Hampir empat bulan bersama akhirnya berpisah jua,
Walau tidak lama, tapi sungguh bermakna bagi diri dan Islam jua,
Inilah dia tanda makhluk Allah yang Esa dan Maha Kuasa,
Takkan kekal selamanya walaupun ia sangat gagah dan perkasa.
Rasa beratnya hati nak keluar bersama sahabat pagi tadi,
Kerana beralasan ingin melawat maqam Imam Syafie yang benyak berbakti,
Lalu aku tidak banyak berdalih lagi,
Aku bersiap dan bergegas pergi.
Beberapa tanda sudah Kau beri,
Namun aku tetap tidak mengerti,
Apakah maksud tersirat dariMu Ilahi,
Inilah dia ujian untuk hambaMu yang lemah ini.
Aku yakin pada janjiMu ya Allah,
Sabar itu sungguhlah indah,
Ia memberi beribu ibrah,
Untuk mengajar apa erti tabah,
Orang lain diuji dengan nyawa dan harta,
Talifonku ini berapa sangatlah harga,
Jika nak dibandingkan dengan mereka,
Tersangat jauhlah bagai langit dengan dunia.
Semoga yang mengambilnya diberi taufiq dan hidayah,
Agar menyesal dan bertaubat sebelum bertemuMu ya Allah,
Jika dia guna hasil itu untuk jalan Allah aku akan halalkan,
Jika sebaliknya kita akan bertemu di akhirat seperti Allah janjikan.
0 comments:
Post a Comment