~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 1, 2010

Akal Bijak Tanpa Wahyu = "Bodoh" Mengapa? (Siri 1)


Akal Merupakan Kurniaan Allah yang paling berharga kepada manusia dan akallah juga sebagai pembeza antara manusia dengan haiwan. sekiranya akal tidak digunakan dengan sebaiknya berdasarkan petunjuk Allah, maka tiada gunanya lagi akal kepada manusia. Pada Setiap hari jumaat kita sering mendengar Khatib membaca, Wahai hamba-hamba Allah!! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya  menyeru dirisaya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar  kita  sama-sama meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya dan  menjauhi  segala yang  ditegahNya. Inilah yang diungkapkan dalam khutbah jumaat setiap kali bila datangnya solat jumaat. Adakah kita sudah melunaskannya??? sama-sama lah bermuhasabah.

Firman Allah dalam ayat 15 dan 16 surah Huud :
من كان يريد الحيــوة الدنيا وزينتها نوف إليهم أعمــلهم فيها وهم فيها لايبخسون . أولئك الذين ليس لهم فى الأخرة إلا النار وحبط ما صنعوا فيها وبــطل ما كانوا يعملون

Maksudnya:  Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (tanpa mengira halal dan haram), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.

Islam tidak pernah melarang umatnya daripada mencari kemewahan harta dunia tetapi ada batasnya yang tertentu agar umat Islam tidak melanggar hukum syariat yang berkaitan dengan halal dan haram bagi memastikan kemewahan yang dicapai di dunia mampu untuk membantu kita dalam mencapai kebahagiaan hidup di negeri akhirat nanti. Zuhud dengan dunia bukan bererti Islam menyuruh umatnya agar berhenti terus daripada mengejar kemewahan harta sebaliknya harta yang dikejar mestilah daripada sumber yang halal serta berbelanja pada jalan yang halal , tidak membazir, tidak hanyut dengan kemewahan itu daripada mengingati Allah serta sentiasa mengeluarkan zakat yang diwajibkan dan bersedekah. Islam bukan membenci atau memusuhi pembangunan tetapi ia mestilah dibina atas asas taqwa bukannya dibina untuk menunjuk-nunjuk sehingga berlakunya banyak pembaziran dan salah guna terhadap wang rakyat, sedangkan rakyat yang teramai tidak dapat memperolehi manfaat yang sepatutnya daripadanya.

Islam mewajibkan ummatnya mengeluarkan zakat, bukan bererti Islam ini zalim pada penganutnya, tetapi pada harta tersebut ada hak orang lain (miskin) dan sebagainya untuk memastikan harta kita suci dari kekotoran. Setengah bulan berbaki ini, tunaikanlah zakat Fitrah anda, jangan cuba-cuba membina alasan untuk melepaskan diri daripadanya. Ingatlah, ini adalah arahan dari Allah, maka tunaikanlah ia dengan rela hati.

Umat Islam kini sebenarnya lebih banyak menggunakan akal dalam mengembalikan kekuatan Islam dengan alasan bahawa Yahudi yang pernah dibunuh dan diperangi sekian lama oleh penduduk dunia kini imampu menguasai dunia hasil daripada penggunaan akal. Jika kita lihat kepada perpecahan umat Islam dan kemunduran tamadun kebendaan kita pada hari ini bukanlah disebabkan ramai umat Islam terutama pemimpin tidak menggunakan akal, malah disebabkan mereka terlalu banyak menggunakan akalah danl dengan mengenepikan wahyu telah menyebabkan umat Islam mula menghadapi keruntuhan tamadun kemanusiaan serta masih ketinggalan dari segi kemajuan tamadun kebendaan. Kalaulah kita amati, Kebanyakan negara OIC sendiri hanya sepakat semasa mesyuarat sahaja tetapi berpecah semula apabila kembali ke negara masing-masing akibat menggunakan akal semata-mata.

Ada negara umat Islam yang mengikut ideologi ciptaan akal yahudi seperti kapitalis, sosialis, komunis dan selainnya dan dari sini lagi mereka sebenarnya mahukan perpecahan ini terus berlangsung. Jika pemimpin negara umat Islam mahu bersatu dan maju maka mereka bukan mesti kembali menggunakan akal semata-mata dengan mengenepikan wahyu sebaliknya mereka mesti meletakkan seluruh system Islam ditempat yang paling tinggi mengatasi akal yang kebanyakannya dikuasai nafsu. Akibat penggunaan akal semata-mata inilah menyebabkan pemimpin boleh diam membisu, malah merestui suatu konsert hiburan daripada kumpulan barat Linkin Park dan sebagainya yang diadakan di tengah-tengah kerancakan Persidangan Negara Islam (OIC) di mana ianya menambahkan lagi masalah sosial yang sedia ada suatu ketika dahulu. Adakah ini merupakansalah suatu cara penggunaan akal yang bijak dalam memajukan tamadun kemanusiaan yang hampir runtuh sebagaimana yang disarankan???.

Sepatutnya setelah banyak kali bersidang maka pemimpin negara umat Islam telah sedar bahawa Islam telah menunjukkan suatu system hidup yang terbaik berasaskan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w untuk diterima pakai tetapi malangnya akal juga menjadi pilihan mereka yang menyebabkan banyak hasil dalam negara yang diperolehi serta betapa ramai tenaga manusia yang ada tidak mampu digunakan sebaik mungkin dalam mengembalikan semula kegemilangan Islam dan umatnya. Kita tidak nafikan bagaimana umat Kristian telah meraih kemajuan tamadun kebendaan apabila memisahkan agama daripada urusan kehidupan. Ini disebabkan paderi Kristian yang terlalu menekan penganut Kristian daripada hidup bebas apabila paderi bertindak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus menindas dan mendapat keuntungan daripadanya.

Setelah berlakunya beberapa revolusi terutama Revolusi Perancis dan perindustrian telah menyebabkan tersebarnya fahaman sekulerisme yang memisahkan antara agama dan kehidupan yang telah membolehkan penganut Kristian menjalankan aktiviti dengan bebas tanpa dibelenggu oleh penindasan gereja. Di sebalik revolusi yang berlangsung ini, kita dapat melihat bagaimana peranan besar yang telah dimainkan oleh yahudi dalam menjayakannya. Setelah penganut Kristian memisahkan antara agama dan kehidupan telah membolehkan mereka maju dalam membina tamadun kebendaan tetapi terus gagal dalam membina tamadun kemanusiaan.

 Bersambung....

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan