~Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Datang Ke Laman ini, Semoga Mendapat Manfaat ::::::: Ingatlah Allah Selalu Di Mana Jua Kita Berada ::::::: Wahai Saudaraku, Bersabarlah Di Atas Apa Yang Menimpamu, Sesungguhnya Allah Tetap Bersama Orang-Orang Yang Sabar ::::::: Menyeru Ke Arah Kebaikan Dan Mencegah Daripada Kemungkaran Adalah Tugas Bersama ::::::: Berjuang Ertinya Berkorban, Berkorban Ertinya Terkorban, Terkorban Ertinya Menderita, Menderita Itulah Asam Garam Perjuangan ::::::: Samaada Menang Atau Syahid, Tiada Istilah Kalah Dalam Perjuangan Islam ::::::: Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini, Datang Lagi~

Monday, November 1, 2010

Penerangan Ringkas Fiqh Al-Aulawiyat (Fiqh Keutamaan)


Pengenalan:

Kitab Fiqh Aulawiyat ini telah dikarang oleh seorang tokoh ulamak terkemuka dunia Pada masa ini iaitu Prof. Al-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi. Fiqh Aulawiyat atau fiqh keutamaan merupakan satu ilmu yang diceduk oleh Syeikh Yusof al-Qaradhawi dari al-Quran dan Hadith. Ia berasal dari dua perkataan yang digabungkan iaitu fiqh dan juga aula. Fiqh bermaksud pegetahuan yang mendalam dan aula ialah perkara yang terlebih utama.

Segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam terikat dengan fiqh Al-Aulawiyat, ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Dengan kata lain tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan dan adil. Allah S.W.T berfirman: 

Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9).

Perkara asas dalam hal ini ialah semua aspek hukum, amal, nilai dan taklif tidak berada dalam suatu susunan yang sama. Justeru, Al-Quran mengemukakan hajat yang amat kuat seperti yang terdapat dalam surah At-Taubah, Ayat 19 - 20 Allah S.W.T berfirman Maksudnya:

Apakah orang-orang yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Masjid Al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Sementara hadis Rasulullah S.A.W maksudnya:

'Iman itu mempunyai 70 cabang, yang tertinggi ialah kalimah La Ilaha Illallah dan yang paling rendah ialah membuang duri di atas jalan'

Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’ yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan) di dalam masalah atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan. Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Aulawiyat sebagai “menetapkan sesuatu pada martabatnya, tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.

Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan gerak kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan dan prioriti kerja sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya dibesar-besarkan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan menegakkan Islam. Tiba masanya bagi Umat ini untuk melepaskan segala bentuk perselisihan pinggiran di antara sesama sendiri, sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya Addin "iaitu cara hidup" yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di bumi ini.

Fiqh ql-Aulawiyat sesuai digunakan dalam apa jua bidang samada bidang pengajian, pengurusan, pentadbiran, perniagaan, politik dan sebagainya. Fiqh inilah yang akan membentuk keputusan yang paling utama daripada yang utama. Aulawiyat ini bukan ditentukan mengikut kehendak kita sendiri tapi mengikut kehendak syarak yang terbaik.

Sebagai contoh saya bawakan untuk lebih mudah difahami ialah:

1- Apabila bertembung antara menyuarat persatuan dengan peperiksaan, maka apa yang kena aulakan ialah peperiksaan kerana mungkin mudharatnya lebih besar sekiranya kita meninggalkan peperiksaaan. Mungkin tidak dapat naik kelas, keputusan peperiksaan gagal dan sebagainya, dan akibatnya kita menjadi fitnah kepada persatuan.

2- Anda sedang memandu kereta dengan penuh berhemat, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dipandu dengan kurang berhemat, lalu membuatkan anda hilang kawalan. Dalam masa yang sama seekor kucing yang sangat cantik berada di hadapan anda. Pilihan hanya dua, sama ada melanggar kucing yang comel atau melanggar pemandu motosikal tersebut. Sudah tentu pilihan yang tepat ialah melanggar kucing daripada melanggar pemandu motosikal. Kenapa? Cuba anda fikirkan nyawa manusia dengan nyawa binatang yang mana lebih utama.

3- Contoh lain ialah antara kualiti dengan kuantiti, manakah yang lebih Aula atau  utama? Inilah beberapa contoh untuk difahami.

HUBUNGKAIT FIQH AL-AULAWIYAT DENGAN FIQH AL-MUAZNAH (FM):

Fiqh Al-Aulawiyat begitu berkait dengan FM. Yang dimaksudkan FM ialah kepunyaan seorang individu yang berkelayakan untuk membuat pertimbangan memilih di antara dan al-akhirah al-masru'ah. FM juga bermaksud untuk memilih mana yang dikatakan dengan dan sementara FM turut memberi ruang untuk membuat pertimbangan yang paling tepat dalam memilih di antara perkara yang masalih dan mafasid. Dalam kategori yang pertama prinsip-prinsip dan adalah penting dikaitkan dengan fiqh Al-Aulawiyat. Bahkan dalam konteks dhururiyyat agama (al-Din) dijadikan sebagai prinsip terpenting dari lain-lain prinsip an-nafs, an-nasl, al-akal dan al-amal, an-nasl, al-akal dan al-amal, sementara al-maslahah mempunyai status yang amat anjal. Peristiwa 'Sulh al-Hudaibiyyah' membuktikan sikap dan tindakan futuristik Rasulullah S.A.W. Begitulah juga kedudukan al-madhar dan al-mafasid. Kedua-duanya amat bergantung kepada kadar kemerbahayaan masing-masing. Fiqh Al-Aulawiyat mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid.

Dalam gerakan dakwah masa kini, Al Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi mengingatkan para daie memahami dengan jelas dan tepat apa yang dikatakan Al-Aulawiyat fi majal al-Islah. Di antara isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan adil dan cermat ialah keutamaan gerakan intelektualisme, keperluan (kewajipan) mewujudkan aliran al-wasitah, apakah melaksanakan hudud atau mengaulawiatkan pendidikan penerangan tentang Islam.

Inilah penerangan secara ringkas di sekitar Fiqh Al-Aulawiyat untuk umat Islam pada masa ini, kerana ramai umat Islam masih tidak memahami anatara "keperluan dengan kehendak" antara "Kualiti dengan kuantiti" antara "mengubati dengan mencegah" . Maka sekurang-kurangnya risalah yang ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama kepada pendokong-pendokong Agama Allah Ta'ala ini. Segala teguran membina dan penambahbaikan amat-amat diharapkan dari semua. Sekian terima kasih.

Mohd Hamyzan Bin Hussain,
01-11-2010, 10.12 a.m,
Pengajian Takhassus Qiraat Tahun 1, Shoubra.

5 comments:

farish`s blog on September 12, 2015 at 2:07 PM said...

Subhanallah, I really admire your blog and the sharing of knowledge,insyaa Allah big benefits... actually im from kok pasir tuu and I love you blog!

Unknown on January 16, 2016 at 5:40 PM said...

Fiqh Al-Aulawiyat sangat baik untuk dipelajari

Unknown on August 22, 2016 at 4:49 AM said...

Terima kasih atas penerangan ini. Izinkan saya mengambil intpatinya unt uk saya bawa ke usrah sbg tambahan.

Cikgu Albusyraa on February 20, 2017 at 5:26 PM said...

TERIMA KASIH,DAN IZINKAN SAYA UTK COPY INI...

Unknown on April 3, 2018 at 5:02 AM said...

Assalam! Ana mintak izin untuk copy ni. Terima kasih ;)

Post a Comment

 

Komuniti Blogger

Komuniti Blogger Azhari Photobucket

Jalinan Persahabatan