بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam setiap kelakuan dan perbuatan hamba Allah yang mukallah tidak lari dari beberapa hukum yang berlaku ke atasnya. Justeru Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) juga ada beberapa hukum ketikamana kita membacanya. Hukumnya ialah:
Dalam setiap kelakuan dan perbuatan hamba Allah yang mukallah tidak lari dari beberapa hukum yang berlaku ke atasnya. Justeru Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) juga ada beberapa hukum ketikamana kita membacanya. Hukumnya ialah:
1- Wajib:
Bagaimana basmalah ini beleh menjadi wajib? Dalam mazhab Syafie, ketikamana dalam setiap solat, maka membaca Basmalah ini adalah wajib, sekiranya tidak baca, maka tidak Sah solatnya.
2- Sunat:
Bagaimana Basmalah hukumnya boleh menjadi sunat? Iaitu ketikamana seseorang hamba ingin memulakan setiap pekerjaannya yang selagimana tidak bercanggah dengan syara’. Contohnya, seseorang hamba itu ingin memulakan kerjanya, ketikamana ingin memakai pakaian, memakan makanan halal, ketikamana waktu sebelum berjima’ dengan isteri, ketikamana ingin bangun dari tempat duduk dan sebagainya.
3- Haram:
Basmalah juga boleh menjadi haram, bagaimana? Iaitu sekiranya seseorang hamba melaksanakan setiap perkara yang bertentangan dengan syara’ (haram). Sebagai contoh, apabila seseorang itu ingin memulakan zina atau memulakan mencuri, memulakan dalam menfitnah orang dan sebagainya. Ada persoalan, bagaimana pula ketika memulakan untuk menghisap rokok? Pernahkah berlaku, orang yang nak memulakan hisap rokok, maka dia memulakan dengan Basmalah? Sama-sama renung!!!
4- Makruh:
Makruh bererti ditegah, ia tidak sunat, tidak juga haram, sebolehnya tinggalkan serta jauhkan dari melakukannya. Bagaimana boleh menjadi makruh? Iaitu ketikamana seseorang duduk di dalam tandas, maka makruh seseorang itu membaca basmalah serta ketika berada dalam keadaan berhadas.
0 comments:
Post a Comment