~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Tuesday, December 7, 2010

Sayyidina Umar al-Khattab: Insan Teladan Buat Pendokong Agama Allah (Siri 1)



Biodata Ringkas Sayyidina Umar al-Khattab:
Nama sebenarnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth. Nama Ibunya pula ialah Hantamah bt Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum. Beliau berketurunan Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi) dan beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya. Dilahirkan  di Kota Makkah13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi). Beliau menyandang jawatan sebagai khalifah yang kedua menggantikan Abu Bakar assiddiq.
                           
Keberanian Sayyidina Umar al-Khattab:
Kisah pertama: Sayyidina Umar semasa hidupnya samada sebelum memeluk Islam mahu pun selepasnya begitu terkenal dengan keberaniannya. Keberanian beliau diketahui oleh kawan dan lawan bahkan golongan syaitan turut gerun kepada beliau. Sebelum Sayyidina Umar masuk Islam, Nabi saw. telah berdoa “Ya Allah! Engkau kuatkanlah Islam dengan salah seorang dari dua Umar” iaitu Umar bin Khattab dan ‘Amru bin Hisyam (Abu Jahal). Umar bin Khattab r.a. telah terpilih antara dua Umar itu.” Pada suatu hari, Sayyidina Umar bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah s.a.w. adakah kita dalam kebenaran?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Benar“. Sayyidina Umar berkata lagi: “Kenapakah kita beribadah secara sembunyi?”

Kemudian mereka masuk ke Masjidil Haram membuat dua saf, satu Sayyidina Umar dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke arah mereka berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah s.a.w. menggelarkan Sayyidina Umar dengan nama “Umar Al-Faruq” Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani sembahyang secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang-orang Quraisy juga tidak berani mengganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Sayyidina Umar.

Kisah kedua: Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Sayyidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia. Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Sayyidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan:

Setelah Sayyidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busur panah lalu disangkut di bahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Ka’bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’bah menyaksikan kehadiran Umar. Sayyidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Nabi Ibrahim dan mendirikan solat.

Selesai solat, Sayyidina Umar berdiri di sisi Maqam Nabi Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kafir Quraisy. Kata Sayyidina Umar: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah”. Ketikamana beliau mahu berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, beliau secara terang-terangan memberitahu kepada kafir Quraisy yang berada di kawasan Ka'bah pada masa itu tentang penghijrahannya. Dengan pedang terhunus beliau menyeru: “Sesiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini.“

Sifat Peribadi Sayyidina Umar al-Khattab:
Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya: “Wahai Amirul Mukminin! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini?” Jawab Umar al-Khattab: “Saya merasakan bahawa diri saya telah takabbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya”

Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin A’uf. Kata mereka: “Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya”. Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin A’uf. Lalu Umar al-Khattab berkata: “Benarkah mereka berkata demikian?” “Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka?”

Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata: “Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu!” Umar menjawab: “Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim?” Jawab lelaki itu: “Tidak” Kata Umar lagi: “Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku”.

Menurut Barrak bin Makrur: “Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah” Kata beliau: “Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya”. Inilah beberapa sifat yang perlu diterjemahkan dalam diri setiap ahli gerakan untuk memastikan diri tidak diseliputi dengan sifat dan sikap mementingkan diri dan merasakan diri takabbur.

Umar Sebagai Orang Yang Pertama:
1. Pertama digelar Amirul Mukminin.
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam.
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak.
4. Pertama mengharamkan nikah mut’ah.
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda.
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan.
7. Pertama sunatkan Qiyam Ramadhan.
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir.
9. Pertama memperkenalkan Al-’Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka).

0 comments:

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan