~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Saturday, January 14, 2012

Berwaspadalah Dari Penumpang Itu!!!



Sekian lama mereka menaruh demdam kesumat untuk merampas dan menjahanamkan tapuk kepimpinan dan mereka terajui sendiri, tapi malangnya sampai ke saat ini mereka masih tidak berjaya untuk meneruskan hastat jahat mereka itu, tetapi sudah ada bibit-bibit itu dan telah rosak sedikit kerana mungkin sedikit kesilapan atau memang disengajakan. Dalam masa yang sama mereka memang bijak dalam membuat percaturan dan strategi untuk meneruskan agenda mereka itu. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan dalam meneruskan perjuangan Islam yang sebenar ini bersama-sama jamaah Islam, berhati-hatilah dengan rentak mereka. Kadang-kadang kita tidak dapat menjejaki mereka kerana rancangan mereka terlalu licik, tetapi kita kena ingat Allah Ta’ala bersama-sama jamaah yang benar.

Golongan yang jelas menentang Islam seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya memang kita hentam habis-habisan dan memang senang untuk dikesan, kerana perjuangan mereka jelas ingin menentang Islam dan ingin menyesatkan orang ramai, tetapi golongan seperti Abdullah bin Ubay dan konco-konconya susah dikesan sejak zaman Nabi s.a.w. lagi. Golongan ini hanya diketahui oleh Rasulullah s.a.w. dan Huzaifah al-Yamani sahaja. Golongan ini juga masuk ke dalam masyarakat Islam, keluar berperang sama-sama dengan Rasulullah s.a.w. melaungkan seruan yang sama dengan apa yang dilaungkan oleh kaum Muslimin bahkan mereka juga solat di belakang Nabi s.a.w. tetapi dalam hati mereka dan perjuangan mereka adalah sebaliknya, mereka ada niat jahat yang tidak diketahui ramai, tetapi niat mereka dibongkar oleh Allah Ta'ala.

Akhir-akhir ini selepas ditegur oleh beberapa pihak, nampaknya mereka sudah menukar pakaian mereka dan menukar pula cara perjalanan mereka, tapi ingat, halatuju mereka masih sama. Berhati-hatilah dan berwaspadalah dengan rentak mereka, jangan sampai terperangkap dek kelalaian dan kealpaan kita. Saya mengharapkan, dengan bertukarnya pakaian yang lama dan bertukar pula cara pergerakan, maka apa yang lebih penting dari itu bertukarlah juga perjuanganmu dan bersama-sama dengan perjuangan yang asli yang telah lama diasaskan oleh Ulama' terdahulu dan jangan buat kacau bilau lagi selepas perubahan ini. Nak menumpang tidaklah salah, tetapi kena ikut driver lah, jangan pula buat kepala sendiri, susah nanti.

Sejarah mungkin berulang dan ia telahpun berulang tempoh hari dan jangan biarkan ia berulang sekali lagi, kerana padahnya amatlah berat. Jika mereka mahu insaf dan betul-betul ingin berubah, maka ikutlah jalan yang betul sepertimana yang telah ditetapkan oleh pemimpin tertinggi. Sebagai akhirnya, marilah sama-sma kita kukuhkan ukhuwah, mantapkan tarbiah, tingkatkan siasah, perkasakan harakah, sebarluaskan dakwah, semoga Islam bersinar di bumi ini dan mendapat barakah dari Allah Ta'ala. Amin ya Rabbi. Saya tidak mahu menuding kepada sesiapa, tapi jika kamu terasa, maka berbetulanlah dengan kata-kataku ini dan berubahlah, jangan sampai mendapat padah, kelak akan susah. Pesanan buat diri dan buat sahabat-sahabat seperjuangan dalam menggerakkan gerakan Islam yang syumul ini supaya berhati-hati, jangan terlalu terpikat dengan gerak-geri mereka. Selamat berjuang, Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan