~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Sunday, May 27, 2012

HANYA TEMPAT YANG MEMBEZAKAN PERJUANGAN MEREKA!!!

0 comments
Sepanjang keberadaan di bumi Mesir, saya sempat mengikuti sedikit sebanyak perkembangan politik di Mesir dan melihatnya tidak ubah sepertimana yang berlaku di Tanahair. Di sini terdapat banyak golongan, sama seperti Malaysia. Antara yang paling menonjol selepas berlakunya revolusi adalah:

1- Parti Kebebasan & Keadilan (FJP) dan merupakan sayap kan
an kepada Jamaah Ikhwan Muslimin.
2- Parti Fulul mewakili golongan pro Mubarak (bekas presiden Mesir).
3- Parti bebas & beraliran leberal dan banyak lagi.

FJP merupakan parti aliran Islam dan ingin menegakkan Islam di bumi Mesir ini. Mereka tidak sedikitpun gementar dengan ugutan dari pihak musuh untuk menghalang perjuangan mereka. Dalam menifesto sepanjang tempoh berkempen untuk calon presiden baru-baru ini, mereka tidak teragak-agak mewar-warkan kepada rakyat bahawa, mereka akan menjalankan Syaria'at Islam di bumi Mesir dan berusaha untuk membebaskan Baitul Muqaddis serta tidak akan bekerjasama dengan golongan fulul sekiranya mereka diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Mesir.

Tidak kurang hebat golongan fulul membuat menifesto mereka sepanjang kempen pilihanraya presiden. Antara ungkapan yang masyhur adalah "Buat kerja, bukan bercakap". Mereka banyak bercakap soal pembangunan, kemajuan dan sebagainya, soal Syaria't Islam langsung mereka tidak mengambil kisah walaupun mereka juga dari kalangan Islam.

Bak kata Tun Dr. Mahathir Mohamad "UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO, sebab itu kebanyakan Doktor masuk PAS". Samalah juga dengan situasi yang berlaku di bumi Kinanah ini, hanya orang-orang bodoh, nak projek, nak rasuah, korupsi, berhibur dan sebagainya akan bersama-sama dengan golongan fulul, tetapi golongan cerdik pandai, doktor, Agamawan dan pemberani akan menyokong Dr. Mursi dari FJP. Setidakpun mereka akan sokong Dr. Abul Futuh atau calon bebas lain sebagai calon Presiden Mesir, bukan pada fulul.

Sama-sama kita mendoakan agar pilihanraya pusingan kedua nanti berpihak kepada Dr. Mursi, bukan pada fulul. Jangan sesekali gadaikan revolusi yang berlaku baru-baru ini dengan begitu sahaja dan kita juga mengharapkan pilihanraya pusingan kedua ini berjalan dengan lancar tanpa provokasi, rasuah serta penipuan sepertimana yang telah dilakukan golongan fulul pada pusingan pertama baru-baru ini. Doakan juga agar, pada PRU-13 akan datang berpihak kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Pakatan Rakyat. Pilihanraya berjalan dengan BERSIH sepertimana yang tercatat dalam tuntutan BERSIH 3.0 baru-baru ini.
Read full story

Thursday, May 10, 2012

BERSIH 4.0 [Duduk dan Debat]

0 comments

1. Fokus BERSIH samada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.

2. Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR. Pelbagai peraturan dan undang - undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.

3. maka pihak BERSIH telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke SUHAKAM, laporan PDRM, Laporan SPRM, Memorundum kepada Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agung dan Himpunan Aman. Malangnya, sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan BERSIH tersebut.

4. Kerajaan UMNO dan BN sebaliknya mendakwa BERSIH menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci BERSIH dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan BERSIH, Media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.

5. Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan BERSIH supaya BERSIH 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan UMNO dan BN akur tuntutan rakyat. Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan. 

6. Sementara hari ini dan saya percaya ianya akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan BERSIH 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap BERSIH sedang pihak BERSIH tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.

7. Maka saya mencadangkan agar BERSIH 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat. Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden PAS Yb. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden UMNO Datuk Seri Hj Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

8. Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujjah kekuatan. Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.

9. Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujjah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.

10. Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua - dua parti kompenan besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujjah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah. Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Read full story

Kenapa Jamaah PAS & Jamaah Islam Di Seluruh Dunia Wujud???

0 comments

Apa yang kita semua mesti sedar bahawa, Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupaka sebuah Jamaah Islam yang syumul. Dasar perjuangan PAS adalah al-Quran & al-Sunnah. PAS adalah sebuah jamaah yang di dalamnya punyai Tarbiah, Dakwah & Siasah (politik). Tarbiah dan Dakwah adalah alimen yang terpenting dalam PAS, Siasah pula menjadi pendekatan kepada parti ini untuk memastikan parti-parti lain seperti UMNO menjadi parti pembangkang dan dapat dihapuskan pada masa akan datang. Kenapa nak hapus UMNO-BN? Kerana parti inilah yang merosakkan kesucian Islam dan merosakkan pemikiran rakyat dari landasan kefahaman Islam yang sebenar dulu hingga kini dan mungkin selamanya.

Apabila kita faham PAS merupakan satu Jamaah Islam, maka tertolaklah tohmahan dari pihak yang "tolol" mengatakan PAS sudah hilang Tarbiah, sudah lari dari matlamat asal perjuangan dan mengatakan PAS melebihkan Siasah dari Tarbiah dan Dakwah. PAS dulu kini dan selama-lamanya akan meneruskan misi dan visinya yang murni untuk terus maju dan terus berkembang di persada antarabangsa demi menegakkan Syariat Islam sepertimana yang dikehendaki Islam. Jangan ada dalam kalangan kita yang masih tidak mengerti dan tidak mengakui hakikat ini. PAS dulu kini dan selamanya DIPIMPIN oleh para Ulama' yang Sufi lagi Haraki. Di dalamnya terdapat Majlis Syura Ulama' yang menjadi tulang belakang utama Jamaah ini.

Jamaah PAS ditubuhkan bukan di atas dasar TIDAK PUAS hati, bukan di atas dasar semangat Nasionalisma sepertimana UMNO, bukan kerana pengaruh-pengaruh luar, tidak juga tertubuh secara spontan, TETAPI Jamaah ini ditubuhkan atas dasar kesedaran dan kefahaman Islam. Kerana dasar dan kesedaran Islam yang wujud di dalam diri para Ulama' terdahululah, maka PAS ditubuhkan. Jika masih ada yang mendakwa PAS ditubuhkan di atas dasar SELAIN yang disebut, maka usahlah berdebat dengan mereka, kerana mereka JAHIL dan BUTA sejarah perjuangan Ulama' Tanahair terdahulu. 

Sama juga dengan Jamaah-Jamaah Islam yang lain seperti Ikhwan Muslimin di Mesir, Syria, Jorden dan beberapa buah negara lagi, Jama'at Islami di Pakistan dan banyak lagi Jamaah-Jamaah yang wujud di seluruh dunia. Kewujudannya bukan di atas dasar tidak puas hati, spontan dan sebagainya, Ia diwujudkan di atas dasar kesedaran Dakwah Islamiah kerana melihat kebobrokan dan kefasadan yang dibawa oleh pemimpin mereka pada ketika itu. Sekalipun mereka tidak mewujudkan Jamaah Islam seperti PAS, Ikhwan Muslimin dan sebagainya, yakinilah bahawa, Allah TIDAK sesekali membiarkan bumi ini gelap gelita dipayungi pemimpin yang zalim lagi jahil dan tidak mahu melaksanakan Syariat Islam dalam pentadbiran negara. 

Jika kita malas nak bekerja, malas nak berjuang, takut nak berjuang, tidak mahu bersama Jamaah Islam, maka ingatlah!!! Allah Ta'ala telah berjanji di dalam al-Quran akan menggantikannya dengan golongan yang lebih kasih dan cinta kepada Allah Ta'ala dan Allah juga cinta dan kasih terhadap mereka. Allah tidak sesekali membiarkan Agama Islam hancur dan luntur tanpa mengutuskan tentera-tenteranya yang ikhlas berjuang. Antara ciri mereka yang berjuang di jalan Allah Ta'ala yang terdapat dalam al-Quran adalah, mereka kasih kepada Allah dan Allah kasih kepada mereka, mereka berlemah lembut sesama Muslimin dan bersikap tegas dengan golongan kafirin, mereka juga berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut dengan celaan orang yang mencela. 

Ingatlah, setiap detik, zaman dan ketika Allah Ta'ala akan menghantar tentera-tenteraNya untuk menegakkan kalimah Allah Ta'ala di muka bumi ini, maka jadilah kita di antaranya. Jangan sesekali jadikan alasan itu dan ini dalam memperjuangkan Agama Allah Ta'ala. Soal rezeki dan kehidupan, seluruhnya adalah milik mutlak Allah Ta'ala. Jadilah kita seperti air yang mengalir, disekat di sebelah kiri, mengalir pula ke sebelah kanan, disekat di sebelah kanan akan mengalir pula ke arah lain, di sekat di sekeliling akan terus mengalir dan melimpah, lalu tidak ada yang dapat menyekat lagi. 

Sama-sama kita doakan agar perjuangan yang kita dokongi dan sokong ini dapat merialisasikan visi dan misinya dan yakinlah pada pertolongan Allah Ta'ala. Semoga Allah Ta'ala menetapkan hati dan telapak kaki ini dalam medan perjuangan ini dan terus berjuang hingga ke akhirnya. Adat perjuangan samada peroleh kemenangan ataupun peroleh syahid fi sabilillah. Untuk peroleh kesemua itu, kita jangan malas, jangan takut dan jangan gementar berdepan dengan musuh-musuh Islam dan musuh yang ada dalam diri kita. Saat kemenangan Islam di seluruh dunia sudah semakin terserlah dan sangat hampir dengan kita, syaratnya kita mesti berjuang dan terus berjuang. Siru A'ala Barakatillah, semoga perjuangan kita dokongi ini diredhai dan diberkati Allah Ta'ala selalu. Pastikan Tarbiah ruhiah, a'qliah dan jasadiah ditingkatkan dari semasa ke semasa agar tidak mudah lumpuh dan runtuh dilantung badai. Sekian, wassalam...
Read full story
 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan