~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 22, 2010

Kisah Si Suami Bermadu Empat…



Di sebuah desa, terdapat seorang ustaz yang beristeri empat, hidupnya bersama isteri-isterinya aman dan damai. Mereka saling bantu membantu antara satu sama lain jika ada kesusahan dan sama-sama menikmati kesenangan bersama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Si suami pula, amat tegas dalam mentadbir keluarganya, namun ia seorang yang berlapang dada, penyabar dan baik hati.

Dipendekkan cerita, suatu hari si suami mengumpulkan isteri-isterinya di rumahnya untuk menguji tahap keilmuan isteri-isterinya. Apabila semua sudah berkumpul, maka si suami berkata kepada para isterinya “di sini abang ada satu soalan, tetapi semua mesti menjawabnya dengan jawapan yang berlainan, sesiapa dari isteri-isteri abang yang tidak dapat menjawab, maka abang akan cerai dengan talak tiga”. Apabila si suami berkata begitu, semua isterinya terkejut dan saling melihat antara satu sama lain. Masing-masing gementar dengan kenyataan tersebut dan masing-masing menunggu apa persoalan yang akan disoal oleh suaminya.

Seketika selepas itu, si suami berkata kepada isteri-isterinya “soalannya ialah, berapakah bilangan rakaat solat fardhu dalam setiap hari?”. Tambah si suami lagi “abang bagi masa lima minit untuk memikirkan jawapan masing-masing”. Lalu si isteri-isteri tersebut masing-masing memikirkan dan mengingati kembali apa yang telah dipejari sewaktu ketika dahulu, kerana antara isteri tersebut, ada yang lepasan al-Azhar, university tempatan dan pelbagai lagi.

Bilamana masa yang diberikan sudah cukup, maka si suami tersebut memberitahu kepada isteri-isterinya “ok, masa sudah cukup, jadi abang ingatkan sekali lagi, jawapan mestilah tidak sama”. Tambah si suami lagi “abang tidak akan tentukan siapa yang akan jawab dahulu, siapa nak jawab dahulu dipersilakan”. Maka si isteri-isterinya memandang antara satu sama lain, Mereka semua masing-masing gementar kerana takut berpisah dengan suami kesayangannya. Lalu isteri pertama mengambil keputusan untuk menjawab dahulu persoalan tersebut. Dengan penuh kelembutan sebagai isteri solehah dan sopan santum lalu menjawab soalan tersebut “abang, jawapan saya ialah 17 belas rakaat”. Tanya si suami, kenapa 17 rakaat? lalu isteri pertama yang bernama Aminah menjawab “kerana sehari-hari, kita bersolat penuh (tamam) dengan zohor, asar, isyak empat rakaat, maghrib 3 rakaat dan subuh 2 rakaat, maka dicampurkan = 17 rakaat. maka suami itu berkata “ok, abang tidak akan kata betul atau salah, tunggulah selepas kesemuanya menjawab soalan ini”.

Selapas itu, isteri kedua pula mengambil keputusan untuk menjawab soalan tersebut, dengan penuh hormat kepada si suami ketika berhadapan dengan suami kesayangannya tambah pula dalam keadaan gemuruh menjawab persoalan tadi. Si isteri kedua ini bernama A’isyah, lalu menjawab “duhai abangku sayang, jawapannya ialah 15 rakaat”. Lalu si suami bertanya, kenapa 15 rakaat? lalu A’isyah menjawab “kerana seseorang itu bermusafir, dan dia keluar rumah selepas waktu asar, maka jadilah solat zohor dan asar = 8 rakaat, diksarkan solat isyak tambah dengan maghrib 3 rakaat = 5 tambah subuh 2 rakaat, semua sekali akan menjadi 15 rakaat dan satu lagi ialah pada hari jumaat, maka 15 rakaat juga kerana zohor menjadi 2 rakaat dan ditambah dengan rakaat lain menjadi 15 rakaat juga”. begitulah jawapan si A’isya kepada suaminya. Si suami berkata seperti isterinya yang pertama.

Maka tinggallah dua orang isteri lagi yang menunggu giliran masing-masing, samaada diceraikan atau tetap bersama lagi. Dengan tidak melengahkan masa lagi si isteri yang ketiga mengambil keputusan untuk mengemukakan jawapan. Lalu mengadaplah si isteri yang ketiga ini bernama Asiah ke hadapan suaminya yang selalu dicintai dengan penuh hormat lalu menjawab soalan tadi “abangku sayang, jawapannya ialah 13 rakaat” lalu si suami bertanya, kenapa 13 rakaat? isterinya menjawab “kerana seseorang itu bermusafir yang keluar pada waktu selepas solat isyak. Tambahnya lagi “isyak 4 rakaat ditambah maghrib 3 rakaat = 7 rakaat, subuh tetap 2 rakaat serta zohor dan asar diqasarkan kesuanya menjadi 4 rakaat semuanya, maka ditambah kesemuanya menjadi = 13 rakaat. itulah jawapan yang dikemukakan oleh isterinya yang ketiga, lalu si suami “seterusnya”.

Isterinya yang ke empat ini sangatlah takut, sehinggakan menangis kerana kesemua madunya sudah lepas menjawab soalan. Dengan rasa gerun di hati dan teresak-esak pergi mengadap suaminya, lalu suaminya bertanya, kenapa sayang menangis? Kalau ayang seorang isteri solehah dan berman serta berilmu, maka tidak perlu takut. Maka tenanglah sedikit hatinya, lalu menjawab soalan tadi “abangku sayang, jawapannya ialah 11 rakaat”. tanya suaminya, kenapa 11 rakaat? lalu isterinya yang bongsu bernama A’inul Mardhiah menerangkan “kerana seseorang bermusafir dan keluar sebelum masuknya waktu zohor ataupun selepas waktu subuh si pemusafir keluar dari rumah, maka dicampunkan zohor dan asar diqasarkan = 4 rakaat, magrib 3 rakaat, isyak diqasarkan = 2 rakaat dan subuh 2 rakaat dan dicampurkan kesemuanya, maka = 11 rakaat. itulah jawapan yang dikemukakan oleh si A’inul Mardhiah kepada suaminya.

Apabila kesemuanya sudah menjawab persoalan tadi, maka masing-masing semakin risau dan gementar menunggu nasib masing-masing, adakah mereka akan diceraikan atau akan tetap bersama lagi. Lalu si suami tersenyum dan menenangkan keadaan dengan berkata “bertenanglah wahai isteri-isteriku yang disayangi, janganlah kamu takut dan gerun, sesunggungnya di akhirat nanti, sekiranya kamu tidak mentaati perintah Allah dan Rasulnya serta suaminya, dimanakah kamu ingin berpaut? Jika di dunia ini, kamu teramat takut untuk berpisah denganku, bagaimana pula di akhirat? Maka taatilah Allah dan Rasulnya dengan penuh keimanan serta taatilah perintah suami selagimana tidak bercanggah dengan hukum Allah”. Sedikit nasihat dari si suami sementara member keputusan kepada para Isterinya itu. Lalu diumumkan kepada isterinya “berbahagialah duhai isteri-isteriku sayang, sesungguhnya kesemua jawapan yang dikemukakan itu adalah benar-benar belaka, maka dengan ini tiada sesiapapun yang akan berpisah”. Mereka semua teramatlah gembira dan bahagia, selepas dari itu, mereka hidup bersama dengan penuh bahagia, beranak pinak dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Moral dari kisah Ini:

Jadilah kamu wahai wanita-wanita Islam, isteri yang solehah yang mentaati suami selagimana tidak bercanggah dengan hukum syara’ dan jadilah kamu orang yang berilmu, kalaulah di antara mereka yang tidak belajar ilmu agama, maka kemungkinan akan berpisah dari pangkuan suaminya, semoga kita semua selamat dunia dan akhirat. Mungkin ada lagi yang tidak disebutkan moralnya, pandai-pandailah menilai sendiri moralnya. Jika ada kebaikan, ambillah ia sebagai panduan hidup. Sekian, wassalam…

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan