang bermaksud “inilah kitab (al-Quran) yang tiada ragu-ragu padanya sebagai panduan kepada orang yang bertaqwa”. Sesiapa yang mengambil panduan selain dari panduan yang Allah turunkan, maka dia akan binasa, tidak selamat dunia dan akhirat.

Belakangan ini ramai di kalanagn wanita ataupun lelaki, sanggup menggadaikan iman mereka semata-mata kerana jawatan dalam kerajaan atau swasta dan sebagainya. Sebagai contoh, pekerja-pekerja di syarikat-syarikat besar antaranya pasar raya, hotel dan sebagainya yang mesti memakai pakaian seragam yang telah disediakan oleh pihak pentadbir. Pakaiannya kekadang ada yang menutup aurat, kekadang ada yang tidak menepati syariat. Biasanya pakaian yang disediakan adalah pakaian ketat kepada perempuan, kepada lelaki tidaklah ketat pula, inilah kebiasaan berlaku jika berkunjung ke pasar raya atau hotel. Adakah bagi wanita itu dibolehkan memakai pakaian ketat? Tidak boleh sama sekali kerana pakaian ketat tidak menepati piawaian yang telah termaktub dalam syariat Islam. Kenapa? Apabila dikatakan ketat, maka Nampak susuk tubuh wanita, maka inilah yang menjadi haram.

Ada lagi yang bertanya, kalau bekerja dengan sesebuah syarikat atau menjalani praktikal bagaimana pula? Kalau soalan ini timbul, maka soalan ini juga akan timbul “adakah anda sanggup menggadai perintah Allah? Sedangkan menutup aurat adalah tuntutan syariat Islam”. Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “tidak ada ketaatan kepada makhluk kecuali hanya kepada Allah sahaja”. Berdasarkan hadis ini, maka kita faham bahawa tiada istilah nak cari makan, atau nak grad dapat sijil dan sebagainya. Ada lagi yang tanya, kalau begitu, maka tak dapat ijazah lah saya? Saya nak tanya balik, nak dapat ijazah ke nak dapat Redha Allah? Kalau nak ijazah, maka murka Allah juga akan dapat. Tidak mendapat ijazah atau pekerjaan, Redha Allah akan mengiringi, yang mana pilihan? Pilihlah sendiri, nilailah sendiri.

Saya nak tanya satu persoalan lagi, kenapakah semasa memilih kos untuk sambung dalam bidang pengajian, ambil bidang itu? Sedangkan bidang lain terlalu banyak. Nak mudah dapat kerja? Senang nak belajar? Dan apa-apa persoalan lagi lah. Kalau itulah jawapan, maka bersedialah untuk menerima hukum Allah. Sebelum bertemu dengan Allah, insaflah dari apa yang dilakukan sebelum ini. Samalah juga kita bekerja dengan sesebuah syarikat, atau menjawat jawatan dalam kerajaan. Kalaulah kita disyaratkan untuk tidak terlibat dengan politik atau memberi tazkirah atau membuat kerja-kerja Islam, maka kita tidak boleh bekerja di situ. Kalau kita bekerja juga di situ dan ternyata kita dihalang dari membuat kerja-kerja Islam dan dalam masa yang sama kita ikut dengan anakmen tersebut, maka hukumnya haram kita bekerja di situ, kerana membuat kerja-kerja dakwah atau kerja-kerja Islam adalah tanggungjawab bersama dan ia adalah satu kewajipan. Dalam kaedah usul fiqh “tidak sempurna sesuatu kewajipan, kecuali dengannya ianya menjadi wajib juga”.

Janganlah kerana pangkat, harta, pekerjaan, sijil dan sebagainya, kita sanggup menggadaikan perintah Allah Ta’ala. Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama, segala kelemahan dan kekurangan harap ditegur. Peringatan ini juga untuk diri ini juga dan untuk semua umat Islam. Wallahu A’alam…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan